Sabtu, Oktober 10, 2009

Aktifkan karisma dalam diri anda

Karisma bermaksud daya tarikan yang dimiliki oleh seseorang dan dia boleh mempengaruhi orang lain dengan keistimewaan tersebut. Setiap orang adalah unik dan mempunyai kekuatan tarikan tersendiri. Memiliki karisma membolehkan anda untuk mencipta kehidupan yang lebih baik.Artikel kali ini adalah menyentuh cara kita meningkatkan karisma diri. Karisma menjadikan diri seseorang itu popular, disenangi dan dikagumi serta dihormati.Adakah anda seorang y6ang berkarisma?


Cara-cara mudah dan segera untuk tingkatkan karisma diri:-

1) Wajah yang disenangi. Mulai sekarang anda perlu menjadi seorang yang mudah tersenyum. Senyum itu sedekah. Senyuman yang ikhlas adalah terpancar dari dalam diri yang bersih, jujur dan merasakan senang dengan kehadiran sesiapa sahaja tanpa syarat. Percayalah dengan melemparkan senyuman semasa bertemu seseorang, bercakap dengan wajah yang manis akan menambat hati sesiapa yang melihat. Saya amat terpegun melihat gelagat seorang kerani bank yang bercakap dengan wajah yang tersenyum dengan pelanggannya. Saya lihat pelanggan tersebut berasa gembira mendapat khidmat dari pekrja tersebut.Senyuman telah meningkatkan karisma seseorang dengan begitu hebat. JIka anda sukar untuk tersenyum , anda perlulah berlatih di hadapan cermin dan cuba ukirkan senyuman tersebut. Senyuman lamabang kegembiraan, keramahan dan kemesraan

2) Pelihara adab sopan pada perkataan dan perbuatan

Orang yang berkarisma adalah mereka yang bertutur kata dengan sopan dan tingkahlaku yang beradab. Akhlak yang baik ini akan disenangi oleh sesiapa sahaja. Setiap orang akan tertarik kepada mereka yang bersopan. Jadi anda perlu berakhlak mulia supaya karisma anda meningkat

3) Hormati orang lain

Anda adalah seorang yang penting dan orang lain juga penting. Jika ini yang anda amalkan maka semua orang akan tertarik kepada anda. Ini adalah kerana sesiapa sahaja yang berada di samping anda akan rasa dihargai. Mereka ingin selalu berada dengan anda.

4) JAdi pendengar yang baik

Setiap orang amat gemar bercerita tentang hal mereka. Karisma anda akan dapat ditingkatkan jika anda menjadi seorang pendengar yang baik. Berikan orang lain peluang bercakap dan menyuarakan pendapat mereka . anda boleh memggalakkan mereka bercakap dengan memberikan sedikit dorongan minima iaitu seperti mengiakan dan menganggukkan kepala. Sesiapa sahaja akan suka pada anda kerana anda telah menjadikan mereka dapat meluahkan apa yang mereka ingin perkatakan

5) Tunjukkan minat anda pada apa yang mereka minat.

Komunikasi akan menjadi lancar jika seseorang yang kita bertemu ditanya tentang kegemaran mereka atau menceritakan kejayaan mereka. Apabila anda menunjukkan minat anda pada mereka ianya sebagai menghantar isyarat bahawa anda adalah sealiran dengan mereka.Anda akan dilayan dengan baik dan dihormati.

6) Pujian - Jangan lokek menghadiahkan pujian jika anda melihat sesuatu yang menyenangkan pada orang lain. Pujian ikhlas akan dapat meningkatkan karisma anda kerana anda dianggap sebagai orag yang perihatin dan suka mengambil berat

7) Bersifat penyayang

Seseorang yang penyayang amat disukai semua orang. Anda hendaklah sentiasa mengucapkan saya sayang pada semua orang dan semua orang sayang pada saya walau di mana sahaja saya berada. Sulai orang lain nescaya orang lain akan menyukai anda dan menyayangi anda

8) Jujur ,amanah dan bertanggung jawab
Sifat ini memang akan meningkatkan kredibiliti anda. Anda akan dikagumi kerana skap ini adalah sikap yang disenangi semua orang

9) Personaliti yang anggun

JIka dalaman anda telah baik maka hiasan luar juga amat penting . Pakaian yang sesuai mengikut suasana, tempat dan majlis akan memperlihatkan karisma anda

10) Tingkatkan kemahiran berkomunikasi. Berlatih bertutur dengan intonasi yang menyenangkan dan mudah difahami oleh orang lain. Bercakap dengan penuh keyakinan akan dapat meningkatkan karisma anda

11) Berdoalah supaya Allah memperelokkan tingkah laku anda.

12) Karisma yang paling hebat ialah anda menjadi insan yang bertaqwa. Inilah puncak segala karisma diri yang telah ditunjukkan contoh dan tauladan oleh Nabi junjugan kita Muhammad s.a.w

Selamat meningkatkan karisma anda!

Emas sebagai alternatif pelaburan

Oleh DATO' SALLEH MAJID
Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Minggu ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.

Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus.

Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.

Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.

Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB.

Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.

Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.

Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.

Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.

Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.

Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.

Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.

Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).

Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.

Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.

Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

Jumaat, Oktober 09, 2009

1,275 daripada 2,000 pengundi askar dalam kem keluar mengundi - SPR

Seramai 1,275 daripada kira-kira 2,000 pengundi tentera yang tinggal di dalam kem hari ini telah keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Dewan Jeneral Tan Sri Sani, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Kem Si Rusa sehingga proses pengundian ditutup jam 5 petang semalam.

Manakala bagi pengundi pos di kalangan anggota polis, seramai 27 daripada 31 pengundi berdaftar sudah mengundi pada hari pertama semalam di Ibu Pejabat Polis Port Dickson di sini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yakin baki pengundi yang masih belum mengundi hari ini akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

"Saya rasa kalau dapat hari ini hampir 70 peratus, baguslah tu... kita jangka bakinya akan datang esok kerana mungkin ada di kalangan mereka yang akan pulang dari bercuti," katanya kepada mStar Online.

Keseluruhannya terdapat sejumlah 4,604 pengundi pos di kawasan DUN Bagan Pinang.

Daripada jumlah itu 4,571 terdiri daripada anggota tentera, 31 anggota polis manakala dua pengundi pos dikategorikan sebagai pemilik tak hadir kerana bertugas di luar negara.

Mereka merupakan sebahagian daripada 13,664 pengundi dalam DUN Bagan Pinang, yang turut membabitkan 9,060 pengundi biasa.

Bagi anggota tentera yang tinggal di luar kem, kertas undi pos sudah pun dihantar kepada mereka kelmarin.

Bagaimanapun Wan Ahmad berkata jika sehingga proses pengundian pada hari kedua ditutup hari ini, masih terdapat ramai pengundi yang tidak berkesempatan untuk berbuat demikian, pihaknya akan berbincang dengan pihak kem untuk melanjutkan proses pembuangan undi sehigga Sabtu.

"Memang kita buka dua hari iaitu 8 dan 9 haribulan, tapi kalau esok tak habis juga... mungkin 10 haribulan pun kita akan buka.

"Ini kerana hak mereka untuk mengundi itu tetap ada, dan tempoh selesai mengundi secara keseluruhan ialah pada pukul 5 petang pada 11 haribulan.

"Bagi SPR itu tidak menjadi masalah, ia akan ditentukan oleh pihak pengurusan kem esok," katanya.

Selain itu beliau turut memberi jaminan mengenai tahap keselamatan karun undi pos.

"Apabila selesai proses pengundian petang ini, karung undi pos itu akan dibawa ke pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya dengan diiringi oleh polis dan tidak akan disimpan dalam kem.

"Tak perlu timbulkan sebarang keraguan kerana karung undi tidak ditinggal di dalam kem," katanya.

- MSTAR

KD Sri Inderapura terbakar di Lumut


Sebuah kapal pengangkut, KD Sri Inderapura terbakar ketika berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini hari ini.

Menurut kenyataan Perhubungan Awam Markas Armada TLDM, kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 6 pagi ketika terdapat seramai 77 anggota sedang bertugas termasuk enam pegawai dan 22 pelatih.

Katanya, kapal itu dijadualkan belayar ke Markas Wilayah Laut 2, Kota Kinabalu, Sabah, pada Isnin ini.

‘‘Kapal dari Skuadron LST (Kapal Pengangkut) itu dijadualkan belayar ke Malaysia Timur pada 12 Oktober ini untuk penghantaran barang-barang logistik ke Markas Wilayah Laut 2, Kota Kinabalu.

‘‘Kejadian tersebut merupakan kali kedua selepas terbakar pada 2002. Usaha memadamkan api telah dilakukan seawal kebakaran itu dikesan,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

Kapal berkenaan yang dibina pada 1970 telah ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM pada 1995 dan kini telah berusia hampir 40 tahun. Menurut kenyataan itu lagi, KD Sri Inderapura mempunyai kekuatan anggota seramai 324 orang.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, sehingga pukul 4 petang ini usaha memadam kebakaran itu masih berjalan dan orang ramai dapat melihat dengan jelas kepulan asap kapal berkenaan.

‘‘TLDM juga telah menubuhkan Lembaga Siasatan yang diketuai oleh pegawai berpangkat Kapten TLDM untuk menyiasat kejadian tersebut,’’ kata kenyataan itu lagi.

- UTUSAN

Kereta api laju RM250 juta


Berita baik untuk orang ramai. Penduduk di Ipoh, Perak atau utara Semenanjung Malaysia kini boleh berulang alik dengan mudah ke Kuala Lumpur dalam tempoh kurang dua jam.

Ini berikutan kereta api elektrik milik Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) dijangka mula beroperasi April tahun depan.

Malah, penduduk di Ipoh turut berpeluang untuk ke Seremban dalam tempoh kurang tiga jam perjalanan.

Kereta api elektrik berkenaan yang berkelajuan 140 kilometer sejam (km/j), adalah untuk perjalanan sejauh 300 kilometer yang menghubungkan Ipoh ke Kuala Lumpur hingga ke hentian terakhir, Seremban.

Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan berkata, pihaknya menempah lima set kereta api daripada syarikat pembuat kereta api elektrik dari Korea Selatan, Marubeni dengan setiap set mempunyai enam gerabak (coaches).

Beliau memberitahu, kos pembelian kelima-lima set kereta api tersebut adalah sebanyak RM250 juta.

Jelasnya, melalui kereta api elektrik berkenaan, orang ramai dapat berjimat tempoh perjalanan kira-kira sejam.

“Buat masa ini, kita memperkenalkan tiga hentian iaitu Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban dan set kereta api pertama dijangka tiba pada bulan depan.

“Konsep baru ini menepati 1Malaysia yang menyatupadukan setiap kaum di dalam satu pengangkutan awam yang pantas.

“Selain itu, ia dapat mempromosi pelancongan Malaysia melalui kereta api elektrik tersebut kerana ia sudah lama diperkenalkan di negara-negara maju,’’ katanya selepas menghadiri majlis jamuan mesra 1Malaysia KTMB di sini hari ini.

Majlis tersebut dihadiri lebih 2,000 jemputan terdiri daripada pesara dan kakitangan KTMB, kakitangan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan serta pelanggan setianya.

Selama ini, KTMB mempunyai tiga set kereta api komuter dengan setiap satunya mempunyai empat gerabak dan berkelajuan kira-kira 110 km/j.

Aminuddin menambah, kereta api elektrik berkenaan dijangka memuatkan kapasiti penumpang seramai 350 orang untuk setiap set kereta api.

Terdahulu, katanya, setiap set hanya mampu memuatkan 250 penumpang.

Ketika ditanya mengenai kadar caj tambang untuk kereta api elektrik berkenaan, Aminuddin berkata, pihaknya masih menilai mengenai perkara itu.

- UTUSAN

Larangan makan riba

Sheikh Sya'rawi berkata: Kita dapati firman Allah SWT berkenaan dengan penjagaan solat lima waktu dan solat pertengahan datang pada tempatnya. Begitu juga ayat berkenaan dengan riba datang pada tempatnya supaya orang yang menghendaki duit riba yang tidak disyariatkan Allah akan mengetahui berkenaan bala yang akan ditimpa ke atasnya dianggap sebagai menentang Allah dan juga rasul.

Ayat ke-130

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya.

Iktibar dan fiqh ayat

i. Ibn Jarir berkata: "Janganlah kamu memakan harta riba' berlipat kali ganda selepas kamu menganut agama Islam. Sebab Allah SWT telah memberi hidayah kepadamu, mengenai larangan perbuatan kamu pada zaman jahiliah dahulu".

ii. Al-Razi berkata: "Pada zaman jahiliah, apabila seseorang memberi hutang kepada orang lain dengan wang yang bernilai 100 dirham untuk jangka masa tertentu, bila tiba waktunya orang yang berhutang tidak mampu membayarnya, maka pemiliknya akan berkata: Berikan bunganya, nanti aku akan tangguhkan waktunya. Boleh jadi dia akan menetapkan menjadi 200 dirham.

"Bila sampai tempoh yang dijanjikan, si berhutang belum juga mampu membayarnya, lalu ditunda lagi sampailah beberapa kali.

Penundaan yang kerap kali menyebabkan wang yang 100 dirham menjadi berlipat kali ganda banyaknya. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya perkara berganda-ganda itu".

iii. Al-Maraghi berkata: "Hendaklah kamu takut kepada Allah SWT mengenai hal-hal yang kamu dilarang mengerjakannya, termasuklah riba".

iv. al-Biqa'i berpendapat sebab utama malapetaka yang terjadi dalam perang Uhud adalah langkah para pemanah meninggalkan posisi mereka di atas bukit untuk turun mengambil harta rampasan perang sedangkan Nabi SAW telah melarang mereka.

Harta yang mereka ambil itu serupa dengan riba kerana keduanya merupakan sesuatu bahagian yang lebih dari hiasan dunia.

Ayat ini mengajak orang-orang beriman agar tidak memakan riba sebagaimana yang sering terjadi dalam masyarakat jahiliah ketika itu.

Mereka diajak untuk menghindari seksa Allah SWT di dunia dan di akhirat dengan perintah-Nya. Neraka disediakan untuk orang-orang kafir, antara lain mereka yang menghalalkan riba, orang-orang yang derhaka yang mengkufuri nikmat Allah SWT.

v. Hamka berkata: "Menurut ahli tafsir, inilah ayat mengharamkan riba yang mula-mula turun dan mengandungi bermacam-macam hikmah.

"Riba adalah suatu pemerasan hebat dari yang memberi hutang kepada si penghutang. Umumnya, telah diketahui riba adalah kehidupan yang paling jahat dan meruntuhkan segala bentuk persaudaraan sesama Muslim.

"Konsep takwa telah dianjurkan khusus untuk menghalang perbuatan riba menguasai pentas kehidupan manusia".

Ayat ke-131

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir.

Iktibar dan fiqh ayat

i. Jauhkanlah dirimu daripada meniru perbuatan tukang riba kerana memakan harta riba hanya akan menjerumuskan dirimu ke dalam neraka, yang telah disediakan kepada orang kafir.

Tidak diragukan lagi bahawa ayat ini mengandungi ancaman keras. Golongan beriman yang diperintahkan diharap dapat menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat.

Apabila mereka menyedari bahawa dengan meninggalkan amalan takwa akan membawa mereka ke neraka, nescaya perasaan rasa takut mereka untuk melakukan perbuatan maksiat akan lebih menebal.

ii. Imam Abu Hanifah r.a berkata: "Ayat ini adalah antara ayat al-Quran yang paling menakutkan. Ini kerana Allah SWT mengancam orang mukmin bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam neraka yang memang disediakan untuk orang kafir sekiranya tidak mahu menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan haram".

iii. Sayid Qutub berkata: "Sebelum ayat dari surah ini menghuraikan yang berkaitan dengan perang Uhud dipaparkan segala yang berkaitan dengan pertempuran dahsyat iaitu pertempuran dalam diri manusia dan lingkungan hidupnya. Huraian tentang riba, takwa dan ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya".

iv. Hamka berkata: "Allah SWT memberi peringatan kepada hamba-Nya yang beriman tidak terjebak dan melakukan riba seperti orang kafir.

"Ini kerana orang kafir yang melakukan riba telah terang-terangan jahil, akan tetapi jika dilakukan oleh orang yang beriman amatlah malang kepadanya kerana menjauhkan rahmat Allah SWT ke atasnya dan kemurkaaan-Nya menyebabkan azab yang amat pedih menanti di akhirat kelak".

Ayat ke-132

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya kamu diberi rahmat.

Iktibar dan fiqh ayat

i. Ibn Kathir berkata: "Allah perintahkan hamba-Nya supaya bertakwa, mudah-mudahan mereka berjaya di dunia dan di akhirat".

ii. Al-Qurtubi berkata: "Maksud taat pada Allah di sini dengan melaksanakan yang fardu termasuk meninggalkan pengharaman riba".

iii. Al-Alusi berkata: "Supaya kamu mendapat rahmat Allah dan mengharapkannya".

iv. Al-Maraghi berkata: "Taatlah kamu kepada Allah SWT dan Rasul-Nya meskipun dalam perkara yang dilarang-Nya, seperti memakan riba.

"Patuhilah segala perintah-Nya, termasuk bersedekah agar kamu mendapat rahmat di dunia ini, seperti memperoleh hidup yang baik dalam masyarakat dan menerima pembalasan yang baik berdasarkan amalan di akhirat kelak.

"Orang yang memiliki perasaan belas kasihan terhadap orang lain akan mendapat rahmat Tuhan Yang Maha Pengasih".

v. Hamka berkata: "Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Jauhilah perbuatan riba dan banyakkanlah bersedekah. Sesungguhnya Allah SWT bersifat Maha Pemurah yang sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya tidak kira yang beriman mahupun orang kafir".

Marilah sama-sama kita mentaati Allah dan Rasul-Nya, kerana dengan mentaatinya kita beroleh rahmat. Amin.

- UTUSAN

Ibarat melepaskan ‘anjing’ tersepit

Tindakan segelintir rakyat Indonesia, ibarat melepaskan ‘anjing yang tersepit, sesudah lepas dia menggigit. Walaupun ia membabitkan sebilangan kecil mereka yang ‘bodoh sombong’ namun perkara sedemikian tidak wajar berlaku apatah lagi di saat negara mereka dilanda bencana.

Agak melucukan melihat gelagat penduduk yang bertekad untuk berangkat ke Malaysia kononnya untuk berperang sedangkan tambang untuk ke Malaysia pun belum tentu mampu dibayar. Keluhuran dan keikhlasan Malaysia menghulurkan bantuan tidak disambut dengan hati yang terbuka, sebaliknya pesawat bantuan angkatan tentera disambut dengan balingan batu oleh sebilangan rakyat Indonesia yang tidak tahu erti berbudi, susu yang kita bagi tuba yang dibalas.

Rakyat Indonesia perlu membuka mata seluas-luasnya untuk menerima hakikat bahawa jangkaan beribu-ribu orang telah terbunuh manakala lebih 100,000 buah rumah musnah sama sekali akibat gempa bumi yang melanda Sumatera, Rabu minggu lalu.

Media Indonesia juga perlu ‘celik’ berita dan fakta bahawa Malaysia telah memainkan peranan yang amat besar dalam membantu Indonesia. Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Mercy Malaysia misalnya telah menghantar ramai anggota perubatan untuk membantu mangsa gempa bumi.

Kita percaya banyak pihak di Malaysia akan tampil untuk membantu rakyat di Indonesia tanpa memikirkan apa yang diperlakukan terhadap kita kerana rasa kemanusiaan mengatasi pertimbangan emosi rakyat Indonesia.

Walaupun terdapat hanya beberapa kerat penduduk yang ‘bodoh sombong’ kononnya ingin menyerang kedutaan Malaysia dan Malaysia, perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan Indonesia. Media Indonesia tidak harus sama sekali menyiarkan berita tersebut seolah-olah menyimbah minyak petrol ke dalam api yang kecil sedangkan sebilangan besar rakyat Indonesia di Padang amat memerlukan bantuan dari Malaysia sebagai jiran yang paling dekat dan akrab.

Media dan rakyat Indonesia perlu bersyukur kerana hati orang Malaysia begitu murni untuk membantu. Semua bantuan yang dihulurkan atas dasar semangat 1 rumpun, 1 rantau, semangat setiakawan dan semangat kejiranan serta berlandaskan hubungan sesama manusia. Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakitnya.

Kita mungkin boleh sedikit berlapang dada dengan adanya sebilangan rakyat Indonesia yang menzahirkan ucapan terima kasih dan mengakui bahawa mereka selama ini salah tanggapan kerana dipesongkan oleh fahaman songsang tentang keluhuran rakyat Malaysia.

Ini bukanlah kali pertama Malaysia membantu rakyat Indonesia, mereka tidak sepatutnya lupa bencana tsunami yang melanda Aceh satu ketika dulu. Namun ibarat kacang lupakan kulit, budi yang kita tabur dilupakan walaupun di saat rakyat mereka berada dalam kesusahan.

Bendera Malaysia yang dibakar walaupun cetakan internet boleh menaikkan api kemarahan rakyat Malaysia. Perkara ini sepatutnya disedari oleh media, rakyat dan pemerintah Indonesia. Akal yang waras pastinya tidak dapat menerima gelagat mereka, dalam suasana sebilangan besar rakyat senegara menderita sengsara kehilangan ahli keluarga dan tempat tinggal.

Rakyat Indonesia perlu sedar bahawa Malaysia dan Indonesia adalah 1 rumpun dan 1 rantau serta saling memerlukan antara satu sama lain. Gagasan inilah yang direncanakan oleh Perdana Menteri untuk mencapai matlamat keamanan sejagat.

Dalam keadaan Sumatera masih bersedih akibat gempa bumi, mereka di Indonesia tidak seharusnya memikirkan isu remeh yang menampakkan seolah-olah mereka ‘membodohkan’ diri menolak bantuan dengan memusuhi orang yang ingin membantu kita.

Media Indonesia perlu melupakan sejenak agenda ‘politik peribadi’, mereka perlu mendidik segelintir rakyat yang masih berada di dalam ‘tempurung’ untuk keluar melihat kebenaran yang berlaku dan menyaksikan keikhlasan, kemurnian, ketelusan, ketabahan, keberanian, kegigihan serta pengorbanan rakyat Malaysia menggadaikan nyawa meninggalkan keluarga tercinta untuk membantu rakyat Indonesia.

Walaupun pemberian kita ikhlas tanpa mengharapkan balasan, cukuplah sekadar berterima kasih dan menghargai keikhlasan yang dihulurkan bukannya menyerang membuta tuli orang yang berbudi.

Kalau di Malaysia kita sudah tertanam dengan sikap mengenang jasa orang yang berbudi, bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Di Indonesia barangkali mereka tidak punya peribahasa sebegitu sebab itulah mungkin rakyatnya bersikap kurang bahasa?

Bertaubat satu-satu jalan hindari ditimpa musibah

Oleh MOHD. SHAUKI ABD MAJID
Pengurus Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Kejadian gempa bumi yang melanda Padang, Sumatera, Taufan Ketsana di Vietnam, Taufan Parma di Filipina, tsunami di Samoa menuntut kita untuk berfikir tentang tanda-tanda keesaan dan kekuasaan Allah SWT.

Apakah ini petanda bahawa bumi sudah semakin tua dan mengalami ketidakstabilan akibat daripada perbuatan buruk penghuninya atau sebaliknya?

Kewujudan bencana telah wujud sejak berjuta-juta tahun dahulu dan sehingga kini masih berlaku malah menimpa manusia yang hidup sebelum al-Quran diturunkan. Dan Allah SWT telah pun semadikan kejadian bencana-Nya di dalam al-Quran serta memanggilnya kemurkaan dari langit.

Kemurkaan ini dibangkitkan atas beberapa sebab. Antaranya ialah sifat zalim dan fasiq manusia serta tidak mempedulikan perintah Tuhan. Kaum Nabi Lut contohnya mengamalkan homoseksual dan amalan itu dilakukan dengan meluas dan terbuka.

Tiada manusia sebelum mereka yang mempunyai keinginan hawa nafsu seperti itu. Mereka tidak menghiraukan amaran para Rasul dengan melakukan dosa dan mengundang kemurkaan Ilahi, maka datanglah kemurkaan dari langit yang menghapuskan mereka sama sekali, kecuali sedikit yang percaya bersama Lut.

Bandar raya diterbalikkan oleh kuasa Allah SWT dan angin ribut yang mengandungi batu-batu yang dibakar menghujani mereka bertubi-tubi seperti yang dirakamkan di dalam al-Quran yang bermaksud: Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. (Surah Hijr:73).

Teriakan itu terjadi juga pada kaum Nabi Shuaib iaitu Madyan, yang hidup sebelum zaman Nabi Lut. Tetapi bagi kaum Madyan, bencana itu hadir daripada gempa bumi yang menghapuskan mereka akibat daripada kezaliman, menipu sukatan dan timbangan, dan sekelompok manusia yang duduk di setiap jalan untuk mengancam dan menghalang orang daripada beriman ke jalan Allah SWT.

Para pembesar negara dikatakan turut serta dalam penindasan dan kezaliman tersebut. Lantaran itulah, mereka dihina dan dihapuskan Allah SWT dengan bencana teriakan dan gempa bumi. Al-Quran menjelaskan, Dan tatkala datang (masa pelaksanaan) perintah kami, Kami selamatkan Nabi Syuaib berserta umatnya yang beriman, dengan rahmat daripada kami: dan orang-orang yang zalim itu dibinasakan oleh letusan suara yang menggemparkan bumi, lalu menjadilah mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing. (Surah Hud :94)

Demikian juga Kaum Tsamud (Kaum Nabi Salleh) menerima azab yang menamatkan riwayat mereka sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Maka mereka membesarkan diri terhadap perintah Tuhannya, lalu mereka disambar petir (dengan tidak dapat melarikan dirinya) sedang mereka melihatnya. Dengan yang demikian, mereka tidak dapat bangun lagi, dan mereka juga tidak mendapat pertolongan. (Surah Az-Zariyyat: 44-45)

Bencana ini terus terjadi ke atas kaum Nabi Hud iaitu Aad yang tinggal di daerah Al-Ahqaf di Hadhramaut, Yaman. Kaum Aad yang zalim dan diktator itu ditimpa azab angin amat kencang, yang meniup selama lapan hari dan tujuh malam. Mereka juga disambar oleh halilintar.

Ada pun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang yang melampau-lampau kencangnya. Yang diarahkan menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus menerus, (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-oleh mereka batang-batang pohon kurma yang tumbang dan lompang. (Surah al-Haaqah:6-7)

Kaum yang tertua dicontohkan di sini ialah kaum Nabi Nuh. Seperti Nabi-Nabi lain, Nuh menyampaikan kepada kaumnya mesej-mesej Allah SWT tetapi pembesar-pembesar mendustakannya.

Mereka mengeji Nabi Nuh dan pengikut-pengikutnya. Lalu datang banjir besar, menimpa mereka bersama orang yang tidak percaya, termasuk anaknya sendiri.

Apa yang disebutkan di atas, bencana dan musibah itu sudah ketentuan dan kehendak Allah SWT. Baik sebagai azab bagi mereka yang berdosa kerana terus bermaksiat kepada-Nya, sebagai ujian daripada Allah kepada hamba-hamba-Nya yang beriman, untuk menghapus kesalahan-kesalahannya dan sebagai pelajaran bagi mereka yang selamat agar mahu kembali kepada-Nya yang telah menyelamatkannya daripada kemaksiatan.

Daripada kisah-kisah umat terdahulu, ternyata bencana dan musibah ditimpa kepada suatu umat kerana perbuatan maksiat.

Mengambil kira hakikat rentetan fenomena demi fenomena yang berlaku masa kini, pastinya dapat direnungi kesudahan hasil daripada tangan manusia dan perbuatan yang dapat mengasingkan antara perkara buruk dengan yang baik. Sejarah kaum-kaum terdahulu telah pun berulang dan akan terus berulang, malah diundang tanpa diduga.

Umat haruslah mengambil iktibar daripada peristiwa gempa bumi di Padang dengan masing-masing bermuhasabah diri dan bertaubat meninggalkan semua bentuk kemaksiatan dan kembali berpegang teguh dan mengamalkan ajaran Islam sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Itulah satu-satunya jalan yang dapat menghindari kita daripada ditimpa musibah atau bencana.

Selasa, Oktober 06, 2009

Isnin, Oktober 05, 2009

JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia

JAWATAN:
1 ARKITEK J41
2 PEGAWAI KEWANGAN W41
3 PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) (SEMENTARA) N17
4 PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (PKS) N17

DOWNLOAD IKLAN:
http://www.umk.edu.my/v2/bm/images/iklan/psm-iklanoktober.pdf

BORANG PERMOHONAN:
Semua permohonan perlu dibuat secara `on-line’ melalui laman web :
http://jobs.umk.edu.my/job/

Permohonan yang siap dibuat secara `on-line’ perlu dicetak dan dihantar bersama sijil dan dokumen yang berkaitan dan telah disahkan ke Jabatan Pendaftar UMK seperti alamat di bawah:

Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 36
Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim

Tarikh tutup : 15 Oktober 2009

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH TANGKAK (MDT) JOHOR

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia

JAWATAN:
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Majlis Daerah Tangkak yang boleh didapati di Pejabat Besar, Majlis Daerah Tangkak ( Bahagian Urusetia ) dengan bayaran RM1.00 setiap borang permohonan.

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANGKAK
PETI SURAT 63
84907, TANGKAK, JOHOR.

Tarikh tutup : 15 Oktober 2009

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)

Majlis Peperiksaan Malaysia ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap seperti yang berikut:

JAWATAN:
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) - 1 kekosongan N17

DOWNLOAD IKLAN
http://www.mpm.edu.my/download.php?FilePoolID=352

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN
http://www.mpm.edu.my/download.php?FilePoolID=33

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan sijil persekolahan, salinan ijazah/diploma/sijil (berserta transkrip keputusan peperiksaan), dan lain-lain sijil yang berkaitan serta salinan kad pengenalan yang telah disahkan.

Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis pada sudut atas sebelah kiri sampul surat.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah di hantar kepada:

Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bangunan MPM, Persiaran 1
Bandar Baru selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
(u.p: Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran)

Tarikh Tutup: 14 OKTOBER 2009 (RABU)

JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA adalah sebuah
Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia yang ditubuhkan
di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ingin
mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk
mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-

JAWATAN AKADEMIK

1. Pensyarah Perubatan
(Anatomy, Physiology, Biochemistry, Pathology, Microbiology,
Pharmacology, Medical Education, Immunology)

2. Guru Bahasa
(Bahasa Perancis, Rusia, Sepanyol, Jepun, Korea, Arab, Mandarin)

JAWATAN BUKAN AKADEMIK

1. Pegawai Tadbir N44
2. Akauntan/Juruaudit Dalam W44
3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
4. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27
5. Juruteknik Komputer FT17

MAKLUMAT LANJUT & BORANG PERMOHONAN:
http://www.upnm.edu.my

Sila nyatakan jawatan yang dipohon dan Fakulti di penjuru kiri muka hadapan sampul surat dan kemukakan semua dokumen tersebut (yang telah disahkan) kepada:-

Unit Perjawatan dan Pengambilan
Jabatan Pendaftar
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sg.Besi, 57000 Kuala Lumpur

Tarikh tutup : 15 Oktober 2009

JAWATAN KOSONG DI INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), sebuah agensi penyelidikan utama dalam bidang perhutanan negara ini di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mempelawa calon-calon yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan
- ENUMERATOR

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.frim.gov.my/job/job69.htm

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar surat permohonan (cover letter) dan butiran diri/resume beserta salinan kelulusan kepada :

Ketua Pengarah
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
52109 Kepong Selangor
(u.p Cik Rohana Abd Rahman)

Trikh tutup : 20 Oktober 2009

JAWATAN KOSONG DI FAKULTI PENGAJIAN ALAM SEKITAR, UPM

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
-Pegawai Teknologi Maklumat (F41)(Kontrak)

DOWNLOAD BORANG:
http://reg.upm.edu.my/iso/spk/4.%20borang.log.senarai%20semakan.gp.su.se.ak/4.2%20Operasi/a.%20Bahagian%20Pengurusan%20Sumber%20Manusia%20%28BUM%29/Borang/pelantikan/PEND.BUM.BR01.JAWATAN01-jwtan%20kump%20P&P.pdf

Sila hantar permohonan kepada:

Fakulti Pengajian Alam Sekitar,
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor.
(U.P.: En. Mohamad Azlan Ali Basah)

Tarikh Tutup : 14 Oktober 2009