Isnin, Disember 01, 2008

10 Ways To Make My Life Better

1. Don't dwell on the bad things, look on the bright side.

2. Be grateful with what you have.

3. Make less complaints.

4. Believe that whatever will be, will be.

5. Wake up with a smile.

6. Set priority straight.

7. Be happy for others.

8. Don't regret anything.

9. Forgive the smalll mistakes.

10. Treat others the way you want to be treated.

JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

Jawatan:
-PEGAWAI PERUNDING (E41)
-PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (N17)
-JURUTEKNIK KOMPUTER (FT17)
-PEMBANTU TADBIR RENDAH (JURUTAIP) (N11)

Borang Permohonan:
Untuk memohon, dapatkan Borang Permohonan di :
- Unit Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Peti Surat 64, Jalan Sultan, 46904 Petaling Jaya.
- Pejabat Wilayah MPC
1.Kepala Batas, Pulau Pinang
2.Johor Bahru, Johor
3.Kuantan, Pahang
4.Kota Bharu, Kelantan
5.Kuala Terengganu, Terengganu
6.Kota Kinabalu, Sabah
7.Kuching, Sarawak
Jika melalui pos, sila sertakan sampul surat 25cm x 16cm bersetem 50 sen & beralamat sendiri.
TIADA BORANG DI INTERNET.

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Peti Surat 64,
Jalan Sultan,
46904 Petaling Jaya.

Tarikh Tutup: 15 Disember 2008

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH LABIS (MDL) JOHOR

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

Jawatan:
-PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (U29)
-PEMBANTU PENGUATKUASA (N17)
-PEMBANTU PENILAIAN (W17)

Borang Permohonan:
Untuk memohon, beli Borang Permohonan berharga RM1.00 di Bahagian Pentadbiran, Majlis Daerah Labis, Johor Darul Takzim.
TIADA BORANG DI INTERNET.

Tarikh Tutup: 8 Disember 2008

JAWATAN KOSONG DI INSTITUT SUKAN NEGARA MALAYSIA (ISNM)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.
(Kekosongan di Kuala Lumpur, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Sabah, Sarawak)

JAWATAN:
- Pegawai Belia dan Sukan (S41)
- Penolong Pegawai Belia dan Sukan (S27)

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan:
http://www.isn.gov.my

Tarikh Tutup: 13 Disember 2008

Petua Kegunaan Daun Sireh

Ari-ari Pedih - Ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

Asma - Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.

- Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis, sebelum tidur.

Barah - Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.

Batuk Lelah - Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.





Bau Badan - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

Bau Mayat - Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.




Bayi Selsema - Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

Berak Darah - Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang




Demam - Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.

Demam Panas - Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

Gatal Vagina - Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Gegata - Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.

Hidung Berdarah - Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.

Kencing - Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.


Keputihan - Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.

- Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai sirih. Asahkan cendana dengan sirih dan minumkan dengan kuning telur ayam selama tiga pagi.

Kutu Babi - Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi yang melekat pada kulit tubuh. ianya akan menjadi senang untuk dicabut.

Lompangan (ulcer) - Tempelan (paste) dari ramuan sirih pinang ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut.




Muntah - Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan sepahnya dileher dan dadanya

Payu Dara - Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.

Pedih Perut - Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas tiga kali serta makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya pada ulu hati.

Penyakit Kelamin - Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit.

- Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.




Ruam Peluh - Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.

Sakit Gigi - Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.

Sakit Hati - Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.

Sakit Jantung - Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai daun sirih bertemu urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika masih suam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi.

Sakit Kepala - Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala).

Sakit Mata - Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh.

Zahir Batin - Terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sirih bertemu urat, minyak lenga (minyak bijan) dan digiling lumat-lumat serta disimpan dalam bekas bertutup. Apabila hendak bersetubuh maka sapukan pada alat kelamin lelaki, maka nikmat untuk perempuan.

Pengorbanan orang Melayu wajar dihargai

Pernahkah kita mendengar orang Melayu membuat bantahan besar-besaran kerana marahkan pendatang asing tidak kira haram atau dengan izin? Pernahkah juga berlaku bantahan atau piket oleh orang Melayu dengan kekayaan bangsa lain di negara ini? Rasanya tiada, jika ada pun kalau rumah mereka tidak siap dan pemaju kebetulan daripada kalangan kaum lain.

Orang Melayu sejak zaman-berzaman mudah menerima sesiapa sahaja dalam masyarakat mereka. Pantang orang Melayu menolak tetamu, jika tetamu ingin bermalam, lagilah berbesar hati mereka. Jika ingin berjiran disambut dengan tangan terbuka. Itulah tradisi Melayu yang menjadi kelemahan kesudahannya.

Perkongsian kuasa seperti yang sudah dipersetujui sejak Malaysia merdeka sewajarnya dihormati dan dijadikan pegangan dalam diri setiap pemimpin komponen Barisan Nasional (BN). Jika asyik mengutarakan perkara yang dianggap sudah dipersetujui sebagai gagasan BN bagaimana pula BN dapat bangkit dan menghadapi masa mendatang.

Semangat perpaduan dan toleransi perlu diperkuatkan bukan digegar sana-sini. Formula yang berkesan selama hampir separuh abad sudah sebati dengan rakyat negara ini. Mungkin tersalah campur sebatian menjadi tindak balas kimia berbeza pula pada PRU-12.

Menukar formula gagasan BN hanya akan menjadikan kita seumpama tikus membaiki labu. Setiap komponen BN perlu memantapkan parti masing-masing dan kembali mencipta kejayaan sebagaimana yang pernah dikecapi sepanjang 50 tahun kita merdeka.

Jika BN diibaratkan sebuah kapal. Kapal mana yang tidak dipukul ombak dan ribut. Bukankah ujian berlaku sepanjang pelayaran sesebuah kapal. Mungkin diserang lanun atau ditawan dengan tuntutan tebusan. Jangan pula UMNO sebagai tonggak BN diuji begitu rupa.

UMNO walau ada saingan dengan Pas dan PKR masih lagi parti yang kukuh menaungi majoriti orang Melayu Semenanjung dan Sabah.

Orang Melayu melalui Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan lain-lain NGO Melayu sudah mula bangkit memperjuangkan hak-hak Melayu selain UMNO yang tetap dengan perjuangan membela nasib bangsa.

Jika komponen BN dan pembangkang saban masa terus meniup isu-isu sensitif mungkin akan mencetuskan suatu perasaan tidak harmoni di kalangan masyarakat. Sedangkan fokus sebenar kita adalah untuk hidup secara harmoni di dalam negara ini seterusnya menjalankan kegiatan ekonomi menurut hak-hak yang telah ditetapkan sama ada oleh Perlembagaan atau bajet tahunan negara.

Pengorbanan bangsa Melayu seboleh-bolehnya tidak mahu diungkit dari segi apa sekalipun. Tuntutan bersifat melampaui gagasan asal negara kita perlu dirasionalkan oleh pihak-pihak terbabit. Sesungguhnya orang Melayu berada dalam keadaan yang masih mampu membuat pertimbangan sebaik-baiknya dan bertindak balas secara matang tiap kali isu-isu sensitif disebut-sebut pemimpin parti komponen.

Namun rasa kecewa melebihi rasa marah dan terkilan apabila soal ketuanan Melayu, kontrak sosial dan perkongsian kuasa dilaungkan tanpa henti.

Tidakkah kita sedar bangsa yang ramai masih hidup di paras kemiskinan dan mengalami diskriminasi dalam pekerjaan adalah orang Melayu? Siapa yang wajar membela bangsa Melayu jika bukan orang Melayu sendiri.

Jika bukan UMNO sebagai tonggak BN melakukannya, adakah komponen BN yang lain berani memberi akujanji untuk membantu bangsa Melayu seratus peratus jika orang Melayu terus hidup di bawah paras kemiskinan, sudah pasti mereka akan mengatakan itu tanggungjawab UMNO sendiri sebagai pembela orang lain.

Jika mereka mampu memberi akujanji sedemikian mungkin tuntutan mereka dianggap berasas.

“Hari terakhir saya sebagai Mufti Perlis”

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
MUFTI PERLIS

Hari ini adalah hari terakhir saya sebagai Mufti Perlis. Ini bererti, Pena Mufti kali ini adalah pena yang akhir daripada saya bagi ruangan ini. Menjelang 12 malam ini, maka tamatlah tugasan saya sebagai seorang mufti di Negeri Perlis.

Insya-Allah, pada pukul 10.45 pagi esok saya akan bertolak ke United Kingdom bagi cuti sabatikal. Saya akan menyempurnakan – dengan izin Allah – kajian perbandingan mengenai tafsiran hadis antara fundementalis dengan orientalis.

Dua tahun sebulan saya menjadi mufti. Izinkan saya menceritakan sedikit pengalaman yang ringkas dalam tempoh tersebut. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi pengalaman dengan para pembaca yang selalu setia. Jika ada yang baik boleh diambil manfaat, jika ada yang buruk, wajar dijauhi. Pada hari saya dijemput ke Perlis untuk menjadi mufti, saya berfikir panjang apakah yang mampu untuk saya lakukan mengenai perubahan kefahaman dan minda rakyat. Mampukah saya menghadapi corak warna yang sukar diubah yang menguasai suasana? Beberapa hari selepas tawaran itu datang, Ramadan menjelang. Saya yang teramat lemah dan kerdil ini mengambil kesempatan dari dataran Ramadan yang penuh rahmat memohon pertolongan Allah agar diberikan kekuatan dan kemampuan agar saya mampu melakukan sesuatu. Selepas Ramadan, saya menerima tugas sebagai Mufti Perlis dan cuba melakukan tanggungjawab yang saya percaya saya patut lakukannya. Bermula pada saat itu, saya belum berehat menghadapi berbagai-bagai isu yang saya utarakan atau yang muncul dalam masyarakat. Atas slogan: “Kembalikan imej Islam”, “Islam dibina atas dalil dan fakta”, “Islam itu mudah”, “Islam memusuhi kebodohan”, saya berkuliah di sana-sini, berucap dalam berbagai-bagai majlis, membentangkan kertas kerja, memberikan pandangan yang pelbagai di media, memenuhi berbagai-bagai rancangan televisyen, menghadiri pelbagai dialog, menulis sekitar lebih 100 artikel yang melahirkan berbagai-bagai diskusi sepanjang dua tahun, menghasilkan buku, membuka laman web yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan, berunding dan berbincang dengan pelbagai pihak, pertubuhan, artis, pelajar dan lain-lain. Namun saya terus yakin, masih ada ruangan baki tenaga yang barangkali saya belum gunakan sepenuhnya. Ada waktu saya terbuang kerana bersembang dan ceria bersama rakan dan sahabat yang kadang-kala mengambil masa yang lebih daripada yang patut. Ada juga ruang waktu santai yang kadang-kala mungkin boleh untuk dikurangkan. Pun begitu dalam tempoh dua tahun itu saya juga beberapa kali demam yang disebabkan lebihan bebanan kerja. Memerah otak lebih penat daripada memerah tenaga. Alhamdulillah, tidak boleh dinafikan juga, sokongan Kerajaan Perlis yang lepas dan Istana Perlis yang memberi ruang serta tidak pernah mengongkong saya adalah antara faktor yang melancar segala usaha.

Merubah bukit dan gunung kadang-kala lebih ringan dari merubah minda manusia yang berakar umbi sekian lamanya. Bukit dan gunung jika diubah tidak akan bercakap, tetapi manusia jika kita ingin mengubah mindanya yang patut diubah, jika mereka tidak bersetuju, mereka bukan sahaja menolak, tetapi merencana untuk bertindak dan kita akan menghadapi padahnya. Bukit dan gunung tidak akan berdusta dan membuat cerita bohong mengenai kita, tetapi manusia yang tidak bersetuju akan melakukannya. Bukit dan gunung tidak akan hasad dengan kita, tetapi manusia jika dia hasad, segala kejadian dan cerita luar biasa akan tercetus. Apapun saya rasa perubahan – alhamdulillah – telah berlaku dalam tempoh tersebut. Pelbagai lapisan rakyat yang berjumpa saya menyatakan sokongan. Ribuan e-mel sokongan diterima. Walaupun tidak dinafikan masih ada yang memusuhi, prejudis dan menganggap saya mengganggu periuk nasi dan kerusi empuk mereka yang selesa terutama sebilangan mereka yang berjawatan dalam agama dan politik.

Singkat

Dua tahun memanglah singkat. Hari ini saya telah menamatkan pusingan dan tugasan tersebut. Kepada Allah saya serahkan; agar diampunkan kelemahan dan diberi pahala jika ada kebaikan. Siapalah insan yang kerdil dan daif seperti saya untuk merasai diri telah menyempurnakan tugas. Bahkan saya yakin, masih ada ruangan yang patut saya sempurnakan, namun saya tidak memenuhinya. Maka apabila saya ditanya oleh wartawan yang pelbagai: “Apakah Dr. berpuas hati dengan misi yang dilakukan sepanjang dua tahun ini?” Jawapan saya, tentulah “tidak”. Saya mengharapkan Allah mengampuni kekurangan dan kelemahan saya. Saya teringat Rasulullah SAW yang amat sempurna itu. Dalam khutbah baginda pada Hari Hajjatul Wada’, baginda bertanya lautan para sahabat yang hadir tentang tugasan yang telah dilakukan baginda. Baginda bersabda: “Kamu akan ditanya (oleh Allah) mengenaiku, apakah yang akan kamu jawab?” Kata mereka: “Kami menyaksikan bahawa engkau telah menyampaikan, telah menunaikan, dan telah menasihati”. Lalu baginda mengangkat jari telunjuk ke langit dan kemudian ke arah orang ramai dan bersabda: “Ya Allah! Saksikanlah” sebanyak tiga kali. (Riwayat Muslim). Demikian seorang nabi yang penuh amanah menunaikan tanggungjawab, menyampaikan kebenaran dan menasihati umat, pun begitu masih inginkan kepastian dan kepuasan perasaan dengan bertanyakan orang ramai tentang tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh dirinya yang mulia. Siapalah kita di hadapan semua ini.

Mengubah minda dan pemikiran bukan kerja mudah. Ia memerlukan masa dan kesungguhan. Lebih daripada itu, ia memerlukan kesabaran dalam menghadapi ujian dan harga yang perlu dibayar untuk sebuah perjuangan. Kata ‘Abd Allah bin Mas‘ud ra: “Apa akan terjadi kepada kamu nanti apabila fitnah (penyelewengan) membaluti kamu. Anak kecil membesar dalamnya, yang dewasa pula telah tua bersamanya, lalu fitnah dijadikan sunnah (kebiasaan) sehingga jika ia diubah maka dikatakan “ini tindakan yang munkar”. Ditanya beliau: “Bilakah hal itu akan terjadi?” Jawabnya: “Apabila kurangnya mereka yang amanah dalam kalangan kamu, tetapi ramainya pemimpin (orang politik) kamu, kurangnya mereka yang faqih (memahami hakikat Islam) dalam kalangan kamu tetapi ramainya pembaca al-Quran, dan dipelajari ilmu bukan kerana agama (Allah) serta dicari dunia dengan amalan akhirat” (Riwayat ‘Abd al-Razzaq – lihat: al-Albani, Sahih al-Targhib wa al-Tarhib, 1/26). Ini realiti kita sebenarnya. Banyak perkara bukan agama dikatakan agama. Sehingga manusia sukar hendak membeza antara pendapat ustaz dengan nas al-Quran dan al-Sunnah yang sebenar. Lalu pendapat golongan agama, sekalipun tidak menepati nas tetap dimaksumkan. Contohnya seseorang tidak membeza antara perkahwinan yang sah, dengan perkahwinan yang diiktiraf oleh Pejabat Agama. Seperti cerita seorang kadi yang enggan mengesahkan perkahwinan yang diuruskan oleh kadi lain kerana pasangan tersebut menjemput kadi luar kawasan. Padahal Rukun Nikah sudah dipenuhi; ada pasangan, wali, saksi dan akad. Namun kerana fulus pendaftaran tidak sampai ke tangan kadi kawasan, maka pasangan itu selama beberapa tahun terpaksa merayu sijil nikah mereka. Menderitalah mereka dalam tempoh tersebut, lalu ada yang menganggap perkahwinan mereka tidak sah. Sama seperti perkahwinan di luar negara, bukan tidak sah tetapi tidak diiktiraf oleh kerenah birokrasi agama di Malaysia. Begitu juga dalam hal-hal lain termasuk ibadah. Berapa banyak perkara adat Melayu disangka ajaran Islam sehingga jika kita berbeza kita akan dituduh dengan berbagai- bagai perkara. Demikian juga kita kekurangan tokoh yang amanah tetapi ramai pula yang hendak jadi ahli politik. Seterusnya betapa ramai para pembaca al-Quran atau penceramah dalam kalangan kita, tetapi sedikit pula yang benar-benar memahami hakikat Islam yang dihantar kepada umat manusia. Akhirnya kita gagal menampilkan imej Islam yang indah seperti yang diperjuangkan oleh baginda Nabi SAW. Dalam rangkap yang akhir dalam riwayat ‘Abd Allah bin Mas‘ud ini dicerita pada zaman fitnah tersebut manusia menggunakan amalan agama untuk mendapatkan dunia. Lihatlah, bermula dengan upah sembahyang hadiah untuk jenazah, upah baca al-Quran untuk mayat sehingga perkara-perkara lain yang lebih besar yang lain. Semua itu projek duit atas nama agama. Pelbagai khurafat akhirnya muncul, sedangkan umat Islam dilanda bermacam masalah yang getir.

Saya yang maha lemah ini mencuba untuk memberikan pandangan dan pemikiran agar Islam dan umat Islam dalam negara ini dapat terus tampil relevan terutama dalam menghadapi perubahan zaman. Saya bukan tidak menyokong Majlis Fatwa Kebangsaan, tetapi kita perlukan kematangan dalam membimbing umat dan menghadapi zaman. Di samping fatwa yang ada, cubalah juga berikan fatwa yang dapat membangkitkan umat seperti memfatwakan berdosa umat Islam di negara ini membiarkan ekonomi dikuasai orang lain. Alhamdulillah, media seluruh negara begitu baik membantu saya. Antara yang paling utama ruangan Pena Mufti ini telah dibaca oleh pelbagai pihak. Saya mendapat sahabat yang ramai kerana ruangan ini, termasuklah Tun Dr. Mahathir dan berbagai-bagai tokoh besar lain. Ribuan e-mel dan surat sokongan saya terima daripada rakyat Malaysia dalam dan luar negara, Muslim dan bukan Muslim. Juga para pembaca dari Singapura, Brunei dan Indonesia. Media-media luar juga sering menemuramah saya. Di mana saya pergi alhamdulillah, pelbagai lapisan menyatakan sokongan.

Prejudis

Walaupun pada peringkat awal banyak yang prejudis, namun anjakan masa dan perubahan hari telah membawa sebahagian besar mereka dapat menerima bahawa idea dan pandangan yang dikemukakan itu di luar dari daerah kepentingan mana-mana individu atau pihak. Namun saya tahu yang menolak terus menolak. Saya masih ingat, apabila RTM membuat wawancara khas secara langsung dengan saya yang dikendalikan oleh Datuk Johan Jaafar, apabila saya hadir ke mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan, pengerusinya seakan mengadakan sidang mahkamah khas mempertikai apa saya kemukakan. Namun kerana masa itu saya masih awal sebagai mufti, saya enggan mengambil langkah bertegang. Bukan sedikit selepas itu pelbagai fitnah datang daripada mereka yang memegang ‘jenama agama’. Ada yang tuduh saya tumbuk imam di Perlis, ada yang kata Amerika bantu. Ada yang ‘sepangkat’ dengan saya dalam ceramahnya menceritakan bahawa saya pergi New Zealand keluar bas tidak pakai songkok dan naik bas terlewat. Itu memang benar, namun saya pasti apakah itu perlu dimasukkan ke dalam isi ucapan? Sehingga pada saat-saat ini pun apabila saya memberikan sedikit alternatif tentang isu yoga, ada pihak yang mendakwa Ph.D saya bukan dalam bidang agama dan saya tidak layak memberi pandangan di hadapan golongan agama yang sudah lama berjawatan. Padahal Ph.D yang ditulis dalam Bahasa Arab itu dicetak oleh UIAM, dan cetakan kedua diterbitkan oleh pencetak buku ternama di Beirut, Lebanon. Saya malas hendak melayan itu semua dalam kesibukan mengejar waktu. Bahkan rakan-rakan sejawatan beberapa negeri menghalang saya berceramah di negeri mereka. Selangor umpamanya membenar semua mufti berceramah, kecuali Mufti Perlis. Jakim pula tidak akan melantik saya dalam sebarang panel fatwa, walaupun mufti negeri lain dilantik. Saya menerima itulah realiti perjuangan dengan senyuman dan tidak kecil hati. Mereka yang lebih daripada saya, bahkan tidak dapat dibanding seperti para nabi dan ulama terdahulu menghadapi lebih berat daripada itu.

Saya teringatkan kata-kata Za‘ba dalam bukunya Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri yang Prof Diraja Ungku Aziz kirimkan kepada saya agar saya baca. Antara katanya yang pernah saya petik dahulu: “Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu – kala itu – iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang – maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandaimandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi. Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat. (m.s 33, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 2005).

Saya telah mencuba dalam masa dua tahun yang lepas. Terserah kepada rakyat menilainya. Jika ia tidak berjaya pun, saya mengharapkan Allah memberikan saya pahala. Ya! Ratusan e-mel saya terima membantah keputusan saya tidak mempertahankan jawatan mufti ini. Sehingga ada yang menulis “Selama ini saya amat menyanjungi kebijaksanaan tuan mufti, tetapi saya yakin tindakan tuan berhenti adalah merupakan keputusan yang silap, atau tuan mungkin tidak lagi memikirkan kepentingan umat Islam dan rakyat negara ini lagi. Maafkan saya!” Saya ingin katakan, saya akan terus berfikir untuk itu, bahkan saya akan cuba mewakafkan hidup untuk perjuangan yang panjang ini. Saya bukan lari meninggalkan medan perjuangan, tetapi saya insya-Allah akan pulang dengan kekuatan yang baru. Rakyat Perlis bersalam dengan saya pada Jumaat lepas dengan kesedihan dan tangisan. Saya bersyukur saya meninggalkan jawatan dengan penuh senyuman dan persahabatan. Sekurang-kurangnya mereka tahu saya telah cuba melakukan sesuatu untuk Perlis dan Malaysia.

TAKZIAH BUAT KELUARGA DATUK RAZALI & DATUK AHMAD SAID


Seluruh warga Kuala Terengganu mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Razali Ismail (Ahli Parlimen Kuala Terengganu) yang telah meninggal pada 28 November 2008 (30 Zulkaedah 1429). Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada bidang pendidikan dan juga warga Kuala Terengganu khususnya.

Begitu juga dengan pemergian ibu kepada Datuk Ahmad Said (Menteri Besar Terengganu) di Kemaman, Terengganu.

Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham & Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. AMIN.

AL-FATIHAH

Sambutan Hari AIDS Sedunia 2008

Tanggal 1 Disember 2008 merupakan ulang tahun ke-20 sambutan Hari AIDS Sedunia yang mula diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1988.

Konsep Hari AIDS Sedunia bermula pada 1988 dengan Sidang Kemuncak Menteri-Menteri Kesihatan Sedunia untuk Program Pencegahan AIDS.

Semenjak tahun itu, Hari AIDS Sedunia disambut di seluruh dunia dengan membawa slogan dan tema yang berbeza hampir setiap tahun.

Tema yang berbeza-beza diberikan WHO adalah berkaitan dengan kumpulan sasaran dan hala tuju tertentu dalam usaha menentang penularan HIV dan AIDS bagi tahun tersebut.

Untuk tahun ini, ‘kepemimpinan’ dipilih sebagai tema sambutan kerana telah terbukti bahawa komitmen yang baik dan berterusan oleh pemimpin amatlah penting bagi memastikan kejayaan sesuatu usaha menangani masalah tertentu, terutama sekali dalam aspek menangani wabak HIV/AIDS.

Kepemimpinan yang baik datang dari pemimpin yang berani bertindak, inovatif, berwawasan dan sanggup bertahan dalam menghadapi rintangan dan cabaran yang mendatang.

Dalam aspek HIV/AIDS, kepemimpinan amat penting dan perlu ada di setiap peringkat iaitu peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa.

Tema sambutan ini diharap dapat membantu menggalakkan usaha kepemimpinan serta melahirkan jaguh menentang AIDS di setiap sektor dan peringkat masyarakat di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

Objektif sambutan

HIV disebarkan melalui hubungan terus melalui darah atau cecair badan yang mempunyai virus tersebut seperti darah, sperma, cecair vagina dan susu badan.

Oleh itu, jangkitan boleh berlaku melalui hubungan seks, pemindahan darah tercemar, cucukan jarum tercemar (sengaja atau tidak) atau dari ibu kepada anak semasa mengandung, kelahiran atau penyusuan badan.

Walaupun kini terdapat rawatan untuk HIV dan AIDS yang boleh memperlahankan perkembangan penyakit ini, vaksin atau ubat untuk menyembuhkan sepenuhnya penyakit ini masih belum dapat dihasilkan.

Pencegahan pula masih menjadi langkah pilihan utama untuk mengawal penyebaran HIV dan penularan AIDS.

Antara objektif utama sambutan Hari AIDS Sedunia adalah untuk memupuk kesedaran dalam masyarakat pelbagai peringkat mengenai keperluan memainkan peranan sebagai pemimpin di peringkat masing-masing dalam usaha untuk menangani pandemik AIDS.

Selain itu, ia juga bagi meningkatkan penglibatan dan sokongan pemimpin dan ketua masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan kawalan HIV/AIDS di dalam dan luar negara.

Sambutan ini juga membantu mengingatkan para pemimpin terbabit mengenai janji-janji yang perlu ditunaikan dalam meningkatkan dan meneruskan usaha mengawal penularan HIV dan AIDS.

Bagaimanapun, sambutan Hari AIDS Sedunia setiap tahun tetap menekankan penglibatan orang ramai dan menggalakkan penyertaan anggota masyarakat supaya bersama-sama bertanggungjawab dalam usaha mencegah dan mengawal penyebaran penyakit HIV/AIDS.

Satu keperluan

Sambutan Hari AIDS Sedunia diadakan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan pemahaman, serta kemahiran masyarakat mencegah HIV/AIDS.

Kempen AIDS Sedunia diiktiraf sebagai salah satu daripada peristiwa penting dalam memperingati segala usaha, pengorbanan dan sumbangan yang dicurah oleh sektor awam, pertubuhan-pertubuhan berkaitan dan orang perseorangan yang terlibat dalam usaha pencegahan dan pengawalan wabak AIDS.

Di negara kita, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) mengatur pelbagai aktiviti sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia.

Ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti sambutan yang telah dirancang dan dilaksanakan di seluruh Malaysia.

Aktiviti

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kempen sambutan Hari AIDS Sedunia 2008 tertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang dapat memberi kesedaran kepada masyarakat.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sempena kempen sambutan Hari AIDS Sedunia tahun ini ialah:

- Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan dan Negeri.

- Seminar berkaitan Kepemimpinan di peringkat agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan individu dalam menangani HIV/AIDS.

- Larian AIDS oleh Persatuan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) dengan kerjasama Kelab PROSTAR Malaysia.

- Aktiviti pendidikan kesihatan di kemudahan kesihatan dan hospital kerajaan.

- Aktiviti pendidikan kesihatan melalui media massa.

- Makluman melalui laman web dan edaran bahan-bahan bercetak kepada orang ramai.

Recent Posts