Selasa, November 11, 2008

Tukar perkhidmatan mudahalih dengan Switch DiGi

Menerusi kemudahan platform Pengalihan Nombor Mudah Alih (MNP), pengguna telefon mudah alih kini berpeluang untuk menukar perkhidmatan mobil ke pembekal rangkaian yang lain tanpa perlu menukar nombor telefon bimbit asal.

Platform MNP yang merupakan inisiatif kerajaan itu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk mengekalkan nombor telefon bimbit agar pengguna tidak terputus hubungan dengan kenalan.

Justeru, pengguna tidak lagi perlu membuang masa dan wang untuk mengumumkan penukaran nombor sekiranya bertukar kepada pembekal rangkaian telekomunikasi yang lain.

Ini bermakna, pengguna pra bayar mahupun pasca bayar berpeluang untuk bertukar ke mana-mana rangkaian lain bagi mendapatkan penjimatan dari segi kadar mahupun menikmati nilai tambah yang terbaik ditawarkan di pasaran tanpa menukar nombor telefon mereka.

Sehubungan itu, DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan kedudukannya di pasaran dengan mengumumkan kempen Switch kepada orang ramai dalam menawarkan struktur pelan pada kadar rata yang terendah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Johan Dennelind, pihaknya merupakan pembekal rangkaian mudah alih yang pertama untuk menawarkan kadar rata yang terendah dalam lingkungan persekitaran MNP.

‘‘Maka, pengguna tidak perlu risau tentang kos panggilan apabila membuat panggilan terhadap rangkaian lain.

‘‘Oleh yang demikian, kehadiran platform MNP ini membuka ruang kepada para pengguna yang sensitif terhadap penukaran nombor untuk membuat pilihan bijak selain menikmati penjimatan dari segi kadar, liputan meluas, mengeratkan hubungan terhadap sahabat dan kaum famili, inovasi terkini, penawaran ganjaran dan juga pengalaman pengguna yang terbaik,’’ katanya ketika mengumumkan kempen Switch di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menarik, tiada sebarang kos dikenakan terhadap pengguna talian mudah alih yang berminat untuk bertukar kepada rangkaian DiGi.

Tawaran ini terbuka kepada mana-mana pengguna prabayar dan pasca bayar daripada rangkaian yang lain.

Di samping itu, DiGi kini menawarkan pelbagai struktur pelan bagi pelanggan prabayar dan pasca bayarnya pada kadar rata yang terendah.

Proses penukaran itu boleh dilakukan dengan mudah , pengguna hanya perlu membawa dokumen pengenalan diri seperti MyKad atau pun pasport untuk tujuan pendaftaran ke kedai DiGi yang berhampiran di seluruh negara.

Selain itu, pengguna juga boleh melayari laman web www.digi.com.my/switch untuk menghantar permohonan melalui Internet.

Bagaimanapun, permintaan proses penukaran pengguna boleh ditolak sekiranya pengguna tersebut masih terikat dengan kontrak ataupun mempunyai bil tertunggak antara pembekal rangkaian asal.

Masalah Berdengkur

Berdengkur merupakan gangguan pernafasan yang paling kerap melanda masyarakat tanpa mengira usia dan jantina.

Di Malaysia, dilaporkan lebih lima juta rakyat tidur berdengkur sama ada disedari atau tidak. Jumlah itu melibatkan kira-kira 45 peratus kaum lelaki dan 30 peratus wanita yang berdengkur setiap kali mereka tidur.

Ini bermaksud, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kita menghadapi gangguan tidur yang sukar diatasi kerana berpunca daripada dengkuran suami atau isteri sehingga kadang kala menjejaskan hubungan intim antara kedua-duanya.

Malang sekali, kebanyakan orang menyifatkan dengkuran hanya sekadar satu kejengkelan sedangkan ia sebenarnya masalah serius yang perlu diatasi segera bagi mengelak penyakit lebih kronik seperti jantung terhenti dan angin ahmar.

Konsultan dan Pakar Telinga, Hidung dan Tekak Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang, Dr. K. Gopalan Nair berkata, berdengkur disebabkan oleh halangan pada rongga hidung apabila saluran pernafasan menjadi sempit kerana otot akan mengendur sewaktu tidur.

“Selain itu, punca lain seperti uvula terlalu panjang, tonsil membengkak dan saiz lidah membesar akibat obesiti juga mengakibatkan gangguan pernafasan ketika tidur.

“Lain-lain punca adalah rongga hidung tersumbat akibat selesema atau alergi dan keadaan septum membengkok.

“Semua keadaan ini mengakibatkan mulut terbuka memandangkan rongga hidung tidak mampu mengawal pengaliran keluar masuk normal melalui hidung.

“Disebabkan komplikasi tersebut, 87 peratus orang yang berdengkur bangun tidur dalam keadaan letih, manakala 93 peratus pula mengalami hidung tersumbat,’’ katanya.

Mengikut kajian, daripada sejumlah 45 peratus orang dewasa yang kadang kala tidur berdengkur, kira-kira 25 peratus daripada mereka sentiasa berdengkur setiap kali melelapkan mata.

Hal ini boleh mengakibatkan masalah yang lebih serius apatah lagi jika ia mendatangkan gangguan kepada corak tidur dan merampas hak individu itu untuk mendapatkan rehat secukupnya.

Bahaya sebenar timbul apabila tabiat berdengkur itu lama kelamaan menimbulkan masalah kesihatan jangka panjang, antaranya Obstructive Sleep Apnea (OSA).

OSA boleh mengakibatkan pesakit berhenti bernafas berulang kali sewaktu tidur, kadang kala beratus kali pada waktu malam selama 60 saat atau lebih.

“Kombinasi gangguan tidur dan kekurangan oksigen boleh mendatangkan hipertensi, penyakit jantung, masalah ingatan, berat badan meningkat, kemandulan, sakit kepala, cepat marah atau keletihan.

“Ini kerana kualiti tidur yang rendah boleh menjejaskan prestasi di tempat kerja, mengantuk pada waktu siang dan lebih teruk lagi terlelap ketika memandu,’’ jelas beliau.

Menurut Gopalan lagi, rawatan untuk mengatasi masalah dengkuran dan OSA berbeza mengikut setiap individu.

Terbukti secara klinikal

Beberapa cara mudah untuk berhenti berdengkur adalah mengurangkan berat badan, tidak minum alkohol terutama sebelum tidur, elak mengambil pil tidur dan berhenti merokok.

Rawatan pembedahan seperti Septoplasty mampu membetulkan septum membengkok (deviated septum) yang mengakibatkan gangguan pernafasan apabila tidur.

Kaedah rawatan lain pula termasuk penggunaan alatan pergigian khas, pelekat hidung atau sejenis mesin seperti alat bantuan pernafasan digunakan sewaktu tidur untuk menolak oksigen terus ke paru-paru dengan menembusi halangan pada rongga udara.

Breathe Right Nasal Strip yang diperkenalkan GlaxoSmithKline Consumer Healthcare (GSK) baru-baru ini, bukan sahaja membantu mengatasi masalah berdengkur bahkan membantu melegakan rongga hidung tersumbat akibat selesema atau alergi.

Pelekat hidung tanpa mengandungi ubat-ubatan itu hanya perlu diletakkan pada batang hidung dengan betul untuk mengembangkan lubang hidung dan meluaskan rongga pernafasan.

Naib Presiden dan Pengurus Besar GSK Asia Tenggara, Akhil Chandra memberitahu, produk berkenaan terbukti secara klinikal dalam meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam rongga.

“Ia dapat mengurangkan kekuatan bunyi dan frekuensi dengkuran seseorang itu sebanyak 31 peratus dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia.

“Oleh itu, ia selamat digunakan oleh semua orang termasuk wanita mengandung dan kanak-kanak serta ideal untuk mereka yang bimbang terhadap kesan sampingan ubat diambil secara oral,’’ katanya.

Breathe Right boleh diperoleh pada harga RM6 dan RM12 di mana-mana farmasi seluruh negara.

Tasik Bera

Tasik Bera yang terdiri daripada tujuh lembah yang dibanjiri air sungai yang bersama-sama membentuk satu sistem tasik sungai berukuran 35 km kali 20 km dengan keluasan 6,150 hektar, adalah takungan air tawar terbesar di Malaysia.

Tasik Bera bukan sahaja penting kerana kaya dengan biodiversiti malahan dari segi saintifik, rekreasi, pendidikan serta ekonomi. Kawasan paya gambut lanar ini juga menampung komuniti biologi yang unik bagi Malaysia.

Hampir 100 spesies ikan air tawar, 200 spesies burung dan 68 spesies mamalia hidup di sini. Spesies-spesies yang diancam kepupusan termasuk gajah Asia, harimau belang, harimau dahan, badak cipan (tapir), arowana Asia dan buaya julung-julung (Malayan gharial). Manakala keladi paya hanya boleh ditemui di Tasik Bera.

Terdapat dua musim hujan dan panas yang ketara di sini dengan musim hujan dialami dari April hingga Mei dan September hingga Januari.

Paras air pula akan naik dan turun mengikut musim, daripada kedalaman satu meter semasa musim panas iaitu dari Februari hingga April dan Jun hingga Ogos, hingga tujuh meter semasa tempoh monsun.

Pada 1994, Tasik Bera menerima pengiktirafan antarabangsa apabila ia diisytiharkan sebagai tapak Ramsar pertama di Malaysia. Konvensyen Ramsar mengenai Tanah Lembap merupakan satu perjanjian antara kerajaan bagi pemuliharaan dan penggunaan lestari tanah lembah dan sumbernya.

Sejak itu, pelbagai undang-undang telah diperkenalkan untuk melindungi eko-sistem Tasik Bera yang mudah musnah. Kawasan teras tasik itu, yang terdiri daripada kira-kira 32 hektar, diklasifikasi sebagai Rizab Hidupan Liar di mana pelancongan berasaskan kepada alam semulajadi digalakkan bersama pembabitan masyarakat Semelai.

Bagi rekod, Malaysia kini mempunyai enam tapak Ramsar. Lima yang lain ialah Pulau Kukup, Tanjung Piai dan Sungai Pulai di Johor, kesemuanya diwujudkan pada 2003; Tanah Lembap Kuching di Sarawak (2005) dan Tanah Lembap Hilir Kinabatangan-Segama di Sabah, yang menerima pengiktirafan itu baru-baru ini (29 Okt).

TARIKAN

Selama lebih 600 tahun, Semelai salah satu daripada puak Orang Asli telah menghuni sekitar Tasik Bera dan bergantung kepada sumber-sumber semula jadi.

Hari ini, kira-kira 4,000 orang Semelai menetap di 14 kampung yang berselerak di sekitar tasik.

Kebanyakan mereka bekerja di ladang-ladang kelapa sawit dan getah yang terletak berdekatan.

Dengan bantuan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kaum Semelai telah menubuhkan sebuah pertubuhan yang berasaskan kepada masyarakat mereka yang dikenali sebagai Semelai Association for Boating and Tourism (SABOT), yang mengatur program homestay dan eko-adventur serta program kebudayaan bagi tetamu.

Aktiviti ditawarkan:

Treking hutan

Ketahui bagaimana sumber-sumber semula jadi hutan digunakan. Melihat bekas tapak kaki haiwan berlainan yang boleh ditemui di sekitar tasik termasuk harimau yang di ambang kepupusan, babi hutan, harimau dahan, beruang dan kancil.

Pemandu akan mengadakan demonstrasi bagaimana damar dikeluarkan daripada pokok keruing; mereka melakukannya dengan memotong kulit pokok dan menyalakan api yang terkawal dalam lubang yang dibuat pada batang di mana damar akan mengalir keluar.

Damar yang mengandungi unsur-unsur penting, pernah digunakan oleh pedagang Arab dan India untuk menyediakan wangian, lilin, perekat dalam membina bot dan sebagai bahan api untuk obor.

Kenu

Helaian daun Pandanus menguasai pemandangan tasik, mewujudkan laluan air yang berselirat serta teluk-teluk terpencil. Bergerak senyap menerusi laluan air berliku-liku yang berselirat dalam kenu tradisi yang dikorek daripada kayu memberikan pelawat peluang terbaik untuk melihat haiwan yang bersembunyi atau yang tinggal di celah-celah daun.

Menangkap ikan dan pertunjukan kraf

Walaupun penangkapan ikan dibenarkan, bilangan tangkapan dihadkan. Pemandu memantau rapi kesemua ikan yang ditangkap untuk mengelakkan spesies jarang daripada pupus sama sekali. Mereka juga akan menunjukkan lebih 50 cara masyarakat Semelai menangkap ikan.

Kraftangan Semelai dianggap sebagai lebih hebat berbanding kumpulan lain masyarakat Orang Asli di Malaysia.

Tukang-tukar yang mahir akan menunjukkan bagaimana mereka membuat peralatan muzik tradisional, perangkap haiwan, peralatan kebun serta kenu minatur serta model rumah-rumah Semelai.

Kaum wanita Semelai menenun daun mengkuang untuk menjadikannya bakul, tikar, topi dan dompet yang cantik.

Para pelawat juga boleh ikut serta dengan penduduk kampung menari tarian tradisional 'sewang'.

PENGINAPAN

Persona Lake Resort menawarkan pelbagai chalet, bilik-bilik mewah dan asrama. Selain daripada kemudahan asas dan 'coffee house', tetamu boleh melakukan aktiviti mengayuh kayak dan treking hutan bersama pemandu tanpa sebarang bayaran tambahan.

Tapak Pengurusan Ramsar Tasik Bera mempunyai pejabat tapak berhampiran resort dan menjalankan taklimat percuma mengenai apa yang berlaku di tasik.

Bagi mereka yang mahukan pengembaraan ala Indiana Jones, SABOT mempunyai beberapa kem hutan di pelbagai lokasi sekitar tasik bagi memudahkan pelawat bermalam.

Jika bernasib baik pelawat boleh melihat selayang pandang unggas air yang jarang boleh ditemui, kancil, landak dan banyak lagi.

Kem-kem hutan yang terdapat itu ialah Kem Hutan Kampung Chenderung, Tapak Kem Kampung Sembilan, Tapak Kem Kampung Dato dan Tapak Kem Kampung Mikok.

Para tetamu juga boleh memilih untuk bermalam di rumah tradisional Semelai. Rumah itu, yang dibina mengikut tradisi Semelai dan dipanggil balai, boleh menampung sehingga 10 orang.

Bagaimanapun ia hanya menyediakan kemudahan sebuah perigi, tandas di luar dan lampu minyak tanah untuk kegunaan pada waktu malam.

Satu lagi cara baik untuk menikmati kemesraan penduduk tempatan ialah dengan menyertai program homestay. Program homestay ini memberi peluang kepada pelawat untuk bermalam di sebuah rumah tradisional Semelai serta melalui kehidupan harian keluarga Semelai.

Jika pelawat memilih untuk berada lebih dekat dengan alam semula jadi dan mempunyai khemah sendiri, mereka boleh mendirikannya berhampiran rumah tradisi atau mana-mana khemah hutan. Perkhemahan dibenarkan di tapak resort.

Bagi pengembara yang mencintakan alam sekitar dan mahukan peluang unik untuk melihat dan mengalami persekitaran semulajadi dan adat resam tempatan, Tasik Bera memang destinasi yang menarik.

Imej indah Tasik Bera akan kekal dalam minda mana-mana pelawat. Jadi, jika anda meminati eko-pelancongan, maka pastinya Tasik Bera pilihan paling sesuai.

Yahudi dalam pentadbiran Obama

Barack Obama dipilih sebagai Presiden baru Amerika Syarikat (AS) setelah memenangi pilihan raya Presiden AS pada Selasa minggu lalu.

Walaupun, beliau kini sibuk menyusun jentera pentadbirannya menjelang peralihan jawatan daripada Presiden George W. Bush yang akan mengosongkan kerusi White House pada 20 Januari ini, tetapi cerita-cerita mengenai Obama masih hangat diperkatakan oleh orang ramai bukan sahaja di AS tetapi juga di seluruh dunia.

Salah satu isu, yang masih hangat dibicarakan ialah mengenai status agamanya sebagai seorang Islam. Walaupun, pencabar kuatnya, John McCain daripada Parti Republikan tidak pernah membangkitkan isu tersebut secara langsung dalam kempennya, namun jentera kempen McCain telah mengeksploit isu tersebut bertujuan mempengaruhi pengundi-pengundi AS.

Golongan yang fanatik pula, bertindak lebih jauh mengaitkan Obama dengan pemimpin militan al-Qaeda, Osama bin Laden. Mereka menggunakan cara yang cukup halus termasuk menyiarkan gambar kartun Obama yang kelihatan memakai serban bersama dengan Osama bin Laden, bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Walaupun, Obama dalam salah satu kempennya telah menjelaskan status agamanya dengan menyatakan bahawa beliau adalah seorang Kristian, tetapi golongan yang anti-Islam tetap mendakwa Obama bertindak demikian kononnya bagi memastikan peluangnya untuk menjadi Presiden AS tidak terjejas.

Sentimen Islamofobia di AS bukanlah sesuatu yang menghairankan, kerana masyarakat AS sendiri masih trauma dengan tragedi 11 September, 2001.

Bagaimanapun, pada pilihan raya Presiden AS Selasa lalu, masyarakat AS telah membuktikan bahawa ketakutan Bush terhadap Islam dan tindakan 'suku sakatnya' menaburkan sentimen menakut-nakutkan pengundi AS terhadap Islam tidak berjaya mempengaruhi pengundi AS, apabila mereka tetap memberi kemenangan kepada Obama.

Setelah rancangan mereka menyekat kemenangan Obama gagal - pendokong rejim zionis Israel kini menyusun strategi baru bagi memastikan Obama tetap mengikut telunjuk mereka.

Mereka kini menyelinap dalam pentadbiran Obama bagi memastikan 'orang mereka' berada di sekeliling Obama bagi memudahkan mereka mempengaruhi Presiden baru AS itu.

Setakat ini, Obama telah pun menamakan Rahm Emanuel seorang keturunan Yahudi sebagai Ketua Staf White House. Sementara itu, Menteri Luar Israel, Tzipi Livni telah mendesak Obama supaya tidak mengadakan sebarang rundingan dengan Iran.

Penglibatan langsung Zionis Yahudi dalam pentadbiran Presiden kulit hitam pertama AS itu juga dilihat akan menyukarkannya untuk menjayakan dasar-dasarnya yang mahu berbaik-baik dengan semua negara termasuk dengan negara-negara Islam.

Buat baik dulu sebelum suruh orang lain

Mata suka memandang dan mempengaruhi hati supaya menjatuhkan hukuman terhadap orang yang dipandang. Walaupun baru sekali berjumpa, ada yang sudah bijak menilai orang lain semata-mata dengan asas prasangka buruk.

Orang itu jahil, si polan fasik, jiran kamu sombong, kawan kamu penipu, suami kamu pembohong, beliau yang dihormati itu sebenarnya zalim, saudara kamu munafik, khianat, penjenayah, perampas hak orang dan segala kejahatan hanya milik mereka yang hadir dalam kehidupannya. Itulah mata jahat yang bersatu dengan hati busuk.

Tetapi kadang-kadang mata dan hati boleh tertipu oleh rupa paras dan tingkah laku orang yang dilihatnya. Baru sekali duduk minum dan mendengar tutur bicara halus dan idea bernas, terus percaya kepada orang di hadapannya itu umpama malaikat.

Semua baik, tidak ada cacat dan celanya. Akhirnya tertipu oleh imej palsu yang dilihat dengan cermin mata suram. Bertolak daripada kebaikan dan keburukan yang dilihat melalui mata zahir maka manusia terus mencari jalan tengah supaya dia dapat membuat penyesuaian dengan persekitaran secara selamat.

Sikap terbaik ketika menjalinkan hubungan dengan orang lain ialah ambil manfaat daripada kebaikannya saja, usah peduli dengan aib orang itu dan berhati-hati supaya diri tidak dimanipulasi. Namun begitu kita berasa diri diperhati tanpa mahu mengaku bahawa kita juga suka memerhati orang lain.

Sebenarnya sikap suka memerhati ini boleh memberi kesan positif dalam diri iaitu dengan syarat, perhatian itu hanya kepada mutiara kebaikan saja. Adapun keburukan orang lain, cukuplah dijadikan sempadan tanpa disertai celaan kepada orang itu kerana tiada siapa yang sempurna di dunia ini.

Jika setiap orang mengenal dirinya sendiri dengan sedalam-dalamnya nescaya tiada seorangpun tergamak menghina keaiban orang lain kerana dia masih melihat kelemahan yang banyak dalam dirinya sendiri. Alangkah eloknya jika kita menumpukan perhatian kepada kelebihan dianugerahkan Allah kepada orang lain untuk mengambil faedah daripadanya. Antara manfaatnya ialah:

l Menghilangkan rasa ujub pada diri sendiri.

Hati manusia berubah-ubah, ada kala hari ini baik, esok pula belum tentu, hari ini angin yang bertiup itu sepoi-sepoi bahasa, namun tidak mustahil boleh bertukar menjadi puting beliung yang mengganas.

Oleh itu, semua penilaian mengenai seseorang itu sifatnya relatif, boleh berubah-ubah seperti kenyataan Rasulullah SAW yang mengakui bahawa manusia dicipta dengan hati yang berbolak-balik sehingga Baginda mengajarkan umatnya supaya berdoa dengan sabdanya yang bermaksud: "Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu." (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan Imam Ahmad)

Manusia adalah makhluk yang relatif berubah, sehingga tidaklah boleh dinilai secara mutlak. Jika kita mahu mengambil manfaat daripada orang lain maka ambillah teladan daripadanya ketika dia berada di atas kemuncak kebaikannya.

Jangan sesekali melihat ketika dia jatuh, lemah, berdosa, penuh aib dan cela kerana jika kita suka melihat saat dia di bawah maka rasa ujub akan menguasai diri. Boleh jadi kita akan berkata: "Alangkah baiknya agamaku, amal dan ilmuku, keluarga dan kehidupanku jika dibanding dengan dirinya! Betapa buruk perangai orang itu, zalim sungguh tangannya, tamak dan kedekut sifatnya, kasar dan kurang ajar perangainya, tidak ada kebaikan langsung berbanding diriku!

l Menyuntik semangat berlumba-lumba ke arah kebaikan.

Orang yang suka memerhati potensi saudaranya tidak seharusnya melahirkan rasa dengki, cemburu dan iri hati. Hanya orang yang berjaya saja yang boleh menjadikan kehebatan potensi orang lain sebagai inspirasi dan penyuntik semangat untuk lebih berjaya.

Al-Quran menyindir perangai orang yang suka mendengki terhadap kehebatan orang lain seperti Rasulullah SAW pernah menjadi mangsa kedengkian mereka. Firman Allah yang bermaksud: "Orang kafir dari Ahli Kitab dan orang musyrik tidak suka kiranya diturunkan kepadamu sesuatu kebaikan daripada Tuhanmu. Padahal Allah berhak menentukan rahmat-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah jugalah yang mempunyai kurnia yang amat besar." (Surah Al-Baqarah, ayat 105)

Ayat itu memberi amaran kepada diri kita yang mungkin sedikit sebanyak menyimpan dengki. Betapa seseorang itu menjadi hamba yang membangkang atas keputusan Allah memilih orang lain untuk diberi anugerah.

Maka pandanglah dengan hati kerana pandangan mata itu selalunya gelap tidak mampu melihat hakikat, sedangkan hati yang suci suka memandang dengan pandangan Tuhannya. Apa yang baik menurut Allah itulah yang baik baginya dan sebaliknya.

l Sumber inspirasi, muhasabah diri.

Sesiapapun boleh menjadi sumber inspirasi. Jangan pedulikan keburukan orang di sekitar kita dan terus perhatikan kebaikan mereka. Suami boleh menjadi cermin kepada isteri tanpa menafikan kelemahannya. Ibu menjadi cahaya bagi anaknya walaupun dirinya tidak berpelajaran tapi jiwanya cukup arif membahagi cinta.

Guru menjadi penyelamat anak yang bodoh, lembap dan bingung sehingga mereka menemukan jalan terang walaupun guru juga memiliki kekurangan peribadi tetapi jangan dinafikan merekalah sebenarnya paling berpengaruh mewujudkan cita-cita setiap insan.

Siapapun yang berjasa, berbuat baik dan berjaya mereka tidak terlepas daripada cacat cela. Tetapi untuk apa mempersoalkan yang negatif jika yang positif itu mampu menghapus yang negatif? Tiada insan sempurna, berilah peluang kepada siapapun di sekitar kita untuk menjadi sumber inspirasi dalam hidup.

Jika kita sudah mengambil manfaat daripada kelebihan orang lain, bagaimana pula menjadikan keburukan dan aib mereka sebagai sempadan?

Seorang Muslim bukanlah mereka yang memilih untuk diam apabila melihat kemungkaran berlaku di sekeliling mereka. Mereka bukan orang yang penakut, takut menyatakan yang salah itu salah dan yang benar itulah hakikatnya.

Mereka tidak takut menyuarakan jalan inilah yang Allah reda dan jalan itu sebaliknya. Seorang Muslim berkewajipan memandang, menilai dan menasihati saudaranya jika berbuat silap seperti tuntutan agama yang mahu amar makruf dan nahi munkar ditegakkan.

Apabila melihat aib orang lain, berusaha membantu diri sendiri kemudian orang lain ke arah kebaikan. Langkah pertama ialah pastikan diri kita sudah berada di jalan yang benar, lurus dan diredai Allah kemudian barulah kita boleh menuntun tangan saudara kita ke sana.

Apa yang disampaikan mestilah diamalkan terlebih dulu. Lidah, hati dan amal perbuatan mesti selari, sehati dan sejiwa langsung tiada unsur munafik. Prinsip amar makruf nahi munkar yang betul ialah buat dulu kemudian suruh orang lain.

Allah amat membenci perangai orang yang cakap tidak serupa amal ini melalui firman-Nya yang bermaksud: "Wahai orang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah al-Shaff, ayat 2-3)

Ada pula yang bermulut manis dan menyatakan pujian di hadapan saudaranya tapi di belakang mengata lain, bermuka-muka dan menikam dari belakang. Bahkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jika kamu melihat orang yang suka memuji (mengampu) di hadapan kamu, maka taburkanlah debu tanah di mukanya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebaik-baiknya setiap Muslim berhati-hati dengan pemuji yang melampau ini kerana mereka akan mencela dengan melampau juga.

Menggunakan ayat penuh rahmat bukan ayat kesat dan menyimpan emosi negatif. Mengapa nasihat yang kita beri kepada isteri, anak dan saudara kita tidak berjaya? Puncanya kerana tiada hubungan kasih sayang kerana Allah.

Kaedah dan cara menasihat pun tidak mengikut petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Di samping itu, faktor emosi yang susah dikawal sehingga melahirkan nasihat berunsur kemarahan, kritikan pedas dan sindiran tajam menjadi penghalang keikhlasan dalam memberi nasihat.

Nyata begitu susahnya bergaul dengan manusia di sekeliling kita. Bukan hanya kesabaran dituntut tetapi keberanian untuk merasai sakit juga diperlukan dalam menjalinkan persaudaraan. Mungkin itulah sebabnya mengapa ramai memilih menyendiri dan tidak pedulikan orang lain. Tetapi sampai bila kita boleh bertahan? Pastinya yang terbaik ialah mencari kekuatan diri dalam persaudaraan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar atas gangguan mereka lebih baik daripada orang mukmin yang tidak bergaul dan tidak bersabar atas gangguan mereka." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Adaptasi adalah suatu proses membentuk rasa cinta dan kasih sayang. Sesiapa yang tidak sabar melaluinya dia tidak akan merasai kenikmatan menjalinkan hubungan sesama insan. Waspadalah dengan sikap antisosial. Ia boleh menghalang seseorang mendapat rahmat Allah. Adapun tanda seseorang mendapat rahmat-Nya adalah ketika manusia tertarik dengan keperibadiannya.

Hidupan aneh di Antartik




Saintis yang menjalankan kajian dan bancian 10 tahun terhadap hidupan laut menghasilkan laporan 'Census of Marine Life,' menemui pelbagai misteri lautan antaranya kewujudan lokasi pertemuan rahsia jerung putih di timur Lautan Pasifik selain spesies alga hidup membiak pada suhu -25 darjah Celsius di Artik.

Dalam laporan yang didedahkan baru-baru ini, penyelidik turut menemui bukti genetik kebanyakan spesies sotong kurita moden sebenarnya mengalami evolusi daripada spesies hidupan purba yang hidup di Antartika lebih 30 juta tahun lalu.

"Kami sedang mendekati alam lautan daripada mikrob kepada paus," kata saintis kanan bagi bancian 2007-2008, Ron O'Dor. Bancian itu disertai sehingga 2,000 saintis daripada 82 negara yang menjalankan kajian selama 10 tahun untuk membantu melindungi hidupan laut.

Bancian bernilai AS$650 juta (RM2.3 bilion) itu dijangka siap pada 2010 dan bakal mengenal pasti sekitar 230,000 spesies marin. Hingga kini, 5,300 spesies baru dari ikan sehinggalah terumbu karang dikenal pasti dan 110 daripadanya disahkan spesies baru.

Antara penemuan menarik kumpulan saintis itu adalah jerung putih dari merata tempat sanggup berenang ribuan kilometer untuk menghabiskan enam bulan di antara Hawaii dan California yang digelar penyelidik sebagai 'Kafe Jerung Putih'.

"Pada masa ini, jerung jantan dan betina sering menyelam sedalam 300 meter," kata laporan itu. Tujuan jerung itu berkumpul di lokasi terbabit masih menjadi misteri tetapi penyelidik berpendapat ia mungkin membabitkan makanan atau pembiakan.

Antara penemuan lain adalah bukti genetik sesungut sotong kurita ketika ini menunjukkan ia berasal daripada spesies hidupan purba lautan dalam.

- Reuters

Bukan mati syahid

Majlis Ulama Indonesia (MUI) memutuskan pengebom Bali yang menjalani hukuman ditembak mati kelmarin, tidak boleh dikategorikan sebagai 'mati syahid' kerana mereka tidak berjuang mempertahankan agama.

"Sesiapa pun yang membunuh orang lain tidak mati syahid, kecuali berjuang dalam peperangan atas nama agama. Mereka bukannya berjuang untuk agama," kata Ketua MUI, Umar Shihab.

Sehingga ke saat akhir, Amrozi, Ali Ghufron atau Mukhlas dan Imam Samudra tidak menunjukkan sebarang berasa kesal atas apa yang berlaku ke atas mangsa 'kafir' mereka sambil mendakwa ingin 'mati syahid'.

Mereka mengimpikan satu wilayah pemerintahan khalifah di sebahagian besar kawasan di Asia Tenggara.

Mahkamah di Indonesia menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka pada 2003, yang dicabar sekurang-kurangnya empat kali, menyebabkan pelaksanaan hukuman itu tertangguh dan mendapat liputan meluas media.

Ratusan penyokong mereka bertempur seketika dengan polis apabila jenazah Mukhlas dan Amrozi yang dinamakan sebagai 'pembunuh tersenyum', tiba dengan helikopter di kampung mereka di Tenggulun di Jawa Timur, kelmarin.

Sementara itu, pasukan keselamatan Indonesia mengambil langkah berjaga-jaga selepas tiga pengebom Bali itu menjalani hukuman kerana bimbang kemungkinan berlaku tindakan balas penyokong mereka.

"Kami mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kekacauan yang mungkin tercetus selepas pelaksanaan hukuman itu," kata jurucakap polis kebangsaan, Abu Bakar Nataprawira.

Indonesia mempertingkatkan langkah keselamatan di pusat pelancongan dan kedutaan asing sebelum pelaksanaan hukuman. Pengeboman di Bali mengakibatkan 202 terbunuh, sebahagian besarnya rakyat negara asing.

Amrozi, abangnya, Mukhlas dan Imam Samudra menjalani hukuman mati ditembak sejurus selepas tengah malam kelmarin.

Pengebumian yang dilakukan di kampung halaman mereka bertukar menjadi perhimpunan dipenuhi laungan melancarkan perang jihad terhadap Barat, walaupun sebahagian besar penduduk Islam Indonesia bersikap sederhana.

Polis menahan sekurang-kurangnya dua penyokong pengebom berkenaan kerana mengancam untuk meletupkan bom, lapor laman web berita Detik.com.

"Sekurang-kurangnya dua orang ditahan di luar Jakarta. Mereka berkata, ancaman itu dilakukan kerana menentang pelaksanaan hukuman ke atas pengganas," kata Ketua Polis Jakarta.

Kedutaan Australia dan Amerika Syarikat serta beberapa hotel dan pusat beli-belah juga menerima ancaman bom. Australia, yang kehilangan 88 rakyatnya dalam serangan itu disusuli dengan kejadian pengeboman kereta pada 2004, memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak ke Indonesia sekiranya tidak perlu.

- AFP

Amrozi gementar hadapi saat kematian

Amrozi Nurhasyim yang dikenali sebagai 'pengebom tersenyum' kelihatan pucat dan gementar apabila berdepan dengan saat kematiannya pada tengah malam semalam.

Abangnya, Mukhlas nampak lebih berani, malah berkali-kali melaungkan takbir dan memuji Allah sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir.

Apabila tiba masanya iaitu sekitar pukul 11 malam (12 tengah malam semalam waktu Malaysia), ketiga-tiga pengebom Bali dibawa dengan kaki dan tangan berantai dari bilik penjara mereka ke tapak pelaksanaan hukuman tembak sampai mati.

Sumber penjara Batu di sini yang terlibat dengan pelaksanaan hukuman mati ke atas Amrozi, Mukhlas @ Ali Ghufron dan Imam Samudera mendedahkan bagaimana ketiga-tiga pengebom Bali itu menjalani hukuman mati kelmarin, enam tahun selepas serangan bom di Bali pada 2002.

Satu sumber berkata, antara mereka bertiga, Amrozi nampak paling gementar dan apabila maut makin hampir dia kelihatan pucat dan takut.

Ketiga-tiga pengebom itu diikat dalam keadaan berdiri pada tiang kayu dan kepala mereka diselubung dengan kain hitam sebelum isyarat diberikan pada 12.15 tengah malam (1.15 pagi semalam waktu Malaysia) untuk tembakan serentak oleh pasukan penembak tepat.

Menurut sumber itu, ketiga-tiga mereka pada mulanya meminta pihak berkuasa untuk tidak menutup muka mereka sewaktu hukuman tembak berkenaan dijalankan tetapi permintaan tersebut ditolak.

Ketiga-tiga mereka mati apabila peluru yang dilepaskan oleh pasukan penembak menembusi jantung dan jenazah mereka dihantar pulang ke kampung halaman, semalam.

- Agensi

Rapat semula ahli elak perpecahan parti

Merapatkan semula perpecahan di kalangan ahli terutama peringkat akar umbi berikutan berlaku pertandingan untuk merebut jawatan tertinggi parti menjadi agenda utama Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri yang berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Umno bahagian Kuala Nerus, Terengganu pada pemilihan yang berlangsung pada 9 November.

Katanya, perpecahan yang berlaku berikutan pertandingan merebut jawatan tertinggi parti sudah menjadi perkara biasa, tetapi kemenangan bukanlah sesuatu yang boleh dibangga dan diraikan.

"Sebagai seorang ahli Umno, calon yang kalah tidak seharusnya merajuk dan menjauhkan diri, sebaliknya kita dengan penuh keinsafan menyeru mereka agar memainkan peranan bersama untuk menyatukan keretakan yang berlaku terutama peringkat akar umbi.

"Calon yang menang pula tidak sepatutnya menjadi bos dan mengarahkan supaya melakukan itu dan ini... sebaliknya perlu memainkan peranan untuk mencantumkan semula perpecahan yang berlaku," katanya ketika ditemui selepas diumumkan menang jawatan ketua Umno bahagian pada pemilihan sempena mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kuala Nerus, di sini, kelmarin.

Mohd Nasir yang menawarkan diri bertanding untuk mengekalkan jawatan sebagai ketua Umno bahagian menewaskan dua pencabarnya iaitu bekas Naib Ketua Umno bahagian, Basir Ismail dan bekas ahli Parlimen Kuala Nerus yang juga bekas Timbalan Ketua Bahagian, Azmi Abdul Rahman.

Pada pemilihan mesyuarat perwakilan bahagian Kuala Nerus semalam, Mohd Nasir memperoleh sebanyak 225 undi, Basir (202) dan Azmi (109 undi).

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said pula menang untuk jawatan Timbalan Ketua Umno bahagian menewaskan pencabarnya, Ismail Nik dengan majoriti 231 undi.

Abdul Rahin yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Teluk Pasu memperoleh 374 undi, manakala Ismail hanya mendapat 143 undi.

Untuk jawatan Naib Ketua Umno bahagian, Hassan Ali menang percuma apabila Adun Tepuh, Muhammad Ramli Nuh yang sebelum ini menawarkan diri bertanding jawatan itu dan memperoleh 21 pencalonan menarik diri pada saat akhir.

Mohd Nasir berkata, musim berkempen serta pemilihan sudah berakhir dan ahli sudah membuat keputusan untuk memilih pemimpin yang akan menerajui bahagian.

"Saya menyeru ahli ahli akar umbi supaya bersatu semula demi memperjuangkan agama, bangsa dan negara," katanya.

Top 10: Interview Mistakes

Most of the time, potential job candidates are not aware of the mistakes they make before and during the interview. These small mistakes that might cost them a job.

Number 10
Running Late Without Notice.

Turning up late for the interview and never calling to say you are running late will not give a good impression to your potential employer. If you are running late, do inform your interviewer and apologize that you are running late and ask if it is possible for you to attend the interview a little bit late or just request for the interview to be rescheduled if that is not possible.
Of course, the worst that could happen which could quash your employment chances is your attitude when you do not even bother to turn up at an interview without calling.

Number 9
Lack of Preparation

Preparation for an interview includes:
Research on the background of the company
Bring along an extra copy of your resumé and relevant supporting documents, just in case

Be prepared with the answers for possible common interview questions
Rehearse on your speech, clarity, confidence, etc. prior to the interview
In the event that you are required to attend an interview at short notice and you applied for a job with no company description stated in the ad, keep your cool and ask questions during the interview to know more about the company.

It is recommended that you carry an extra copy of your resumé in your working bag just in case you are called for a job interview during your lunch/tea break at short notice.

Number 8
Lack of Confidence/Over Confidence

Lack of confidence could be perceived by potential employers as your lack of preparation; being nervous could also be giving the impression that you are trying to cover something or is lying. Being over confident may turn interviewers off as you may be viewed as being too big-headed or you may be viewed as a braggart who talks more than you deliver.

Number 7
Talking Too Much

It is not wise to talk too much and fail to listen and understand the questions asked. Listen carefully to answer the questions asked, be clear and concise in your answers to show that you understood the question and are not just rambling for the sake of talking. Be specific and respond directly to the questions asked. Be careful with your selection of words and think before you say anything to decide if what you are going to say is necessary or appropriate.

Number 6
Inappropriate Dressing

Avoid revealing clothes or being underdressed - stick to conventional dressing, i.e. mono colours and minimal accessories.

Number 5
Body Language

Avoid weak or too strong handshakes, minimal or almost no eye contact with the interviewer and slouching when seated. Keep a straight back when seated and refrain from fidgeting or shaking your legs, twitching your nose, biting your nails or other signs that showed your nervousness. Take a deep breath to remain calm and be aware of your body language. Your body language tells your interviewers more about you than your speech.

Number 4
Criticising or Slating Your Previous Employers/Company/Colleagues or Complaining About Your Day

No one likes a person who complains, keep in mind that it is not a recommended icebreaker. You are being interviewed to promote yourself as the best possible candidate for the post, not to criticise others or complain about the train/car that broke down on your way to the interview.

Number 3
Lying or Concealing Information

Never attempt to lie or cover up any vital information, no matter how important you thought it was for you to conceal the information. You may land the job but how long it will be before you are found out?

Number 2
Failing to Ask Questions

Ask questions to show that you are interested in the job, lack of enthusiasm is a killer of your chances of employment.

Number 1
Money Talk

Never bring up talk on salary at the beginning of the interview. Only talk about salary or your employment package, i.e. remuneration, benefits, etc. when the interviewer asks you or the matter has not been brought up and the interview is near its end.

Isnin, November 10, 2008

Overcoming religious sensitivity

We often hear, from time to time, political leaders reminding the public not to discuss certain issues because these are ‘sensitive issues’. This reminder usually comes with a warning that, in order to maintain peace and security, stern action would be taken against those who disregard that caution. Still, it has not stopped people from talking and discussing.

To be sensitive about something implies that one easily becomes offended or emotionally upset. So, to classify a subject or an issue as ‘sensitive’ means to acknowledge that it needs to be dealt with ‘carefully’ because it is likely to cause disagreement or make one angry or upset. Considering the history and demographic background of the country, it is a matter of prudence to classify religion as a sensitive issue and to proceed with great care.

It is, however, not prudent to let society remain in that state forever. We cannot actually let the people of this country continue to remain sensitive forever when it comes to religion because religion is part and parcel of human life, and our country is host to almost all major world religions.

It is senseless to restrain people from the urge to know and understand the environment in which they live. It is akin to reinforcing ignorance, which is actually at the root of fanaticism and racism. Instead, why don’t we make discussion concerning religion something interesting, enjoyable, and beneficial to all?

Of course this is not easy to do, but we have no other option. We must somehow take the effort to overcome religious sensitivity because in the long run it is counter productive, as well as dangerous, to restrain discussion on religion.

We have been independent for more than 50 years, and despite all the odds we have achieved so many things together. No right-thinking citizen of this country would wish to see what we have painfully built destroyed by our own hands due to misunderstanding.

To understand and to be understood we need to talk. If we do not talk about religion how are we going to understand it, and make others understand it? How are we going to eliminate misunderstandings about it, and differentiate truth from falsehood?

The need to talk is even greater today in a world where access to information is almost unlimited. Like it or not, there are ongoing discussions concerning so many pertinent issues.

However, we are constantly reminded by our leaders that what matters most in this country is peace, and there is fear that open discussion about religion represents a threat to this peace because the fear is that it would bring about discord and hatred.

Is this fear genuine? Or is it only what some people would like us to believe? Maybe we should re-examine our notion of peace, and clarify what we actually mean when we say we want peace.

It is true that everybody wants to live in peace; in fact, even animals desire peace. But our understanding of what peace is all about must not be limited only to what is external to our existence.

There is also what is more fundamental and personal, namely, peace of mind. There cannot be true peace without the peace of mind and tranquillity of the soul. Nobody can experience peace of mind as long as there is agitation in the soul as the result of doubt concerning the most basic questions surrounding life.

Peace of mind has to do with certainty concerning the nature of ultimate reality, namely, about the nature and purpose of our existence, about God, about the world, and about what constitutes virtues and values.

Why don’t we talk about these questions openly and freely so that people will benefit from it? These are actually questions that could be discussed without offending anybody. People would like to know about the truth advocated by every religion so that they understand the fundamental differences between religions and why there are differences, so that comparisons can be made.

This, if done properly and sincerely, will encourage research and the exchange of ideas, and the final result would be knowledge and understanding.

What we may term as ‘senseless sensitivity’ owes its root to ignorance, and the worst ignorance is ignorance concerning the truth about life, which is the cause of fear; and fear is antithetical to peace. It is indeed senseless to remain ignorant about the true answers to the basic questions of life, and to simply follow what one happens to inherit from one’s forefathers.

Ignorance is the first enemy of Islam. For all Muslims, to seek knowledge is not only the first and foremost obligation, it is a life-time endeavour. Since every Muslim is responsible for his own deeds and will be held accountable to God, he should know what his responsibilities are and to whom he will be held accountable.

Muslims are used to talking about their religion and holding discourse with others about the fundamental problems of life. They have developed the tradition of ‘kalam’, which literally means ‘speech’ or ‘discourse’. It is interesting for us to ponder the reason for referring to this science as kalam.

One of the indications that one truly knows about something is one’s ability to talk about it in a meaningful or logical manner. Kalam is based on the principle that knowledge concerning the fundamentals of religion is attainable through the systematic application of rational principles.

One of the basic questions discussed by Muslim theologians of the past is the status of faith (iman) of one who follows or accepts religious dogmas without proof. They questioned the validity of faith without knowledge. The strictest opinion holds that blind following on matters of faith is unacceptable; the person who does so is in reality an unbeliever.

The assumption is that one cannot possibly have faith with regard to what one is ignorant of. Hence, to seek evidence or proof and the condition of its validity is prior to iman. ‘Taqlid’, which means blindly following or accepting a doctrine without any proof or evidence of its validity is categorically rejected.

At least one must have proof adequate enough to remove any doubt, proof that is referred to as general proof. The amount of proof needed is however subject to the individual’s ability and the problem he faces.

The point is, from the very beginning Muslims were aware of the need to articulate their faith in a precise and logical manner, and in the same way rebut opinions and doctrines which were contradictory.

They were not afraid of challenges to their faith. On the contrary they sat down and listened to arguments, agreed on certain points and disagreed on others. This was what they used to practice, as part of their religious and intellectual tradition.

As such, Muslims have an important role to play, and a huge responsibility to shoulder. They must show a good example to other communities because it is through their actions and behaviour that the non-Muslims owe their perception of Islam. Since they are the majority and are in charge of the affairs of the country they should behave in a mature manner particularly in dealing with criticism.

Criticism against certain conduct of the Muslims must not be construed as criticism against Islam. It is possible that the criticism is due to their own disregard and ignorance of the true teachings of Islam. This point is reflected in the recent controversy surrounding the Muslim call to prayer.

What is lacking is knowledge, and if this is sincerely admitted as our shortcoming, we have to do something about it.

Khazanah Tamadun Purba Mesir

Muzium Mesir yang terletak di Dataran Tahrir, Kaherah, turut menempatkan makam firaun Tutankhamun, iaitu satu-satunya makam firaun paling lengkap yang diselamatkan daripada pencari harta karun.

Firaun Tutankhamun adalah pemerintah ke-12 yang memerintah selama 10 tahun dan mati pada usia 19 tahun akibat penyakit misteri, lebih 3,000 tahun lalu. Mumianya dialihkan dari makam asalnya pada 1922 kepada keranda khas yang dikawal suhunya bagi membolehkan proses awetan berterusan.

Segala-galanya dipamerkan di situ, bermula ukiran di batu, hiasan barangan kemas diraja, senjata, makam firaun, bilik tidur lengkap milik firuan pada zaman kanak-kanak hingga dewasa. Satu daripadanya ialah katil kecil bersalut emas berbentuk binatang seperti dua ekor kijang di kepala katil.

Paling menarik sudah tentunya lawatan ke Bilik Diraja Mumia yang menempatkan 20 mumia diraja beberapa generasi pemerintahan firaun. Pelancong dikenakan tiket bayaran tambahan sebanyak 100 EL (RM70) untuk memasuki kedua-dua bilik itu yang dikawal ketat.

Timbul rasa kagum melihat susunan mumia firaun di dalam bilik kaca yang sentiasa dikawal suhunya bertujuan mengekalkan ketahanan manusia kuno itu. Keadaan mumia yang masih kekal dengan bentuk wajah, gigi, rambut serta badan menjadi tanda tanya bagaimana proses mengawet mayat dijalankan pada zaman itu.

Lokasi kedua yang harus dilawati ialah Piramid Giza terletak kira-kira 25 kilometer dari Kaherah yang menempatkan dua tiga piramid utama iaitu Menkaure, Khufu, Khephren dan patung singa berkepala manusia atau Sphinx, kira-kira satu kilometer daripada piramid berkenaan.

Mengenai piramid, rasanya tidak perlu diulas panjang mengenai satu daripada keajaiban dunia ini kerana ia sememangnya diketahui dan cukup popular di seluruh dunia. Namun, persekitaran kawasan itu turut menempatkan beberapa deretan kedai menjual minyak wangi tradisi Mesir.

Menariknya, minyak wangi pelbagai jenis ini tidak mengandungi alkohol serta tahan lama. Menurut seorang pengusaha, perniagaan itu adalah tradisi keluarga mereka sejak beribu tahun dulu dan masih dikekalkan keaslian sekali gus membezakannya dengan produk moden.

Antara jenama popular ialah Arabian Night, Kasanova, The Thousand & One Night yang dijual pada harga 2 EL (RM1.40) setiap milimeter (ml) tetapi botol paling kecil mengandungi muatan 150 ml. Ia sebenarnya lebih murah jika sanggup menghabiskan masa melawat beberapa bazar menempatkan pelbagai keperluan masyarakat setempat.

Bazar El Fishawy, Pasar Al-Khalili serta laluan sepanjang jalan Talaat Harb St dan Abdel Khaleq Tharwat St menawarkan harga lebih berpatutan serta mempunyai banyak pilihan untuk mencari hadiah kenangan.

Bandar Kaherah menjanjikan keselamatan tinggi kepada pelancong, tiada gangguan atau peminta sedekah yang mendekati, bebas ke mana saja.

Cuma, agak menakutkan ialah kesesakan lalu lintas yang teruk serta kesukaran melintas jalan yang berbanding di negara sendiri. Di sana, anda harus melintas jalan dengan cepat kerana pemandu tidak akan memperlahankan kenderaan sebaliknya pejalan kaki yang harus mempercepatkan langkah kerana bandar bersejarah ini tidak pernah sunyi daripada bunyi hon kenderaan.

Info

Mesir



Populasi: 80,335,036 orang (Julai 2007)


Populasi Kaherah: 20 juta orang


Etnik: Egyptian (98 peratus), Berber, Nubian, Bedouin dan Beja, Greek, Armenia dan lain bangsa Eropah (termasuk Itali dan Perancis)


Agama: Islam (Sunnah) 90 peratus, Cpptic (9 peratus) dan Kristian (1 peratus)


Bahasa: Arab (rasmi), Inggeris dan Perancis (biasanya diguna dan difahami golongan berpendidikan tinggi)


Kedudukan: Utara benua Afrika bersempadan dengan Laut Mediterranean, antara Libya dan Semenanjung Gaza.


Keluasan: 1,001,450 kilometer persegi

Taubat bukan sekadar manis di bibir

Islam menganjurkan umatnya sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam dengan melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dengan itu, barulah individu Muslim mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang bertakwa.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kamu kepada al-Quran yang diwahyukan kepada kamu kerana sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus." (Surah al-Zukhruf, ayat 43)

Bagaimanapun, dalam kehidupan manusia yang sentiasa berdepan dengan pergolakan dan pancaroba menguji keimanan, ada ketikanya manusia tersungkur dan rebah kerana tergoda ajakan hawa nafsu yang bergelora.

Natijahnya, dia terbelenggu dalam kegelapan, meraba-raba mencari sinar Ilahi yang menerangi hatinya yang tercalit karat dosa. Justeru, Islam mensyariatkan amalan taubat supaya insan dapat membersihkan dirinya daripada dosa yang membayangi dirinya.

Taubat mempunyai peranan untuk membersihkan dosa. Oleh sebab itulah, ahli tasauf menjadikan taubat sebagai anak tangga pertama yang harus dilalui sebelum menaiki anak tangga seterusnya untuk menjejaki pengampunan Allah.

Melalui taubat, manusia dapat memperbaharui janjinya dengan Allah untuk menjauhi segala perbuatan dosa dan maksiat yang merugikan, seterusnya mempertingkatkan keazaman untuk beristiqamah penuh keikhlasan hanya kepada Allah semata-mata.

Perkara yang lebih penting mengenai taubat ini ialah betapa Allah bersifat Maha Pengasih terhadap hamba-Nya yang tersilap langkah dalam kehidupan sehariannya. Sehubungan itu, Allah mengampunkan segala dosa dan kesalahan dilakukan hamba-Nya kecuali dosa syirik kepada-Nya.

Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-Ku yang sudah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah juga Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Zumar, ayat 53)

Seterusnya, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan atau terpelihara dalam kehidupannya kecuali nabi dan rasul.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap anak Adam melakukan kesilapan, sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu ialah orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah." (Hadis riwayat Darimi)

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai." (Surah al-Tahrim, ayat 8)

Maksud daripada nas suci itu secara jelas mengambil kira kelemahan manusia yang kerdil lagi daif dan sentiasa menghadapi pelbagai tipu daya serta helah yang boleh menyebabkan manusia terbabas dari landasan yang benar.

Tetapi bagi insan yang beriman dan bertakwa kepada Allah, dia akan segera menyedari serta menginsafi diri terhadap kesilapan dilakukannya. Maka, dia terus bertaubat kepada Allah dengan penuh penyesalan, seterusnya membulatkan keazaman mempertingkatkan amal soleh dalam kehidupannya.

Inilah antara ciri orang yang benar-benar beriman kepada Allah selari firman-Nya yang bermaksud: "Dan (antara ciri orang yang bertakwa itu) ialah apabila melakukan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah, lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang dilakukan itu sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Orang yang demikian sifatnya), balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal." (Surah Ali Imran, ayat 135 –136)

Perlu diinsafi, taubat tidak memadai hanya sekadar manis di bibir dengan melafazkan ucapan taubat saja. Selepas itu, dia mengulangi semula perbuatan dosanya. Taubat yang sebenarnya menuntut seseorang melakukan lebih daripada itu.

Pertama, dia hendaklah meninggalkan terus perbuatan dosanya itu. Kedua, hendaklah menyesal dan insaf terhadap kesilapan terdahulu di samping menangis mengalirkan air mata sebagai tanda keinsafan.

Ketiga, seseorang itu hendaklah berazam dan bertekad tidak akan mengulangi lagi perbuatan terdahulu dan sebagai gantinya mempertingkatkan keimanan serta keikhlasan dalam merealisasikan segala bentuk ketaatan. Akhirnya, dia juga hendaklah mengembalikan atau memenuhi hak orang yang pernah disakiti.

Dalam erti kata lain, selepas bertaubat, dia dikehendaki meninggalkan terus perbuatan dosa dan menggantikannya dengan amalan soleh. Inilah yang tersirat di sebalik firman Allah yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Aku (Allah) yang amat memberi ampun kepada orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya." (Surah Taha, ayat 82)

Lanjutan itu, betapa perlunya kehidupan Muslim dihiasi dengan amalan muhasabah dan menilai diri agar, mengambil langkah berwaspada dalam menelusuri titian hidup yang penuh onak dan duri. Kemudian, disusuli pula dengan amalan salih yang bakal memperkuatkan ketahanan diri dan menggilap kemantapan jiwanya dalam menepis segala bentuk dugaan dan godaan yang mendatang.

Rasulullah SAW adalah contoh teladan terbaik dan sempurna yang menjadi ikutan umat Islam. Pernah diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW beristighfar sebanyak 70 kali dan Baginda juga tetap mendirikan solat tahajud di tengah malam padahal Baginda sudah diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang.

Lantas Baginda SAW menjelaskan kepada isterinya tercinta, Saidatina Aisyah: "Tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur kepada-Nya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalaulah begitu kedudukan Rasulullah SAW yang mendapat keistimewaan pengampunan Allah terhadap segala dosanya, Baginda masih lagi beristighfar dan beramal salih, maka sewajarnya dan lebih sepatutnya bagi setiap insan yang serba kedaifan yang sentiasa terjebak dan terjerumus dalam kancah dosa dan maksiat, melaksanakan lebih daripada apa yang diamalkan Rasulullah SAW.

Menyedari akan hakikat itu, setiap Muslim sewajarnya merebut kesempatan dan peluang hidup keemasan dikurniakan Allah kepadanya di dunia yang fana ini untuk memperbaharui taubat dan seterusnya mempertingkatkan keimanan kepada Allah.

Jangan nanti apabila ajal datang menjemput, barulah mula sibuk hendak bertaubat kepada Allah. Pada masa itu, pintu taubat sudah tertutup dan akhirnya dia akan menyesal tidak berkesudahan. Sedangkan penyesalan itu tidak ada gunanya lagi di sisi Allah.

Tiada lagi alasan dan dalih yang boleh diterima Allah untuk memberikan peluang buat kali keduanya mahupun kesekian kalinya kerana Allah sudah memberikan masa kehidupan yang terlalu lama di dunia ini untuk dia kembali menginsafi diri dan bertaubat kepada-Nya.

Recent Posts