Memaparkan catatan dengan label Temuduga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Temuduga. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 09, 2012

Semakan Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 - 23 Mac - 30 Mac 2012

Sesi Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) akan diadakan pada 23 Mac - 30 Mac 2012. Calon-calon yang telah menghadiri PTD Assessment Centre (PAC) sesi lepas boleh membuat semakan panggilan temuduga di
http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga_pg.php

* Keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penguasa Kastam Gred WK41 akan diumumkan pada 13 Mac 2012 (Selasa) di Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) : http://www.spa.gov.my/

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
http://www.spa.gov.my

Ahad, Januari 22, 2012

Semakan Panggilan Temuduga Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Pensyarah/ Guru) Mara - 2012

Semakan Panggilan Temuduga Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Pensyarah/ Guru) Mara - 2012 boleh dibuat di : http://www3.mara.gov.my/TemudugaDG/index.htm 

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
http://www.mara.gov.my




Jumaat, Januari 06, 2012

Semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Calon Tambahan KPLI-SR jQAF Ambilan Jan 2012

Semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Calon Tambahan KPLI-SR jQAF Ambilan Jan 2012 boleh dibuat di: http://apps.moe.gov.my/kpli/tdjan2012/

6 Jan 2012

Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
http://www.moe.gov.my

Selasa, Disember 06, 2011

Panduan Lengkap dan Tip Persediaan Temuduga KPLI-SR j-QAF


Assalamualaikum Wm Wbt.

Tahniah buat anda yang melepasi ujian MTeST dan dipanggil untuk sesi temuduga KPLI-SR j-QAF. Sesi temuduga merupakan saringan terakhir untuk pengambilan calon pelatih guru j-QAF. Ianya satu tahap yang cukup penting dan getir buat calon temuduga.

Selepas menempuhi ujian MTeST dengan jayanya, kini hanya tinggal sesi temuduga sebagai halangan anda menghampiri impian dan cita-cita bergelar guru j-QAF.

Sebagai calon temuduga KPLI-SR j-QAF, anda seharusnya membuat persediaan yang secukupnya sekiranya anda betul-betul ingin bergelar guru j-QAF. Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk persediaan anda menghadiri sesi temuduga KPLI-SR j-QAF:

1-Persediaan awal
2-Buat latihan / simulasi temuduga KPLI-SR j-QAF
3-Meningkatkan aspek kemahiran komunikasi
4-Penyediaan sijil / dokumen berkaitan yang disusun mengikut turutan.
5-Amalkan doa penerang hati dan buat solat hajat.

Punca utama kegagalan calon temuduga KPLI-SR j-QAF adalah kerana calon gagal menyakinkan panel penemuduga mengenai kelebihan yang ada pada diri masing-masing. Walaupun memiliki kelulusan yang cemerlang tetapi calon tidak mampu berhujah mahupun mengeluarkan pemikiran yang bernas mengenai pelbagai isu semasa.

Berdasarkan sesi temuduga KPLI-SR j-QAF, ramai calon dikenalpasti mempunyai banyak kelemahan dan gagal. Antaranya ialah :

1-Tiada keyakinan diri.
2-Tidak menunjukkan bakat dan minat ke arah kerjaya sebagai guru j-QAF.
3-Terlalu merendah diri.
4-Gagal mengawal tekanan semasa sesi temuduga individu.

Aspek komunikasi calon temuduga menjadi kelemahan utama. Sebagai seorang yang bakal bergelar guru j-QAF, calon semestinya menunjukkan bakat dan kemampuan untuk mendidik anak bangsa sekiranya terpilih mengikuti program KPLI-SR j-QAF.

Sesi temuduga KPLI-SR j-QAF merupakan saringan terakhir untuk pemilihan calon. Calon temuduga yang dipanggil ibarat telah pun ‘sebelah kaki’ untuk bergelar pelatih guru j-QAF. Dengan persediaan yang cukup, calon berupaya meningkatkan keyakinan untuk menghadiri sesi temuduga tersebut dengan jayanya.

Fokus utama sesi temuduga KPLI-SR j-QAF adalah aspek ilmu pengetahuan calon dalam bidang pengajian yang dipohon bagi menilai tahap penguasaan dalam subjek yang dipilih.

Selain itu calon temuduga bakal diuji dari segi pengetahuan am dan isu semasa. Turut diambil kira adalah sahsiah yang menepati ciri-ciri pendidik, kemahiran berkomunikasi, kematangan fikiran serta penampilan diri.

Tunjukkan kualiti diri anda pada panel penemuduga bagi menyakinkan mereka, anda adalah calon paling sesuai bergelar guru j-QAF. Fokuskan kepada persediaan menjelang temuduga KPLI-SR j-QAF pada 12 – 16 Disember 2011. Tanamkan azam dan bertekad untuk membuktikan kredibiliti anda sebagai calon guru j-QAF pada sesi temuduga.

Untuk anda berjaya dalam temuduga KPLI-SR j-QAF nanti, anda perlulah membuat persediaan secukupnya agar sebarang kelemahan yang ada dalam diri anda dapat diperbaiki. Usaha keras memperbaiki apa jua kelemahan diri agar dapat menampilkan prestasi yang optimum semasa sesi temuduga nanti.

Jadikan diri anda calon yang bersiap sedia dan mempunyai kelebihan berbanding calon-calon lain. Anda sudah berjaya sejauh ini, adakah anda mahu bersikap sambil lewa sahaja? Buat persediaan! Itulah yang paling penting. Dapatkan Panduan Lengkap Menghadapi Temuduga KPLI j-QAF. Terdapat pelbagai lagi tips persediaan temuduga KPLI-SR j-QAF untuk calon temuduga ambilan kali ini di: http://www.kplij-qaf.com/hop.php?ref=my

Dapatkan sekarang dan selamat berjaya diucapkan kepada semua!

Ahad, Disember 04, 2011

Semakan Keputusan Panggilan Temuduga Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI jQAF Ambilan Jan 2012

Semakan Keputusan Panggilan Temu Duga KPLI-SR jQAF Ambilan Jan 2012 boleh dibuat di: http://apps1.moe.gov.my/kpli/tdjan2012/

Temuduga dari 12 - 16 Disember 2011. Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi.

Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
http://www.moe.gov.my




Rujukan:
IKLAN PENGAMBILAN KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI j-QAF) JAN 2012 : http://myadha.blogspot.com/2011/09/pengambilan-kursus-perguruan-lepas.html

Jumaat, November 11, 2011

Tambat hati penemu duga dengan ilmu

TIDAK semua memiliki keyakinan untuk tampil penuh yakin ketika menghadiri sesuatu temu duga walaupun memiliki kelayakan pendidikan membanggakan.

Sama ada lelaki atau wanita, masalah sama masih dibangkitkan iaitu tidak yakin apabila menjawab soalan daripada panel serta hadir dengan mengenakan pakaian dan gaya yang tidak bersesuaian.

Bagi pengamal perhubungan awam, Natrah Abdullah, boleh dikatakan kebanyakan mereka yang menghadiri temu duga tidak melengkapkan diri mereka seperti sepatutnya.

Dia yang memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang merangkumi hartanah, perhotelan, komunikasi korporat serta jenama francais makanan berkata, mereka seolah-olah bersikap sambil lewa terhadap tanggapan pertama panel penemuduga.

Paling penting katanya, lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan terutama dalam bidang yang ingin diceburi bersesuaian dengan tahap pendidikan dimiliki ataupun lebih.


“Jangan bersikap bangga diri dengan kelayakan pendidikan yang ada kerana ia tidak membawa apa-apa makna jika tidak dilengkapi pengetahuan asas lain.

“Dunia pekerjaan bukan seperti melakukan teori ketika di bilik kuliah kerana ia lebih meluas dan kita perlu melengkapkan diri dengan segala jenis maklumat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di The Gardens, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Malah, ada peserta temu duga yang tidak memiliki kelayakan pendidikan tinggi, tetapi berjaya menambat hati panel penemuduga disebabkan memiliki keyakinan diri yang tinggi serta membuat kajian terlebih dulu mengenai bidang yang ingin diceburi sebelum menghadiri temu duga.

Selain itu, Natrah berkata, penting untuk tampil kemas dan yakin apabila menghadiri sesuatu temu duga kerana ia penentu sama ada berjaya ataupun tidak mendapatkan pekerjaan terbabit.

“Jangan datang menghadiri temu duga dalam keadaan berserabut dengan rambut kusut, pakaian tidak bergosok, mengenakan jean serta memiliki bau badan tidak disenangi kerana ia menunjukkan peserta tidak begitu berminat untuk mendapatkan kerja terbabit.

“Pastikan persediaan fizikal dan mental secara menyeluruh sebelum menghadiri sesuatu temu duga,” katanya.

Di samping itu, katanya, sematkan dalam diri sikap ingin tahu terutama jika ia berkaitan dengan pekerjaan dan syarikat yang menjadi markah bonus kerana menunjukkan kesungguhan dalam mendapatkan kerjaya diingini.

Natrah berkata, pastikan juga diri memiliki asas agama yang cukup serta menghormati kedua-dua orang tua dan sanak- saudara walau di mana berada.
“Keberkatan hidup hanya datang apabila kita menghormati mereka yang banyak memberikan sokongan atas usaha selama ini.

“Jangan bersikap bangga diri dan melupakan mereka yang banyak membantu kerana ia boleh menimbulkan perasaan riak dan akhirnya memberi kesan kepada kerjaya yang sedang dibina,” katanya.

Selain itu, antara tip yang perlu dititikberatkan adalah daripada segi penambahan ilmu dan keterampilan serta perwatakan diri dalam mendapatkan kerjaya berkenaan.

“Jangan cuba meniru dan menjadi orang lain kerana kita perlu tahu setakat mana kemampuan diri agar boleh disesuaikan dengan kehendak pekerjaan itu sendiri.

“Jangan sesekali melakukan sesuatu yang bukan kepakaran diri kerana ia boleh mengakibatkan masalah lebih besar di kemudian hari,” katanya.

Menurutnya, tambahkan ilmu pengetahuan dengan memperbanyakkan pembacaan, pemerhatian serta kajian mengenai bidang yang diceburi kerana ia akan memperluaskan pandangan dan kebolehan diri bagi mengembangkan lagi bakat sedia ada.

Selain itu katanya, lengkapkan tip keyakinan diri berkenaan penjagaan kebersihan diri agar kulit sentiasa berada dalam keadaan sempurna dengan mengamalkan teknik penjagaan yang betul.

Katanya, sesiapa saja ingin tampil menarik dan cantik oleh itu, penting untuk menjaga kebersihan diri supaya personaliti dan karisma yang ada boleh ditonjolkan sebaik mungkin.

“Tidak perlu menggunakan barangan berjenama kerana paling penting, ia bersesuaian dengan diri dan mudah didapati serta pada harga berpatutan.

“Sebagai contoh, produk penjagaan kecantikan Safi Balqis Perfect 10 yang mampu dimiliki semua dan ia juga boleh memberikan kesan penampilan diri yang memberangsangkan,” katanya.

- HARIAN METRO

Khamis, November 03, 2011

Temuduga Pelantikan Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 Dari Kalangan Pelatih Di Institut Pendidikan Guru Yang Tamat Pengajian Pada November 2011

Temu Duga Pelantikan Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 Dari Kalangan Pelatih Di Institut Pendidikan Guru Yang Tamat Pengajian Pada November 2011.

Temu duga akan dilaksanakan mulai 15 November 2011 hingga 23 Disember 2011 dan calon-calon diwajibkan membawa dokumen seperti di Senarai Semak. Senarai calon layak ditemu duga adalah seperti berikut:

 15 - 18 November 2011      
- IPG Kampus B. Antarabangsa - IPG Kampus Bahasa Melayu - IPG Kampus Batu Lintang  
- IPG Kampus Gaya - IPG Kampus Ilmu Khas - IPG Kampus Keningau  
- IPG Kampus Kent - IPG Kampus Pendidikan Islam - IPG Kampus Rajang
- IPG Kampus Sarawak - IPG Kampus Tawau - IPG Kampus Teknik
- IPG Kampus Tun Abd Razak






28 November - 2 Disember 2011


- IPG Kampus Bahasa Melayu - IPG Kampus Bahasa Antarabangsa - IPG Kampus Pendidikan Islam
- IPG Kampus Perempuan Melayu - IPG Kampus Raja Melewar - IPG Kampus Tun Hussein Onn
- IPG Kampus Teknik






5 - 9 Disember 2011


- IPG Kampus Ampuan Afzan - IPG Kampus Kent - IPG Kampus Tawau
- IPG Kampus Batu Lintang - IPG Kampus Kota Bahru - IPG Kampus Temenggong Ibrahim
- IPG Kampus Dato Razali Ismail - IPG Kampus Perempuan Melayu - IPG Kampus Tun Abd Razak
- IPG Kampus Gaya - IPG Kampus Rajang - IPG Kampus Tun Hussien Onn
- IPG Kampus Keningau - IPG Kampus Sarawak

   

 12 - 16 Disember 2011  

 - IPG Kampus Darul Aman  - IPG Kampus Perlis - IPG Kampus Pulau Pinang
 - IPG Kampus Sultan Abd Halim  

   

 19 - 23 Disember 2011  

 - IPG Kampus Ilmu Khas  - IPG Kampus Ipoh - IPG Kampus Raja Melewar
 - IPG Kampus Sultan Mizan  - IPG Kampus Tuanku Bainun    

Selasa, November 01, 2011

Tips Temuduga Kerajaan dan Swasta

ASPEK TEMUDUGA

Terdapat dua aspek mustahak mengenai temuduga. Aspek-aspek itu ialah:
a. Persediaan
b. Tingkah laku semasa temuduga

PERSEDIAAN

1. Selidik seberapa banyak maklumat tentang pekerjaan yang anda pohon itu.

2.Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT.

3. Pakailah pakaian yang bersesuaian, kemas dan bersih.

4. Anda perlu bersedia menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.

5. Pastikan semua sijil-sijil, dokumen-dokumen dan surat-surat asal di bawa bersama dan salinan disahkan sebelum ditemuduga.

TINGKAH LAKU

1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.

2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.

3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.

4. Jangan menggelisah.

5. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.

6. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.

7. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat.

8. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.

9. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.

10. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.

11. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu.

12. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda.Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.

13. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.

14. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.

15. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

16. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Selasa, Ogos 23, 2011

Temuduga Terbuka Jawatan di Jabatan Perangkaan Malaysia - Ogos 2011

Temuduga Terbuka Jawatan Pembantu Perangkaan E17

Tarikh: 23-24 Ogos 2011
Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang

Tempat:
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA,
WILAYAH PERSEKUTUAN
Tingkat 19, Wisma KWSG,
Jalan Kg. Attap,
50460 KUALA LUMPUR

Rabu, April 13, 2011

Semakan Panggilan Temuduga Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

Semakan Panggilan Temuduga Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 boleh dibuat di :
http://apps.moe.gov.my/kplspm/sptd_kplspmjun2011/index.cfm

12 April 2011
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU (BPG)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
http://www.moe.gov.my

Selasa, Februari 15, 2011

Panduan Untuk Calon-Calon Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Panduan Untuk Calon-Calon Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Bacaan

Anda mestilah tahu perkara-perkara berikut secara umum walaupun tidak secara terperinci.

TERAS PENDIDIKAN NEGARA

- Rukun Negara

- Falsafah Pendidikan Kebangsaan

- Wawasan 2020

- Islam Hadhari

KEMENTERIAN

- Kementerian Pelajaran Malaysia

- Kementerian Pengajian Tinggi

SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA

- Perkembangan Dasar & Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan

- Perkembangan Pelajaran Masa Kini

SISTEM PELAJARAN MASA KINI

- Pendidikan Pra Sekolah

- Pendidikan Rendah

- Pendidikan Menengah

- Pendidikan Khas

- Program Pendidikan Khas

- Sekolah Sukan

- Sekolah Seni

- Pembestarian Sekolah

- Pendidikan Pasca Menengah & Institusi Pengajian Tinggi

- Pendidikan Swasta

- Pelan Induk Pendidikan

KURIKULUM

- Teori Pendidikan

- Kurikulum Prasekolah

- Kurikulum Baru Sekolah Rendah

- Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

- Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

- Pengurusan Kurikulum

- Program JQAF

- Kia2M

PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID

- Asrama

- Skim Pinjaman Buku Teks

- Biasiswa dan Pinjaman

- Program Bersepadu Sekolah Sihat

- Program Pemakanan Sekolah

- Bimbingan dan Kaunseling

- Malaysia Teacher Standard

PIBG

Skim Baucer Tuisyen

PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

- Gerak Kerja Kokurikulum

- Sekolah Harapan Negara

- Hari Guru

- Projek Nilam

- Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

- Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

- Malaysian Teacher Standard MTS

URUSAN PERKHIDMATAN

- Perintah-Perintah Am

- Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993

- Arahan Perbendaharaan

- Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor

- Arahan Perkhidmatan

- Akta Acara Kewangan

- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

FAKTOR-FAKTOR PENILAIAN

Calon-calon akan dinilai dari aspek-aspek berikut :

Cara Penyampaian/Berkomunikasi.

Kemahiran berhujah dan kemampuan menyampaikan buah fikiran dan maksud dengan rasional, logik, jelas, tepat dan padat adalah faktor utama ke arah kejayaan seseorang guru profesional. Adalah menjadi andaian asasi bahawa guru-guru terlatih adalah fasih, cekap dan terampil dalam menggunakan Bahasa Melayu. Oleh itu, calon-calon yang didapati tidak cekap dan tidak fasih dalam penggunaan Bahasa Melayu akan gagal dalam temuduga. Guru-guru yang tidak prihatin dalam pengucapan bahasanya sehingga selalu kabur atau memesongkan maksud yang hendak disampaikan akan diberi penilaian yang negatif. Perawakan Dan Penampilan Diri.

Calon-calon dikehendaki hadir temuduga dengan berpakaian kemas dan sopan. Calon-calon lelaki dikehendaki memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher, manakala calon-calon wanita memakai pakaian yang bersopan.

Pengetahuan Ikhtisas.

Adalah menjadi harapan Lembaga Temuduga bahawa guru-guru terlatih yang ditemuduga mempunyai pengetahuan yang wajar dan mempunyai kemahiran berbincang secara canggih (intelligent discussion) mengenai perkara-perkara berikut :-

a) Sejarah pembentukan dan perkembangan Sistem Pendidikan Negara dari segi dasar, pengurusan dan pentadbiran, sistem persekolahan, kurikulum dan sistem penilaian. Adalah diharapkan calon-calon telah membaca, mengkaji dan menerapkan fakta-fakta penting di dalam Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta pendidikan 1961 dan Laporan Kabinet mengenai perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979);

b) Struktur dan sistem pengurusan dan pentadbiran negara pada peringkat pusat, negeri, daerah dan sekolah.

c) Falsafah Pendidikan Negara, khasnya dari segi perlaksanaannya di sekolah dan dalam bilik darjah.

d) Pengetahuan yang mendalam mengenai Dasar Pembangunan Negara/Wawasan 2020 dan hubungkaitnya dengan pendidikan dari segi falsafah dan amalannya.

e) Pengetahuan akademik yang wajar berkaitan dengan matapelajaran yang diajar opsyen/matapelajaran pengkhususan di institut/ maktab perguruan/ universiti.

f) metodologi dan perkaedahan matapelajaran yang diajar dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di dalam bilik darjah.

g) Konsep, teori dan prinsip pedagogi dan psikologi dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di dalam bilik darjah.

h) Falsafah dan konsep mengenai kurikulum dan perkembangan kurikulum dengan tumpuan khas kepada KBSR dan KBSM dan hubungkaitnya dengan matapelajaran yang diajar dan matapelajaran opsyen/pengkhususan di Institut/maktab perguruan/ universiti.

Pengetahuan Semasa/Am.

Pengetahuan semasa/am dikaitkan dengan aspek celik budaya. Celik Budaya diertikan sebagai kepekaan, keprihatinan dan daya ingin tahu terhadap alam persekitaran hidup dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran dan politik. Seseorang yang celik budaya mempunyai pengetahuan dan maklumat asas mengenai alam persekitarannya dan dapat berbincang secara canggih mengenainya dari berbagai-bagai sudut pandangan dan perspektif.

Laporan Nilaian Prestasi.

Laporan nilaian prestasi adalah juga diambilkira dalam pemilihan seseorang calon itu. Penilaian ini dibuat oleh Pegawai Penilai masing-masing dengan berpandukan kepada format borang yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Antara aspek-aspek yang dinilai ialah dengan memerhatikan guru berkenaan mengajar di dalam kelas atau membimbing murid-murid di dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.

Sijil Ko-kurikulum

Bawa sijil-sijil Ko-kurikulum termasuk dari zaman persekolahan... ada markah untuk Ko-Kurikulum

CALON TIDAK DIPERAKU @ GAGAL

Lemah cara penyampaian/komunikasi

Lemah perawakan/sikap.

Lemah Pengetahuan Am.

Lemah Ikhtisas.

Lemah keseluruhan.

http://myadha.com/

Rabu, November 03, 2010

Semakan Keputusan Temuduga Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH 41 Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) 2010

Keputusan Temuduga Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH 41 bagi Temuduga pada 1 - 3 dan 21 - 24 September 2010 boleh disemak di: http://anggerik.spp.gov.my/sistemDH/StatusDH/carian.php

* Calon juga akan menerima surat rasmi pemberitahuan keputusan temuduga dari Suruhanjaya ini.

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP)
http://www.spp.gov.my/

Khamis, September 30, 2010

Selasa, Jun 22, 2010

Panduan Temuduga Kastam Diraja Malaysia (KDRM)

Oleh MOHD ASFIYAK @ EPI

Di sini saya nak kongsi pengalaman dengan rakan-rakan di luar yang telah mengikuti temuduga Kastam Di Raja Malaysia sama ada jawatan Pembantu Penguatkuasa Kastam, Penolong Pegawai Kastam mahu pun Penguasa Kastam.

Kini Kastam Di Raja Malaysia memperkenalkan sistem baru iaitu Pemeriksaan Fizikal sebelum ditemuduga oleh Pegawai Kastam. Sistem atau kaedah ini digunakan merupakan salah satu untuk melakukan penapisan calon yang ramai memohon jawatan ini di samping untuk melahirkan Pegawai Kastam yang cergas dan cerdas.

Fizikal yang ideal amat di perlukan tambahan pula kerjaya Kastam sering berhadapan dengan penyeludup dan penyangak. Kalau badan gemuk macam mana nak larat kejar penyeludup. Badan yang fit dan sihat tubuh badan amat penting dalam kerjaya ini.

Oleh itu marilah ikuti pengalaman saya dalam mengikuti temuduga ini.

Saya telah mengikuti temuduga ini di Kastam Diraja Malaysia di Pulau Pinang. Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih atas ketelusan dan ketelitian yang di buat oleh pegawai-pegawai kastam yang melakukan pemeriksaan fizikal. Pendek kata there are "friendly" Officer. Di sini saya sertakan:

PANDUAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA

ARAHAN KEPADA CALON

1. Pada hari ujian calon hendaklah membawa perkara berikut:-
i) Surat Penggilan Pemeriksaan Fizikal Dan Pancaindera.
ii) Dokumen Pengenalan Diri.
iii) Kemeja T.
iv) Kasut Sukan
vi) Seluar Sukan (Track Suit).

2. Calon mestilah mematuhi arahan ketua penguji

Calon hendaklah berada di pusat pemeriksaan fizikal 15 minit sebelum pemeriksaan di mulakan.

KANDUNGAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN PANCAINDERA

1.Perkara-perkara yang diuji:-

a) Pemeriksaan Ukuran Badan

i) Ketinggian
Minima
Lelaki = 1.57 meter/157 cm ke atas
Perempuan = 1.53 meter / 153 cm ke atas

ii) Berat Badan
Minima
Lelaki = 48 kg
Perempuan = 46 kg

iii) Body Mass Index (BMI) 19-26 (Calon KPSL BMI 19-29.9)

iv) Ukuran Dada (biasa dan tarik nafas) (Calon wanita dikecualikan)
Berkeadaan Baik = 79
Semasa Tarik Nafas = 84

b) Pemeriksaan Penglihatan (calon KPSL di kecualikan)

i) Jarak Penglihatan "Visual Acuity" 6/9 (Tanpa memakai cermin mata atau kanta lekap (contact lense)
ii) Pengecaman Warna.


c) Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan

i) Jari,tangan, kaki dan lain-lain anggota berkeadaan baik
ii) Berkawad

Okay sudah habis baca bahagian di atas, kini saya akan huraikan satu persatu pada bahagian berkenaan agar ianya jelas bagi calon yang mungkin esok, hari ini atau lusa yang akan mengikuti temuduga kastam ini. Saya akan huraikan pada bahagian pemeriksaan fizikal ini.

1) Pada hari temuduga tersebut, Saya sarankan lelaki dan perempuan memakai pakaian sukan daripada memakai pakaian formal. Ini kerana calon akan menjalankan sesi pemeriksaan fizikal terlebih dahulu sebelum menjalankan sesi temuduga oleh Pegawai-Pegawai Kastam. Apabila calon lulus ujian pemeriksaan fizikal barulah calon di kehendaki memakai pakaian formal. Jangan lupa membawa pakaian formal calon juga ketika pergi temuduga pada hari tersebut.

Ketinggian

Jika Ketinggian calon lelaki di bawah 1.57 meter or 157 cm dan 1.53 meter or 153 cm bagi perempuan. Terus terang saya katakan, baik calon tak payah pergi untuk menghadiri temuduga tersebut. Ini kerana walaupun tinggi calon contohnya 1.56 meter ke, 156.99 ke, 152.99 ke tetap juga akan di tolak. Jika calon mempunyai tahap ketinggian ini, maka sia-sia sajalah pergi temuduga tersebut. Calon mesti sewajibnya mempunyai ketinggian adalah 157 cm atau 1.57 meter ke atas bagi lelaki dan begitu juga 153 cm atau 1.53 meter bagi perempuan. Jika calon lulus melepasi tahap pemeriksaan ini calon akan pergi ke peringkat pemeriksaan Berat Badan.

Berat Badan
Berat minimum yang diperlukan untuk lelaki adalah 48 kg dan 46 kg bagi perempuan. Setelah nilai berat dan tinggi calon di catatkan. Maka proses pengiraan BMI akan di buat.
Untuk Kiraan BMI, klik : http://www.halls.md/body-mass-index/av.htm

* Jika berat minimum lelaki yang ditetapkan kurang dari 48kg pun akan ditolak begitu juga berat minimum bagi perempuan.

BMI yang ditetapkan adalah 19-26 sama ada lelaki mahu pun perempuan.

Jika BMI calon mendapat seperti 18.99 ke, 26.12 ke, 26.01 ke calon tetap akan di tolak. Di sini tiada kompromi untuk nilai ini. Calon mesti berada dalam kalangan BMI 19-26. Jika calon sudah tahu nilai BMI, saya sarankan tidak usahlah pergi temuduga buang masa sahaja. Jika nak pengalaman saya galakan pergi tetapi calon tetap akan tersingkir pada masa pemeriksaan tersebut. Tidak lepas pemeriksaan "NO Temuduga". Jika calon lulus bahagian ini calon akan pergi ke peringkat ukuran dada. Syabas saya ucapkan kerana anda pandai berdiet dan menjaga badan.

Ukuran Dada
Pada bahagian ini calon wanita dikecualikan. Hanya untuk lelaki sahaja. Nilai untuk ukuran dada yang di tetapkan adalah:

Berkeadaan Baik = 79
Semasa Tarik Nafas = 84

Jika calon lelaki mempunyai ukuran dada dalam berkeadaan biasa adalah 78.99 ke, 78.90 ke dan semasa menarik nafas 84.99 ke, 84.90 ke tetap akan di tolak. Nilai yang di perlukan mestilah atas 79 dalam berkeadaan baik dan 84 ke atas semasa menarik nafas. Jika calon lulus bahagian ini calon akan di periksa pada bahagian penglihatan mata.

Pemeriksaan Mata
Jika calon menggunakan kanta lekap or contact lense atau bercermin mata tak usahlah pergi mengikuti temuduga itu kerana sudah diketahui jika dah memakai cermin mata or contact lense mesti kes rabun punya. Ini Gerenti 200% reject. Jika calon mempunyai penglihatan mata yang normal dan menyebut huruf yang salah berkali-kali pun akan direject kerana di anggap calon mempunyai mata yang rabun. Jika mata dah tahu rabun tak usahlah menghadiri temuduga. Buang masa saja. Begitu juga dengan pengencaman warna dijalankan setelah selesai jarak penglihatan diperiksa. Jika calon lulus pada bahagian ini calon akan pergi ke peringkat pemeriksaan tubuh badan dan gaya berjalan.

Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan
Jika calon rasa jari, tangan,kaki cacat, bengkok ke atau kaki ada besi ke lebih baik calon maklumkan kepada pegawai pemeriksa terlebih dahulu.Pada bahagian ini calon akan dilihat dari segala aspek seperti jari jangan bengkok, tangan tu jangan kelihatan bengkok dan sebagainya. Jika pemeriksaan ini lulus calon akan di kehendaki melakukan Kawad. Jika kawad di buat dengan betul calon akan berjaya jika tak dibuat dengan betul calon akan ditolak juga.

Jika calon lulus pada semua peringkat ini TAHNIAH SAYA UCAPKAN calon akan pergi ke peringkat temuduga oleh Pegawai-Pegawai Kastam. Oleh itu bersedialah anda dengan pakaian formal setelah tadi memakai pakaian sukan untuk melakukan pemeriksaan fizikal.

Di sini saya harap carilah info tentang Kastam ini dan soalan yang di tanya bergantung kepada pegawai penemuduga tersebut. Kadang-kadang mereka tak bertanya tentang Kastam tetapi perkara lain seperti :

- Bagaimana meningkatkan ekonomi negara?
- Bagaimana membenteras penyeludupan? dan banyak lagi.

Oleh itu siapkan diri calon dengan pelbagai info.

SELAMAT BERJAYA DAN TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA CALON YANG MENGHADIRI TEMUDUGA INI.

http://asfiyak.blogspot.com

Khamis, Januari 28, 2010

Panduan Menyusun Sijil Semasa Temuduga


 


PERSEDIAAN DOKUMEN

1. Dokumen ASAL

Dokumen asal yang perlu dibawa ke pusat temuduga ialah:

· Kad Pengenalan
· Sijil Kelahiran
· Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)
· Sijil Berhenti Sekolah
· Sijil SPM asal
· Sijil STPM asal (jika ada)
· Diploma asal (jika ada)
· Transkrip diploma asal (jika ada)
· Ijazah sarjana muda asal.
· Transkrip sarjana muda asal.
· Ijazah sarjana asal (jika ada)
· Transkrip sarjana asal (jika ada)
· Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA (bagi ijazah Luar Negara)
· Sijil/Surat Keterangan Ko-Kurikulum (mulai Tingkatan 4 hingga ke Universiti)
· Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

(Sijil akademik dan ko-kurikulum semasa sekolah rendah, tingkatan 1 hingga PMR tak perlu bawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3)

Sebaik-baiknya semua dokumen di atas dimasukkan ke dalam "CLEAR FOLDER" dan disusun mengikut senarai di atas. Pastikan semuanya sudah tersusun bila sampai ke pusat temuduga. Jangan bila dah sampai ke pusat temuduga baru tercari-cari dan cuba menyusun. Kebanyakan penemuduga agak sensitif tentang susunan ini. Kalau calon menyusun mengikut keterangan di atas, sudah pasti calon dapat menambat hati penemuduga memandangkan dokumen ini perlu diserahkan kepada penemuduga SEBELUM sesi temuduga bermula. Mesti ingat selalu bahawa "First Impression Counts".

Dan jangan lupa, dokumen-dokumen lain yang tak berkaitan eloklah disimpan ke dalam beg anda. Folder ini biar nampak yang spesifik untuk temuduga ini.

Tapi ... seperti biasalah ada calon yang guna folder. Dalam folder macam tong sampah .. Bila penemuduga cuba meneliti dokumen asal, sibuklah calon nak tunjuk yang itu.. yang ini. Calon seperti ini biasanya bolehlah memohon semula tahun depan. Penemuduga sebenarnya menilai kualiti seseorang calon dari folder dokumen asalnya. Folder itu merupakan "portfolio" calon. Kalau nak jadi guru, jika nak simpan dokumen 20 helai pun sudah kelam kabut, macam mana nak simpan beratus ... beribu dokumen pelajar. Ingat.. ini satu penilaian diri yang penting.

Satu perkara lagi tentang dokumen asal ini ialah dokumen berkenaan MESTI dibawa ke pusat temuduga. Penemuduga biasanya tak mahu mendengar alasan sijil tertinggal di KL, baru sampai semalam ... sijil dihanyutkan banjir tahun 1991 dulu... sijil SPM (1993) masih di sekolah lama . . dsb.

Jika pada hari ini, ada dokumen asal anda yang hilang atau rosak dapatkan yang baru. Sijil lahir boleh dapat baru dari Pejabat Pendaftaran. Jangan bawa sijil lahir yang dah berlipat-lipat dan sukar dibaca. Jika dokumen asal hilang pastikan ada laporan ke pihak-pihak berkenaan serta bukti surat asal. Kad pengenalan yang hilang boleh dibuat baru. Kalau gambar pada kad pengenalan semasa anda darjah enam dulu, pastikan pergi pejabat pendaftaran dan buat baru. Haa... barulah nampak calon pendidikan guru yang berpotensi dan berwatakkan guru.

2.Salinan Fotostat

Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? . . . Semua salinan fotostat hendaklah difotostat dengan jelas. Jangan terima dari kedai fotostat jika dokumen salinan itu tidak jelas. Selepas difotostat, dapatkan pengesahan. Setiap keping salinan fotostat hendaklah DISAHKAN oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti penghulu, ketua kampung, ketua balai polis, guru besar, pengetua sekolah atau pegawai kerajaan peringkat kumpulan 1 seperti pensyarah maktab dan guru-guru berijazah. Jangan datang ke pusat temuduga dengan semua salinan fotostat belum disahkan. Salinan fotostat yang tiada pengesahan TIADA NILAINYA.

Semua dokumen dah difotostat, dah disahkan, kemudian MESTI disusun mengikut susunan sijil-sijil asal seperti disenaraikan di atas. Wahhh ada pula calon yang sehingga buat binding semua salinan fotostat. Tak perlu dibinding! Anda akan membazirkan wang sahaja jika buat binding sebab kebanyakan calon yang buat binding salinan sijil mereka susunannya tidak sama seperti diarahkan. Biasanya, sampai sahaja ke pusat temuduga, penemuduga akan suruh tanggalkan dan susun semula. Jadi dalam kursus ini, saya sekalai lagi berpesan - Susun ikut sepertimana disenaraikan di atas. Kemudian "staple" di bahagian atas sebelah kiri. Satu staple sahaja dah mencukupi. Jika salinan dokumen banyak, guna staple besar dan mungkin kena staple dua kali dari depan dan belakang. Jangan guna "paper clip" sebab dokumen mudah tertanggal dan bertaburan di lantai.

3.Borang Maklumat Diri Calon

Apabila seseorang calon dipanggil untuk ditemuduga, ada dikepilkan satu borang yang dipanggil Borang Maklumat Diri Pemohon. Maklumat yang perlu diisi dalam borang ini ialah seperti :

1. Maklumat kursus yang anda pohon - seperti nama kursus, kod dan tahun ambilan.

2. Butir diri calon - seperti gambar terkini, nama, nombor K.P., jantina, tarikh lahir dll

3. Butiran keluarga - seperti maklumat bapa / suami / isteri

4. Butiran akademik - iaitu keputusan SPM, STPM / Matrikulasi, maklumat ijazah, CGPA dan bidang.

5. Pengakuan yang calon, tarikh dan tandatangan

Jangan buat perkara-perkara berikut:

1. Tulisan yang sukar dibaca, comot dan penuh dengan "liquid paper"

2. Tidak melengkapkan semua butiran yang diminta. Bila ditanya, ohhh... baru nak cakap terlupa konon dan sebagainya... . Kalau penemuduga pun buat ohhh.. terlupa nak bagi markah macam mana ?

3. Gambar.. hahh ni lagi best. Ruang gambar tu kecil. Bukan saiz passport tetapi saiz gambar lesen memandu. Kalau gambar anda besar, potong bahagian muka sahaja dan tampalkan. Kedua, gambar mesti terkini. Ya, terkini. Tetapi ada calon yang tanggalkan gambar dari kad pusat sumber masa tingkatan 5 dan tampalkan. Bayangkan ada cop pusat sumber sekolah pulak tu. Ketiga.. Bergambarlah dengan pakai tali leher, dan lebih baik kalau pakai blazer. Kat kedai gambar tu.. ada banyak blazer / kot untuk bergaya. Namun, ramai yang tampal gambar mereka yang pakai tee shirt hard rock cafe lah, yang ada gambar kumpulan rocklah.

4. Tandatangan ... Ada calon tu dah serah borang kepada penemuduga baru sedar belum ditandatangan.

4. Kesimpulan ...

Cuba anda renong sejenak. Katakanlah minggu depan anda akan menghadiri temuduga. Bagaimana agaknya persediaan dokumen-dokumen anda? Saya berharap, calon-calon yang sudah mengikuti kursus bimbingan ini akan mengalahkan semua calon lain dari segi "kualiti diri calon" berasaskan kepada persediaan dokumen dan borang-borang.

Sijil kepujian dekan diletakkan selepas transkrip

Boleh letakkan resume (susunan yang terakhir sekali)

Sijil ko-kurikulum merupakan sijil-sijil sokongan dan bukan sebagai sijil utama akademik. Jadi semasa menyusun, nak diletak dari tingkatan 4 hingga universiti pun boleh, nak diletak dari universiti hingga ke bawah pun boleh. Biasanya semasa menyemak aktiviti ko-kurikulum, penemuduga akan menyemak sijil berhenti sekolah terlebih dahulu sebab di dalam sijil berhenti sekolah tercatat banyak maklumat - sukan, persatuan dan unit beruniform. Tak ramai calon KPLI yang ada aktiviti semasa di Universiti. Jika anda mempunyai banyak aktiviti di Universiti, lebih baik sijil-sijil sokongan ini diletak terlebih dahulu. Sebab aktiviti semasa di U skornya lebih tinggi. Dan ini sekali gus menonjolkan diri kita aktif dalam koko dan inilah antara watak guru yang dicari.

Sekian, selamat berjaya!



=================================================================

#Pakej Lengkap Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan version 3#

MODUL 1# Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan
MODUL 2# Rahsia Teknik Menjawab Soalan Temuduga Kerja Kerajaan
MODUL 3# Contoh Soalan Dan Skema Jawapan temuduga Kerja Kerajaan
MODUL 4# Rahsia Kejayaan dan Kegagalan Calon Temuduga Kerja Kerajaan
MODUL 5# Rahsia Penulisan Resume Temuduga Kerja Kerajaan

BONUS 1# 101 Tips Mencegah Sakit Kepala
BONUS 2# Sampel Soalan2 Peperiksaan Temuduga Kerja Kerajaan
BONUS 3# Secrets To Successful Job Hunting
BONUS 4# Template Contoh Resume (BM & BI)
BONUS 5# Support email dari Admin kerja-kerajaan
BONUS 6# Ahli Eksklusif Kerja-kerajaan

Banyak kelebihan bagi sesiapa dapatkan rahsia ini sekarang:

http://bit.ly/rahsialulustemuduga
 

Selasa, Julai 07, 2009

Petua Menghadapi Temuduga Kerja


Kejayaan awal

Andaikan anda mendapat suatu panggilan temuduga bagi mengisi sesebuah jawatan kosong yang pernah anda pohon suatu ketika dahulu di sesebuah organisasi.

Apa yang harus anda lakukan? Setkan dalam minda bahawa anda telah pun berjaya dalam peringkat pertama mengejar karier. Jangan sesekali memandang rendah akan kuasa minda.

Minda yang dapat disetkan dengan baik mampu memberi kekuatan kepada keseluruhan perjalanan temuduga yang akan dilalui ini.

Setkan bahawa:
Tanpa kejayaan anda di peringkat pertama ini, tidak mungkin akan wujud peringkat kedua. Oleh itu, perjalanan mesti diteruskan.


Persiapan awal

KajianSebaik mendapat surat temuduga, buat sedikit persiapan sebelum tiba tarikh temuduga.

Kaji latar belakang organisasi yang menawarkan temuduga jawatan kosong kepada anda. Apakah urusan utama organisasi tersebut, berapa lama ditubuhkan, saiz organisasi, kaitan organisasi dengan anda, dan sebagainya.

Buat kajian terperinci tentang jawatan yang ditawarkan. Kenapa jawatan itu diwujudkan, peranan utama jawatan, pengetahuan yang perlu ada untuk mengisi jawatan tersebut, dan mengapa anda rasa anda diperlukan untuk mengisi jawatan tersebut.

Kalau dapat, lihat berapa banyak kerusi yang ditawarkan untuk jawatan tersebut, serta berapa ramai calon yang dipanggil untuk temuduga jawatan tersebut.

Kaji juga sejauh mana anda sendiri memerlukan jawatan mahu pun organisasi tersebut. Sejauh mana ia bersesuaian dengan kelulusan anda, dan sejauh mana kelulusan anda bersesuaian dengan jawatan tersebut.

Sekiranya anda berasa selesa setelah menjalani kajian-kajian di atas, besarlah harapan anda untuk berjaya dalam temuduga itu nanti.

Sebaliknya jika anda rasa kurang selesa, cuba cari tawaran lain dan lupakan temuduga tersebut, melainkan anda memang terdesak untuk meneruskan kehidupan anda sehari hari.

Persiapan sebelum temuduga

Pada hari temuduga, bangun awal. Banyak perkara yang harus anda lakukan sebelum pergi ke tempat temuduga, dengan tenang dan tidak gopoh gapah.

Sebelum solat subuh, lakukan solat sunat hajat (lepas subuh tak boleh, masa tu tak boleh solat sunat dah). Minta supaya dipermudahkan urusan temuduga anda pada hari tersebut.

Tali leher bagi lelaki adalah wajib

Selepas mandi (jangan tak mandi pula), bagi lelaki, wajib memakai baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher, tidak kira bagi jawatan apa sekalipun. Bagi perempuan, kenakan pakaian yang sopan dan semestinya menutup aurat.

No perfume, please!

Elakkan memakai bau-bauan atau sebarang perkara yang bermaksud untuk berwangi-wangian. Selain berdosa (bagi perempuan), bau-bauan ini boleh mengakibatkan markah anda ditolak seandainya penemuduga terhidu perfume anda sewaktu proses temuduga dijalankan.

Dapatkan gambaran isu semasa

Para remaja biasanya kurang berminat untuk mengetahui isu semasa, terutama bab politik dan ekonomi. Kerana ianya membosankan dan tidak seseronok tabloid Metro Harian.

Namun, untuk hari temuduga, korbankan sedikit ketidakselesaan itu. Selepas bersarapan ala kadar, ambil masa baca suratkhabar atau dengar radio. Paling baik kalau dapat tonton dengan Buletin Pagi di TV3, sambil sarapan pun boleh dengar.
Kalau tak dapat tonton TV, baca suratkhabar utama. Baca topik-topik semasa, politik, ekonomi, dan isu-isu kerajaan serta berita yang mempunyai kaitan dengan jawatan anda jika ada.

Penemuduga biasanya berminat dengan calon yang mempunyai kepekaan dan keprihatinan terhadap persekitaran hidup masyarakat keseluruhan, terutama dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran serta politik.

Melangkah ke lokasi temuduga

Sebelum meninggalkan rumah, pastikan anda membawa bersama surat panggilan temuduga serta dokumen-dokumen yang diisyaratkan dalam surat panggilan temuduga.

Buatkan satu ‘check-list‘ ringkas supaya tiada yang tertinggal melainkan tapak kaki.
Pastikan anda tiba sebelum masa yang ditetapkan. Aspek masa amat dititikberatkan dalam sesebuah program temuduga.

Setibanya anda di lokasi, tenangkan diri dan banyakkan doa tawakkal. Letakkan harapan anda pada Yang Maha Esa.

Akhir kata, selamat menghadiri temuduga. Semoga berjaya!
Wallahu a’lam.

SEMOGA BERJAYA!

DAPATKAN RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN SEKARANG!
http://www.kliks.my/kerjakerajaan

Jumaat, Jun 05, 2009

Tips Temuduga Pegawai Teknologi Maklumat F41

Oleh AFZAN
http://afzanistrator.blogspot.com

Sebagai membalas jasa En. Adha yang mengiklankan pasal pertukaran aku kat blog die, dan atas permintaan ramai dari calon2 yang bakal ditemuduga untuk jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41 sepanjang bulan 6 nih, kat sini aku nak share pengalaman aku interview pade bulan 9, tahun 2008.

Anyway, untuk contoh2 soalan interview, anda boleh tengok kat blog ni: www.mohdhafez.net. Kebanyakan soalan yang ditanye kepade aku memang ade dalam list tu. Tapi aku tak tau pon kewujudan artikel tuh sebelum interview tu. Sekarang, senang la untuk korang sebab dah ade sket idea pasal soalan ape yang akan ditanye, kan.

Oklah, nih tips dari pengalaman aku sendiri. Pengalaman orang lain, aku tak tau la camne. Hehe, same ade lulus ke tak interview, itu terserah pade korang ye.

1. Pastikan korang study soalan yg dalam blog www.mohdhafez.net tuh. (Malas aku nak copy paste kat sini, kang nampak panjang sgt pulak entry aku). Untuk jawapan, buat research and cuba buat ayat untuk jawab dengan lancar.

Aku gi interview dulu mase 20 hari dalam pantang kat umah mak mertua tau. Huhu, mane ade nak stadi2 sume. Tuh pon bapak mertua tolong surf kat internet and printkan name2 menteri2 kabinet. Ehehe. Tuh jela pon yg aku bace.

2. Time aku, Interviewer 2 orang. Sorang tanye pasal Soalan Umum, Sorang tanye pasal Soalan Khusus (soalan2 teknikal). Boleh jawab BM or BI. Akan ade satu session yang kene jawab BI je.

3. Make sure korang tau perkembangan atau berita hangat semase. Macam aku mase tuh die ade tanye pasal negeri mane dibawah pembangkang. (Dahla jawab salah)

4. Ade gak die tanye pasal Wilayah pembangunan ekonomi (Ha, korang google la sendri). Yang nih pon aku tak berape reti jawab. Yg aku tau Wilayah Pembangnan Iskandar je. Yang lain, Interviewer tuh yang jawab sendiri pastuh siap explain lagi kat aku.

5. Yang pasal integriti tuh soalan penting. Die tanye ape yg penting yg perlu ade dlm diri sorg pekerja. Penatla aku dok jawab kemahiran la, pendidikan la.. sume salah. Yang interviewer tuh lak, dok bagi hint2, macam teke teki lah pulak. Last2 interviewer tuh sendri yang jawab.. Jawapannye Integriti.

6. Eh, first2 sekali die suruh kenalkan diri. Nasihat aku, sile la jawab ikut point.
i. Latar belakang pendidikan
ii. Pekerjaan sebelum ni
iii. Latar belakang keluarga. (Yang ni aku tak cerita mula2, tapi interviewer tuh yg suruh cerita. siap tanye ayah keje mane sume.)

7. Killer question: Kenapa anda ingin berkhidmat dengan kerajaan

-Bile jawab keje kerajaan secure, tak macam swasta, kene buang keje n keje smpai lewat mlm, die akan balas balik, "Tapi kalo kene outstation or ade mende urgent yg membuatkan anda kene stay kat opis smpai kol 3 pagi camne?"

(sile pandai2 jawab dengan konfiden ye. Nasihat aku, cakap je yang korang sanggup, bgtaula sebabnye kerje tuh tanggungjawab yg kene diselesaikan and pastinye bukan selalu pun kan.. jadi, anda bersedia utk menerima tanggungjawab tuh.. ape2 die tanye pon, cakap sanggup je. Ayat goreng mesti power, jawab tak ikhlas tak pe.)

8. Pasal pengalaman keje sure akan ditanye. Nasihat aku buatkan mereka kagum dengan kerja anda atau kemahiran yang korang ade. Silalah masuk bakul angkat sendiri. Kasik naik sket saham korang tuh. Tapi jangan over sampai bunyi macam berlagak lak. Terus kene sepak kang. (Aku rase nih la yang menaikkan markah aku kot, sebab soalan2 lain sume tak reti jawab. Huhu)

Ni aku bagi contoh la ye. Tidak bermaksud untuk berlagak ke ape ek:

-Dulu aku keje kat satu Multinational company nih. Die nampak kagum yg aku keje kat company tuh, and aku pon cerite gak la yang kat situ tak banyak org melayu keje, ramai international workers, and deal ngan org S'pore, Phillipine, Australia, over the sea sumelah..

- Lepas tu macam2 die tanye. But die pon ckp, "Sayang ye kalau awak berhenti dari company tu, sbb tak ramai org kite dapat keje kat company mcm tu. Awak keje je lah kat situ. Kenape nak keje kerajaan?" (aduh die tanye soalan maut pulak..)

- So, aku jawab la, "Keje tuh memerlukan saye keje on shift, saye pulak sudah berkeluarga dan baru ade baby, so, rasa tak sesuai untuk kerja shift2 nih" Lebih kurang camtuh la jawapannye.

- Die lak jawab "Ala, amik la maid, sayang tuh nak tinggal keje tuh" pastuh siap cerite lagi pasal maid.. (dah terkeluar topik kejap, tapi layankan aje.. bagus gak keluar topik, at least boleh borak2 tanpa rase stress)

Jadi, korang perasan tak, yang setiap explanation korang akan ditanya balik ngan soalan2 seterusnye. Mase nih kene ligat susun ayat dan bg jawapan paling reasonable, tepat and tak menjerat korang semula. Jangan tipu dah la. Dose.

8. Nih yang penting! Untuk pompuan die akan tanye dah kawen ke, ade anak ke..?
Pastuh die saje mcm mengeluh and psycho2 korang cakap pompuan nih slalu amek cuti anak sakitla, suami sakit la. Asek cuti je. (Jangan mengalah, sila jawab balik ngan confiden)

- Nih care aku jawab: "Kerje memang dah tanggungjawab kite, tapi keluarga juga kene diutamakan"

- Pastu aku sambung balik, explain kat die yang, "Kalo saya perlu mintak cuti, saye akan make sure semua keje dah diselesaikan, takde yang pending dan pastikan ada orang boleh memangku tugas saye. Dan untuk perihal keluarga, bukan saya sahaja yang akan amik cuti, mungkin boleh gilir2 jugak dengan suami untuk cuti in case anak sakit ke.. "

Sile lah pandai goreng ayat dengan bunyi sopan dan berhemah ye.

9. Ok, kalau ade soalan yang ditanye tapi korang tak tahu langsung nak jawab. Cakap je yang korang memang tak boleh jawab, jangan dok "eer.. eerr..hmm.." pastuh teka2, pastuh salah, wat malu je. Boleh jawab macam ni:
"Maaf, saya tidak tahu jawapannye" atau
"Sorry, I have no idea" atau ape2 la yang sopan.

- Ala, sebenarnye soalan bertubi2 yang diorang tanye nih cuma nak tengok care korang jawab je. Care korang berkomunikasi tuh penting. Tak tahu jawapan atau salah takpe. (Tapi mungkin markah kurang sket la sbb kurang pengetahuan, cam aku nih.. si malas nak tengok berite)

10. Paling penting, dalam setiap ape yang korang jawab pastikan korang sure dengan jawapan tu and jawab ngan confiden, yakin! Siap kembang2 idung lagi sebab yakin. Dengar soalan sampai abes, then ambik sikit mase untuk berfikir, susun ayat and barulah jawab. Jangan gopoh2 jawab, pastu ayat lintang pukang. (Minima kan bunyi "Err", "Hmmm".."err".. tuh)

11. Make sure mase jawab, muke sentiase mesra and senyum je. Tak kire ape yang berlaku pastikan senyum je sampai cramp otot pipi. Duduk tegak, jangan bongkok, but jangan pulak nampak kejung sebab stress out. Rilex kan badan, kontrol pernapasan. Jangan nervous.

12. Sebelum masuk interview, borak2 dan beramah mesralah ngan calon2 lain. (Aku dulu x bawak buku, selambe tumpang pinjam notes orang lain buat last minute stadi). Lagi bagus kalo korang amek no teponnye sekali. Nanti bile result kuar bleh tanye2 die dapat ke tak. Kalo nak cari jodoh pon, ikut suke korang la.

13. Make sure sijil2 sume ade complete dgn yg potostet sekali. Gambar pun kene ade. Bagi yang latest, jangan bagi gambar mase darjah 6 yang muke innocent, kurus, rambut skema, takde jerawat..

14. Pakai smart2. Biar nampak poyo asalkan bergaya dan nampak profesional. Cewah. Yang lelaki, nak pakai blazer pon boleh. Biar calon lain jeling takpe. Yang pompuan tuh, mekap2 la sket. Tapi takyah la gi cari bulu mate Rozita Che Wan lak. First impression is very important.

Fakta lain:
1. Dalam satu sessi interview yg seramai lebih kurang 10 org tuh, kadang2 die cuma amek sorang or tak amek langsung. Atau 2 org la plg byk pon.

2. Kalo result kuar, and korang cuma calon simpanan, jangan gundah gulana kerana calon simpanan bermakne anda akan dapat jugak cuma kene tggu sket. Cam aku nih pon, calon simpanan je (tulah, sape suruh banyak soalan tak tau nak jawab..), tapi sebulan due lepas tuh, sampai gak surat tawarannye. Kawan2 aku yg lain pon cakap camtuh.

Ok, good luck lah kat korang2 nih yek. Kalo dah rezeki tuh, ade la nanti. Tapi bersedialah untuk ditempatkan ntah kat mane2 ntah cam aku nih. Jauh ngan anak, suami.. Yang pasti diorang janji akan letakkan korang dalam Malaysia jugak..Tak jauh, Malaysia je.

Akhirkate, bile dah dapat nnt, kalo ade sesape yang dapat ke Dungun, Kemaman or Kuantan tapi sebenarnye korang nak gi ke Kelantan or Kedah, jangan lupakan aku, sile contact aku cepat2. Kite tukar suke same suke ye!!! (Sempat lagi iklan)

Regards,
Saya Yang Menurut Perintah


p/s; Ape yg aku cerite kat sini, pengalaman aku sendiri. Kalo ade PTM lain yang rase nak share2 pengalaman korang atau ade tips2 lain, boleh la bagi comment.

Selasa, Mei 05, 2009

Perkara-perkara penting semasa Temuduga

PERKARA YANG MENJELIKKAN PENEMUDUGA

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

* Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
* Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
* Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
* Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
* Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
* Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda
* Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.



KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah :

* Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
* Jawab dengan jelas dan lantang
* Kikiskan sifat ego anda
* Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
* Banyakkan senyuman
* Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
* Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan
* Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.



TINGKAHLAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA

* Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
* Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
* Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
* Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
* Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
* Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
* Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
* Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
* Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel
* Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya
* Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
* Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
* Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
* Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
* Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
* Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
* Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
* Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
* Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
* Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
* Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
* Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
* Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
* Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

http://fairuzmokti.wordpress.com/2007/08/14/tips-temuduga-1/

* UNTUK TIPS YANG LEBIH TERPERINCI, DAPATKAN E-BOOK
http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=mdadha

Isnin, Mei 04, 2009

Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)

Oleh MOHD HAFIZ

Pengambilan untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) dilakukan hampir setiap tahun. Sekiranya anda seorang pemegang diploma sains komputer atau teknologi maklumat atau setaraf dengannya anda adalah layak untuk memohon. Namun, memiliki kelulusan sahaja tidak mencukupi dan tidak menjamin anda berjaya menjawat jawatan ini memandangkan jumlah permohonan setiap tahun sememangnya tinggi sedangkan kekosongan jawatan pula terhad.

Banyak kriteria pemilihan diambil kira, salah satunya adalah mampu memberi jawapan dengan tepat dan berasas sewaktu sesi temuduga. Di sini saya ingin saya kongsikan beberapa contoh soalan yang pernah ditanya sewaktu sesi temuduga untuk jawatan PPTM. Soalan ini diberikan oleh salah seorang ahli Pesima yang baru sahaja melepasi sesi temuduga baru-baru ini. Perlu diingat, soalan ini hanya sekadar panduan dan tidak semestinya akan ditanya sewaktu sesi temuduga anda nanti.

Untuk makluman anda, soalan temuduga dibahagikan kepada 2 kategori iaitu soalan umum dan khusus. Soalan umum meliputi isu-isu semasa dan pengetahuan am, sementara soalan khusus pula menjurus kepada soalan-soalan berbentuk teknikal mengenai komputer dan teknologi maklumat.

Contoh Soalan Umum:
1. Keterangan mengenai pekerjaan anda sekarang (jika bekerja), tentang majikan dan tugas-tugas yang perlu anda lakukan. Anda juga perlu nyatakan sebab-sebab anda memohon jawatan sebagai PPTM.
2. Anda perlu berikan pendapat anda mengenai masalah gejala sosial di Malaysia.
3. Isu semasa lain seperti kejayaan Nur Amalina mendapat keputusan SPM 17A dan calon SPM lain yang mendapat 19A yang menjadi kontroversi.
4. Anda juga perlu ceritakan mengenai sejarah kemerdekaan, tarikh, kronologi-kronologi sebelum merdeka dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang terlibat.
5. Anda perlu nyatakan maksud kemerdekaan, tema merdeka tahun ini, dan siapa wakil 3 kaum semasa perjanjian Suruhanjaya Reid di London.
6. Peranan komunis di Tanah Melayu dan siapakah nama ketua komunis pada ketika itu.
7. Nyatakan mengenai institusi Yang Dipertuan Agong, tarikh lantikan, pertabalan, sistem giliran dan tarikh kelahiran Agong.
8. Mengenai Parlimen, Dewan Rakyat, dan Pilihanraya.

Contoh Soalan Khusus:
1. Kaitan antara jawatan anda sekarang (jika bekerja) dengan teknologi maklumat, anda perlu nyatakan pengalaman-pengalaman anda ada.
2. Jelaskan mengenai rangkaian seperti jenis-jenis topologi dan perbezaannya.
3. Jelaskan mengenai firewall, daripada segi kegunaan, jenis dan jenama yang digunakan.
4. Jelaskan mengenai open-source seperti linux.
5. Jelaskan mengenai web browser, jenis-jenis dan perbezaan antaranya.
6. Jelaskan juga mengenai search engine, jenis dan kegunaannya.
7. Nyatakan pengalaman anda membangunkan sistem, kegunaannya dan pengguna sistem tersebut.

http://www.mohdhafez.net

Recent Posts