Memaparkan catatan dengan label Peraduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peraduan. Papar semua catatan

Selasa, Januari 10, 2012

Pertandingan cipta logo ulang tahun Cyberjaya

CYBERVIEW Sdn Bhd (Cyberview), syarikat yang diberi mandat menerajui pembangunan Cyberjaya memulakan sambutan ulang tahun ke-15 bandar siber itu dengan melancarkan Pertandingan Mencipta Logo Kebangsaan.

Pengarah Urusannya, Ir. Hafidz Hashim, berkata selain meraikan sambutan berkenaan, pertandingan itu juga bertujuan mencungkil bakat kreatif, idea unik serta imaginasi rakyat di negara ini melalui perkembangan bandar raya siber itu sebagai inspirasi Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC Malaysia).

Katanya, sejak dilancarkan pada 1997 oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, Cyberjaya telah berkembang menjadi destinasi utama pelaburan dan operasi negara bagi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), tetapi juga sebuah perbandaran yang komprehensif untuk tinggal, belajar, dan bekerja.

“Bagi meraikan kecemerlangan Cyberjaya, kami menjemput rakyat Malaysia untuk menghantar visual yang menggambarkan perjalanan Cyberjaya melalui satu pertandingan yang boleh memupuk bakat tempatan selain menyerlahkan lagi kepentingan kreativiti dan multimedia sebagai asas kepada industri ICT tempatan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya lagi, peserta berpeluang memenangi hadiah utama iaitu wang tunai berjumlah RM6,000 dan logo yang terpilih juga berpeluang untuk digunakan sebagai logo rasmi bagi tempoh sambutan ulang tahun berkenaan.

Hafidz berkata, semua penyertaan mestilah mempunyai perkataan ‘Ulang tahun ke-15 Cyberjaya’ dan perlu menggambarkan Cyberjaya sebagai hub bandar siber dan peneraju MSC Malaysia.

“Penyertaan akan dinilai berdasarkan kreativiti dan konsep keseluruhan, keaslian, impak visual dan kesesuaian logo.

“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Januari sehingga jam enam petang dan pemenang akan diumumkan pada pertengahan Januari melalui laman web Cyberview,” katanya.

Mereka yang berminat menyertai pertandingan itu boleh melayari laman web www.cyberview.com.my untuk mendapatkan borang penyertaan rasmi serta maklumat lanjut mengenai syarat pertandingan.

Isnin, Disember 26, 2011

Pertandingan "Gambar Paling Best Sekolah Dahulu"

Oleh Cikgu Loh


Salam hormat Semua!

Seperti yang cikgu ada kongsikan di Fanpages Panduan Selepas SPM
dan uar-uarkan pada minggu lepas, cikgu akan mengadakan sebuah
pertandingan secara besar-besaran di Facebook Fanpages Panduan
Selepas SPM:
-->http://www.facebook.com/panduanselepasSPM

Ya, dengan anda hanya perlu mengikuti beberapa syarat mudah dan ringkas,
cikgu akan menyediakan wang tunai sejumlah RM300 dan Buku Kerjaya
untuk para pemenang! Pertandingan yang cikgu adakan itu dinamakan
sebagai “ Pertandingan Gambar Kenangan Sekolah Dahulu” juga
dikenali dengan Pertandingan Klik LIKE dan Menang!

Contoh gambar yang boleh dihantar..

 


Prosedur untuk menyertai pertandingan ini mudah sahaja. Anda hanya
perlu:
1.Snap gambar paling best anda ketika berada di sekolah dahulu dengan
apa jua gaya anda. ( Pastikan anda menutup aurat dan berpakaian sopan,
ini syarat WAJIB! )

2.Sila hantarkan gambar anda itu SEBELUM 10/01/2012 ke emel utama
Panduan Selepas SPM: lepasanspm.com@gmail.com

3.Butiran penghantaran gambar seperti di bawah:
Tajuk Emel: Gambar Paling Best Sekolah Dahulu
Nama Penuh anda:
Link FB anda:
Tajuk Gambar Anda:
Penerangan Gambar Anda:

4.Gambar-gambar yang diterima akan mula dimuat turun di sebuah
album “Pertandingan Gambar Kenangan Sekolah Dahulu”
( Facebook Panduan Selepas SPM ) bermula pada 26/12/2012.
Gambar yang telah dimuat turun , boleh mula dipromosikan dengan
seberapa segera bermula dari masa ianya siap dimuat turun oleh cikgu!

5.Semasa dalam proses mempromosikan gambar anda itu, anda harus
 mengingatkan sesiapa sahaja agar Klik LIKE dahulu di Facebook Panduan
Selepas SPM kemudian barulah boleh klik LIKE/SUKA terhadap gambar
anda. Klik LIKE di Fanpages Panduan Selepas SPM adalah satu syarat
WAJIB untuk menyertai contest ini!

Contoh ayat promosi yang boleh digunakan..

Assalamualaikum Airil. Airil tolong bantu saya untuk klik LIKE/SUKA di
gambar saya! Caranya mudah sahaja, awak hanya perlu klik LIKE
dahulu di facebook Panduan Selepas SPM di:
www.facebook.com/panduanselepasSPM

Kemudian, Klik LIKE/SUKA pada gambar saya yang ini:_____________
Pertolongan awak amatlah saya perlukan Airil. Ikhlas, memohon
bantuan, sahabatmu, Shahrul.

6.Para pemenang dikira mengikut jumlah kutipan tertinggi ( paling banyak )
orang yang klik LIKE/SUKA di gambar anda itu pada 20/02/2012. Ya,
tempoh pertandingan ini hanyalah hampir 2 bulan. Bermula 25/12/2011
dan akan berakhir pada 25/02/2012

Anda jelaskan?

Jadi saranan cikgu ialah: Jangan lupa untuk “snap” gambar paling best
ketika anda berada di sekolah dahulu dan “get ready” untuk anda mula
merancang strategi bagaimana untuk mempromosikan gambar best
anda dan seterusnya memenangi sejumlah wang tunai sejumlah RM300
bersama buku kerjaya!

Johan - RM150 + Buku Kerjaya
Naib Johan - RM100 + Buku Kerjaya
Ketiga -RM50 + Buku Kerjaya
Tempat ke 4- 10 = Hadiah Menarik menanti..

Hadiah akan meningkat jumlah mengikut penaja semasa!
YA, menarik bukan? Jadi ayuh, jangan lepaskan peluang hebat ini share
perkara ini kepada sahabat-sahabat anda di facebook anda dan minta
sahabat anda bersiap sedia untuk mula Klik LIKE/SUKA gambar anda
pada 26/12/2012 ( Jam 8 Malam) nanti yea!

P/S:Sebarang perubahan hadiah dan pemenang adalah tertakluk
kepada terma dan syarat.
P/S/S: Penggunaan software untuk menambah bilangan LIKE
adalah tidak dibenarkan kerana cikgu dapat mengecamnya dan
jika menang, hadiah itu akan ditarik balik. 


http://www.facebook.com/panduanselepasSPM

Sabtu, Disember 03, 2011

Menangi Tiket Kelas Ekonomi MAS Melalui Peraduan

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) - Malaysia Airlines (MAS) memperkenalkan peraduan, "MAS, Fly Me There!" kepada pelanggan-pelanggan di Malaysia, Australia dan United Kingdom.

Untuk menyertai peraduan itu, "like", lembaran Facebook Malaysia Airlines dan klik tab "MAS, Fly Me There!" pada panel kiri laman web.

Kemudian pilih satu atau dua daripada destinasi-destinasi yang ditawarkan yang ingin anda kunjungi. Jika anda tinggal di Malaysia, buat pilihan untuk melawat sahabat handai anda di United Kingdom atau Australia, atau kedua-duanya.

Apabila selesai, peserta perlu meraih undi bagi keluarga dan sahabat mereka yang tinggal di negara-negara yang dipilih, melalui lembaran Facebook.

Seramai 10 peserta yang mendapat undi terbanyak bagi satu daripada dua destinasi berkenaan akan menjadi pemenang.

Setiap pemenang akan menerima dua tiket kelas ekonomi bagi penerbangan pergi balik ke destinasi tersebut, kata MAS dalam satu kenyataan hari ini.

Peraduan itu berakhir pada 18 Dis, 2011, dan pelanggan boleh melayari www.facebook.com/malaysiaairlines untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

- BERNAMA

Isnin, September 20, 2010

Pertandingan Fotografi Karnival Tanglung Kampung Cina 2010

Sempena Karnival Tanglung 2010, Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu menganjurkan pertandingan fotografi bermula 18 hingga 22 September ini.

Pengarahnya Ahmad Fathil Abd Ghani berkata pertandingan itu bertujuan mempromosi Pesta Tanglung dan ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia. "Lokasi fotografi ialah persekitaran Kampung Cina di sini sahaja," katanya kepada pemberita, Ahad.

Ahmad Fathil berkata pertandingan itu bukan sahaja dihadkan kepada tema Karnival Tanglung, tetapi juga keindahan alam semula jadi, keindahan seni bina dan keindahan warisan di Kampung Cina itu sendiri.

Beliau berharap dengan adanya fotografi ini, gambar-gambar ini akan menjadi medium terbaik untuk mempromosi Kampung Cina kepada pelancong dalam dan luar negara.

"Kita dapati gambar-gambar ini mampu memberikan satu inspirasi atau kekuatan kepada pelancong-pelancong untuk datang sendiri untuk melihat keindahan pelancongan yang terdapat di Terengganu," katanya.

Beliau berkata Kampung Cina kaya dengan cara hidup dan adat resam pelbagai kaum di negara ini sehingga pelancong daripada luar negara tidak ketinggalan untuk melawat kampung itu setiap kali datang ke Terengganu.

Ahmad Fathil berkata pertandingan itu juga kesinambungan pertandingan fotografi dasar laut di Pulau Redang yang telah dibukukan untuk diedarkan kepada orang ramai.

Katanya, setiap peserta dikehendaki mengemukakan foto bersaiz 8R (8"x10") lengkap dengan kadbod berukuran 10"x12" dan setiap penyertaan hendaklah dihantar kepada Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu sebelum tarikh tutup 28 September ini.

Beliau berkata pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000, tempat kedua RM750 dan ketiga RM500, serta tiga hadiah cemerlang yang setiap satu bernilai RM300 dan empat hadiah sagu hati bernilai RM200 setiap satu.

- BERNAMA

Khamis, Mei 20, 2010

Norasyikin menang kategori pembaca ABPBH 2009

SERI KEMBANGAN: Kakitangan kerajaan, Norasyikin Samsudin, 36, memenangi kereta Nissan Grand Livina 1.6 bernilai RM86,000 selepas dipilih pemenang hadiah utama kategori pembaca bagi undian pusingan kedua Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009).

“Ini kali pertama saya menyertai peraduan Undi dan Menang ABPBH2009 dan terus mencapai kemenangan. Saya menghantar 30 penyertaan untuk peraduan ini,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang anugerah di Hotel Palace of the Golden Horses di sini, semalam.
Penolong Pegawai Tadbir di sebuah jabatan kerajaan di Kuala Lumpur berkata, beliau turut dibantu adik-beradiknya untuk mencipta slogan dan memilih artis kegemaran bagi setiap kategori.
Sementara itu, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin pula menjadi artis ‘paling mewah’ apabila membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah kira-kira RM328,000.
Siti yang dipilih oleh pembaca Berita Harian sebagai Bintang Paling Popular ABPBH2009 menerima sebuah kereta Nissan X-Trail 2.0L bernilai RM130,000.

Hadiah kereta untuk pembaca dan artis ditaja oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Selain kereta, Siti juga menerima perabot tajaan Empire Classics Furniture bernilai RM30,000; pakej penginapan mewah tiga hari dua malam di Head of Suite bernilai RM18,000 tajaan Hotel Palace of the Golden Horses dan barangan kemas Habib bernilai RM20,000.
Hadiah disampaikan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid. Turut hadir Pengarang Hiburan Berita Harian yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH2009, Hanizam Abdullah; Pengarang Bintang Popular (BiPop) Berita Minggu, Akmal Abdullah dan semua wakil penaja.

Pada majlis itu, pemenang pelbagai kategori dalam ABPBH2009 turut menerima hadiah masing-masing, iaitu barangan kemas Habib bernilai RM20,000 tajaan Habib Jewels, perabot bernilai RM5,000, hamper Nano White dan kad ganjaran Palace Lifestyle.

Artis yang hadir menerima hadiah masing-masing ialah Aznil Nawawi, kumpulan Rabbani, Fara Fauzana, Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Liyana Jasmay, Aizat, Yuna, Black dan Bunkface.

Turut diraikan ialah penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hajat, Datuk Khadijah Ibrahim yang menerima barangan kemas Habib bernilai RM30,000 dan barangan sumbangan Nano White dan fabrik Jakel.

Selain Norasyikin, 47 pembaca bertuah lain turut menerima hadiah berupa barangan kemas dengan jumlah keseluruhan bernilai RM260,000, motosikal Naza Blade 250 bernilai RM16,000 sumbangan Naza Bikes Sdn Bhd, pakej percutian daripada POTO Travel & Tour, pakej rawatan kecantikan dan pelangsingan badan daripada Slimming Sanctuary selain telefon bimbit, iPod, komputer riba, pemain MP4 dan kamera digital.

Majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang ABPBH2009 ini turut diserikan dengan persembahan Siti Nurhaliza; Artis Baru Lelaki Popular, Black; Artis Baru Wanita Popular, Yuna dan juara Bintang Idola Berita Harian (BIBH) 2009, Nor Ashimah Ramli.

- BERITA HARIAN

Selasa, April 06, 2010

Pertandingan mencipta logo baru Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)

Hadiah Pertandingan:-
Pertama : RM 2 500
Kedua : RM 1 000
Ketiga : RM 500

Pemenang akan diberi wang tunai dan sijil penyertaan

Setiap penyertaan mestilah menggunakan borang penyertaan yang disediakan dan diisi dengan lengkap.

CARA MEMOHON:

Dapatkan Borang Penyertaan di kaunter PSKT

atau

DOWNLOAD BORANG :

http://www.ziddu.com/download/9290398/borangpenyertaan.pdf.html


Sila hantarkan penyertaan anda ke alamat di bawah:

Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)
Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
Padang Hiliran,
21100 Kuala Terengganu

http://www.pskt.com.my/

Tel : 09-6264000 (Pn.Zura/Pn.Tg. Nuriah/Cik Azie/En. Razuan)
Faks : 09-6264002

E-mail: Iogopskt@yahoo.com

Tarikh tutup pertandingan ialah pada 29 APRIL 2010.

Jumaat, Februari 05, 2010

Keputusan Peraduan Tahun Baru 2010 - MY ADHA



SENARAI PEMENANG PERADUAN TAHUN BARU 2010 - MY ADHA

TEMPOH PERADUAN:

1 - 22 JANUARI 2010

HADIAH & NAMA PEMENANG:

- Hamper produk HPA bernilai RM300.00 x 1 org
(Tajaan : Pengedar HPA)

SITI ASSILA BINTI MURTIJAN
JASIN, MELAKA.

- Wang Tunai RM100.00 x 1 org
(Tajaan : Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan - Ebook RLTKK)

AZMI BIN MOHAMMAD
ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.

- Wang Tunai RM50.00 x 1 org
(Tajaan : Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan - Ebook RLTKK)

ROSLINA BINTI ZAINUDDIN
JENGKA, PAHANG DARUL MAKMUR.

- Kredit prabayar bernilai RM10.00 (Celcom/ Maxis/ DiGi/ Happy / U Mobile) x 2 org
(Tajaan : Formula Luar Biasa (FLB) - http://bit.ly/flb2010)

MOHD KAMARUZAMAN BIN HARUN
KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN.

SOFEA BINTI MURSYID
KUCHING, SARAWAK.

- Baucer produk Seri Cantik Store bernilai RM10.00 x 6 org
(Tajaan : Seri Cantik Beauty & Trendy Store - http://srcantik.blogspot.com)

SAKINAH BINTI SABARI
JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM.

NUR HANIS IRYANI BINTI ZULKIFLI
KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

SITI KADIJAH BINTI MOHD BOKRI
BALING, KEDAH DARUL AMAN.

NORINA BINTI ABDUL LATIP
BALAKONG, SELANGOR DARUL EHSAN.

NORMAZITA BINTI MOHD SUHAIMI
KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN.

SUHAILA BINTI JOHAR
AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

- Gift baucer Lulur x 6 org
(Tajaan : Seri Cantik Beauty & Trendy Store - http://srcantik.blogspot.com)

NURUL SYAZWANI MU'FAH ZAINAL
KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN.

WAN NURFARHANA BINTI W SALLEH
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

NURLIYANA BINTI UZIR
KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

NOORHAYATI BINTI ABD. RAHMAN
SIK, KEDAH DARUL AMAN.

SITI NORHAMIZAH BINTI MOHD NOH
PASIR GUDANG, JOHOR DARUL TAKZIM

UMMU SOLEHAH BINTI MUHAMMAD
BANDAR SRI DAMANSARA, KUALA LUMPUR.

- Pakej Membina Blog (Blogspot) PERCUMA x 2 org
(Tajaan : Blog Adha - http://blogadha.blogspot.com)

KHAIRUL ANUAR BIN NGAH
KUALA KANGSAR, PERAK DARUL RIDZUAN.

HERMAN BIN RABAN
SANDAKAN, SABAH.

Bilangan peserta yang menyertai : 356 orang

TERIMA KASIH KERANA MENYERTAI PERADUAN INI & TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PARA PEMENANG. SEMUA PEMENANG AKAN DIHUBUNGI UNTUK URUSAN HADIAH. KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD.

Rabu, Februari 03, 2010

Pensyarah menang hadiah RM1 juta Peraduan Power Root


Keadaan ibu yang sakit tenat pada mulanya menimbulkan rasa serba salah di hati Md. Zaidil Adha Mat Hussin, 32, untuk meninggalkannya bagi menyertai peraduan jutawan Power Root.

Namun, si ibu, Zaharah Muhammad, 63, yang sedang bertarung nyawa di Hospital Selayang, Selangor seakan tahu nasib bakal menyebelahi anaknya itu.

Dia tidak mahu anaknya itu mempersiakan peluang yang mungkin datang sekali seumur hidup itu dengan membenarkan Md. Zaidil Adha menyertai pertandingan itu.

Selepas mendapat restu, beliau dengan berat hati berangkat ke Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak untuk menyertai pertandingan akhir "Anda Boleh Jadi Jutawan Power Root" musim kedua.

Berkat doa ibu, pensyarah muda dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Merlimau, Melaka itu akhirnya dinobatkan sebagai pemenang dan berjaya membawa pulang Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM1 juta.

"Sebaik pulang, saya terus memaklumkan ibu yang ketika itu sudah tidak lagi mampu bersuara, beliau hanya mengangguk menyatakan kesyukuran dan kegembiraannya.

"Dua hari selepas itu, ibu meninggal dunia. Namun saya puas kerana berjaya menunaikan impiannya untuk melihat saya menang pertandingan itu dan menjadi jutawan pada usia muda," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima replika sijil simpanan tersebut yang disampaikan oleh Pengerusi Kumpulan Power Root, Tengku Shamsulbhari Tengku Azman Shah di sebuah hotel di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Kumpulan, See Thuan Po serta duta Power Root, Rosyam Nor dan Farah Diana.

Selain Md. Zaidil Adha, sembilan lagi peserta akhir peraduan itu turut menerima hadiah berupa Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM10,000 setiap seorang.

Pusingan akhir peraduan itu disiarkan secara langsung di TV3 pada 31 Januari lalu.

Md. Zaidil Adha memberitahu, dia akan berkongsi hadiah yang dimenanginya itu dengan lima adik-beradik isterinya yang turut berkongsi mengeluarkan modal bagi membolehkannya menyertai pertandingan itu.

"Kami berenam menghabiskan kira-kira RM1,000 untuk mengumpul bukti pembelian Power Root.

"Saya bukannya penyumbang terbanyak tetapi kami berpakat untuk meletakkan nama saya selaku peserta peraduan ini.

"Selain berkongsi bersama mereka, saya juga kini merancang untuk memiliki sebuah banglo di Melaka selain mengadakan kenduri kesyukuran," ujarnya.

- UTUSAN

Recent Posts