Memaparkan catatan dengan label Peperiksaan SPA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peperiksaan SPA. Papar semua catatan

Rabu, Mei 15, 2013

FORMAT DAN CONTOH SOALAN EXAM / PEPERIKSAAN PENOLONG JURUAUDIT W27


FORMAT DAN CONTOH SOALAN EXAM PENOLONG JURUAUDIT W27

SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

Masa : 40 minit
Soalan : 50


Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/tanah/daerah/tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan. Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.


Jabatan-jabatan yang terdapat di peringkat negeri dibahagi kepada dua jenis iaitu:

A.  Jabatan Negeri dan Jabatan Pusat
B.  Jabatan Negeri dan Jabatan Daerah
C.  Jabatan Negeri dan cawangan Jabatan Persekutuan
D.  Jabatan Persekutuan dan Jabatan daerah
E.  Jabatan Pusat dan Jabatan Negeri




SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 minit
Soalan : 40

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;
(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.
(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

Calon-calon siswazah jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Apakah nombor seterusnya dalam susunan berikut:

266, 196, 256, 169, x

A.  512
B.  72
C.  147
D.  256




TIPS MENJAWAB SOALAN

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.

Soalan Objektif

(a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki Peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut.

(b) Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan dan 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Calon hendaklah membaca dan mengkaji kesemua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat.

(c) Bagi tujuan merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan sahaja.


“Selamat Maju Jaya”









Rabu, Mei 01, 2013

JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41




JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:

Peringkat Gaji Minimum - Gaji Maksimum

P1 : RM1,908.45 - RM5,466.95
P2 : RM2,015.37 - RM5,781.39
P3 : RM2,127.01 - RM6,122.73

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM225.00


Syarat Lantikan:


Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,908.45 ] atau
Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,112.86 ] dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di atas; atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Deskripsi Tugas:
Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.


PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41 : http://www.pembangunanmasyarakat.com/hop.php?ref=my



SOALAN EXAM PEPERIKSAAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT PEGAWAI

 

Khamis, April 11, 2013

TIPS DAN CONTOH SOALAN EXAM PTD

 

TIPS DAN CONTOH SOALAN EXAM PTD

Untuk mendapatkan Tips dan Contoh Soalan Peperiksaan Memasuki Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41, anda boleh mendapatkan Pakej Panduan Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - Tips PTD di : https://go.infotambahan.com/ptd-m41/28

SILA SHARE kepada rakan-rakan anda yang terlibat.

Untuk makluman anda, Pakej Tips PTD hanya dijual untuk tempoh terhad sahaja. Segala maklumat dan semua soalan-soalan yang terdapat di dalam pakej ini tidak akan anda perolehi di mana-mana kerana Pakej Tips PTD ini satu-satunya rujukan untuk Peperiksaan SPA. Beli dan buat simpanan untuk rujukan anda di masa depan.

Segera buat tempahan di : https://go.infotambahan.com/ptd-m41/28


FORMAT SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK - PTD M41

 

Khamis, Mac 21, 2013

50,000 kekosongan jawatan kerajaan melalui SPA dijangka diisi tahun 2013


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan lebih 50,000 kekosongan jawatan perkhidmatan awam akan diisi sepanjang tahun 2013 ini.

Pengerusinya Tan Sri Mahmood Adam berkata ini berikutan terdapat kumpulan penjawat awam yang berkhidmat sehingga umur 60 tahun akan bersara tahun ini.

"Tahun lepas pengambilan penjawat awam kira-kira 50,000, jadi, tahun ini saya percaya pengambilan akan lebih 50,000 kerana kebanyakan mereka yang dilanjutkan perkhidmatan sehingga 60 tahun akan pencen tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi interaksi SPA bersama Ketua Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun, Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan serta Karnival Kerjaya SPA di Kluang hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mahmood menggesa lulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang berminat untuk memasuki perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) supaya mengisi permohonan segera untuk menduduki peperiksaan pengambilan yang akan diadakan 13 April depan.

Beliau berkata sehingga kini lebih 70,000 pemohon sudah berdaftar untuk menduduki peperiksaan terbabit dengan mereka yang berminat perlu berdaftar di laman http://www.spa.gov.my.

Mengenai sesi interaksi yang dilakukan hari ini, Mahmood berkata ini merupakan kali pertama SPA turut menjemput beberapa persatuan yang mewakili masyarakat termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa, Persatuan Bekas Tentera, Usahanita dan Persatuan Imam Daerah Kluang.

"Sesi di Kluang hari ini merupakan jelajah kali ke-15 yang dilakukan SPA sejak Jun tahun lepas di seluruh negara. Ia bertujuan mendapatkan pelbagai maklum balas terhadap perkhidmatan yang ditawarkan SPA terutama pelaksanaan urusan pengambilan, perkhidmatan, naik pangkat dan tatatertib," katanya.

Sumber : BERNAMA





Selasa, Oktober 30, 2012

PANDUAN SOALAN EXAM PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN KP27

 


3 NOVEMBER 2012 ini akan diadakan Peperiksaan Penolong Penguasa IMIGRESEN Gred KP27. Anda boleh semak nama di : http://domino.spa.gov.my/sispek/jadual_am_PenImigresen.php?jawatan=Penolong%20Penguasa%20Imigresen%20Gred%20KP27&pemerolehan=SM20120024

Khas untuk peperiksaan ini, anda bernasib baik kerana ada rujukan khas untuk jawatan Penolong Penguasa IMIGRESEN Gred KP27.

Peluang tidak selalunya datang. Jadi jika anda dipanggil untuk peperiksaan Gred 27, jangan lepaskan peluang, terus sambar!

Cara nak lulus senang sahaja, 3 perkara!

1 - Buat persediaan
2 - Hadir peperiksaan
3 - Jawab soalan!

Tapi APA dan BAGAIMANA untuk buat persediaan?

Jawapannya ada di sini. Lengkap dengan NOTA, TIPS dan CONTOH SOALAN Peperiksaan. Terus ke: http://www.penolongimigresen.com/hop.php?ref=my



Jumaat, Oktober 26, 2012

JAWATAN PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN GRED KP27


JAWATAN PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN GRED KP27

Gred: KP27   
         
Kumpulan: Sokongan / Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)    
         
Kem/Jab: Jabatan Imigresen Malaysia

Gaji:

P1 : RM1,361.14 - RM3,454.53
P2 : RM1,439.77 - RM3,659.75
P3 : RM1,521.80 - RM3,871.59

Kadar Kenaikan Tahunan : RM145.00

Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
   
    LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN GRED KP27
    (a)     (i)     Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED KP27 [ Gaji Permulaan P1 : RM1,361.14 ]
               
          (ii)     Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
GRED KP27 [ Gaji Permulaan P1 : RM1,361.14 ]
               
          (iii)     diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
GRED KP27 [ Gaji Permulaan P1 : RM1,661.95 ]

     Deskripsi Tugas :    
       
    Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27
Bertanggungjawab dalam aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara.

Penguasa Imigresen Gred KP41
Bertanggungjawab dalam aspek operasi, penguatkuasaan, pencegahan dan keselamatan negara, latihan, penyelidikan, perancangan dan pembangunan.



Isnin, September 10, 2012

Saingan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41


INFO PEPERIKSAAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41 
http://www.pembangunanmasyarakat.com/hop.php?ref=my

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Ada satu perkara penting yang anda harus tahu, jumlah calon untuk peperiksaan 15 September ini agak ramai!

...tetapi

Atas pengalaman kami bersama calon untuk lebih 11 SESI PEPERIKSAAN SPA

...ramai yang TAK AKAN HADIR!


KENAPA?

Sebabnya ringkas, 16 September 'Hari Malaysia' jatuh pada hari Ahad dan cuti itu dibawa ke hari Isnin. Maka cuti agak lama termasuk Sabtu dan Ahad akan jadi 3 hari

Jadi?

Anda nampak kemungkinan lebih 60% calon yang dipanggil TAK AKAN HADIR? (pulang bercuti)


Anda SANGAT BERTUAH!


Peluang anda untuk jawatan ini sangat besar. Anda tak perlu lagi bersaing dengan calon yang ramai

Terima kasih cuti 'Hari Malaysia'


Anda LEBIH BERTUAH?


Lebih bertuah lagi apabila anda sudah menjumpai laman jualan ebook persediaan ini, dan melakukan pembelian

Anda akan berada dalam keadaan 'ADVANTAGE' berbanding calon lain kerana persediaan anda lebih baik daripada mereka!

Mereka BERTUAH kerana ramai calon bakal tidak hadir dan perlu bersaing dengan calon yang kurang ramai

Anda LEBIH BERTUAH kerana membuat pembelian dan mempunyai bahan persediaan yang lebih untuk bersaing dengan MEREKA

Nak jadi sekadar BERTUAH kerana 'Hari Malaysia'

atau..

Nak LEBIH BERTUAH? Jawapannya ada di sini,
tepuk dada tanya IMPIAN anda;

http://www.pembangunanmasyarakat.com/hop.php?ref=my


Salam kejayaan untuk anda!


p/s Kalau saya di tempat anda, saya pilih
untuk jadi LEBIH BERTUAH!

Berusaha lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa :)

INFO JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41
http://myadha.blogspot.com/2012/09/jawatan-pegawai-pembangunan-masyarakat.html


Selasa, September 04, 2012

JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:

Peringkat Gaji Minimum - Gaji Maksimum

P1 : RM1,908.45 - RM5,466.95
P2 : RM2,015.37 - RM5,781.39
P3 : RM2,127.01 - RM6,122.73

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM225.00


Syarat Lantikan:


Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,908.45 ] atau
Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan P1 : RM2,112.86 ] dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di atas; atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Deskripsi Tugas:
Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.


PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41 : http://www.pembangunanmasyarakat.com/hop.php?ref=my



Recent Posts