Memaparkan catatan dengan label Panduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Panduan. Papar semua catatan

Rabu, Mac 30, 2011

Panduan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam (SPA) Gred SS41

Calon-calon Pegawai Hal Ehwal Islam Gred SS41 yang telah dipanggil ke
peperiksaan SPA, boleh muat turun Panduan Peperiksaan tersebut di:
http://www.ziddu.com/download/14396183/PanduanExamPegawaiHalEhwalIslamPHEISS41.p\
df.html


Selamat berjaya diucapkan kepada semua calon yang terlibat :)

Selasa, Disember 28, 2010

Panduan Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Cara penyampaian/berkomunikasi:
Seseorang calon temuduga perlu mempunyai kemampuan untuk menyampaikan buah fikiran dan maksud dengan rasional, lojik, jelas, tepat dan padat. Selain itu, calon juga hendaklah fasih dan cekap dalam penggunaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Perlu mengetahui pengetahuan semasa/am:
Seseorang calon temuduga perlu mempunyai kepekaan, keprihatinan dan daya ingin tahu terhadap alam persekitaran hidup dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran serta politik dan dapat berbincang secara asas mengenainya dari pelbagai sudut pandangan dan perspektif.

SKOP TOPIK TEMUDUGA SPP:

TERAS PENDIDIKAN NEGARA
- Rukun Negara
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Wawasan 2020
- Islam Hadhari

KEMENTERIAN
- Kementerian Pelajaran Malaysia
- Kementerian Pengajian Tinggi

SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA
- Perkembangan Dasar & Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
- Perkembangan Pelajaran Masa Kini

SISTEM PELAJARAN MASA KINI
- Pendidikan Pra Sekolah
- Pendidikan Rendah
- Pendidikan Menengah
- Pendidikan Khas
- Program Pendidikan Khas
- Sekolah Sukan
- Sekolah Seni
- Pembestarian Sekolah
- Pendidikan Pasca Menengah & Institusi Pengajian Tinggi
- Pendidikan Swasta
- Pelan Induk Pendidikan

KURIKULUM
- Teori Pendidikan
- Kurikulum Prasekolah
- Kurikulum Baru Sekolah Rendah
- Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
- Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
- Pengurusan Kurikulum
- Program JQAF
- Kia2M

PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
- Asrama
- Skim Pinjaman Buku Teks
- Biasiswa dan Pinjaman
- Program Bersepadu Sekolah Sihat
- Program Pemakanan Sekolah
- Bimbingan dan Kaunseling
- Malaysia Teacher Standard
- PIBG
- Skim Baucer Tuisyen

PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
- Gerak Kerja Kokurikulum
- Sekolah Harapan Negara
- Hari Guru
- Projek Nilam
- Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
- Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran
- Malaysian Teacher Standard MTS

URUSAN PERKHIDMATAN
- Perintah-Perintah Am
- Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
- Arahan Perbendaharaan
- Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
- Arahan Perkhidmatan
- Akta Acara Kewangan
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

Selasa, November 16, 2010

Panduan Solat Sunat Hari Raya Korban / Haji (Aidil Adha)

Solat sunat Aidil Adha hukumnya sunat muakkad (sunat yang dituntut)

Panduan ringkas:

(1) Takbiratul ihram /Niat solat:

اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ للهِ تَعَالَي

" Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala" (untuk solat seorang diri).

اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ مأموما للهِ تَعَالَي

" Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala" (jika ikut imam - menjadi makmum).

اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ اماما ِللهِ تَعَالَي

" Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala" (jika jadi imam).


(2) Membaca doa iftitah.

(3) Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.



(4) Membaca fatihah dan surah al Akla.

(5) Rukuk dan sujud seperti biasa.

(6) Iktidal dan berdiri betul ( rakaat kedua ) takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.

(7) Membaca fatihah dan surah al Ghasyiyah.

(8) Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.

(9) Memberi salam.

(10) Disunatkan takbir dan doa,

(11) Membaca dua Khutbah. (sekiranya bersolat secara berjamaah)


Peringatan:

(a) Kalau imam telah berhenti takbir/bertasbih makmum hendaklah berhenti, begitu juga kalau imam terlebih takbir, makmum tidak perlu ikut sebaliknya menunggu.

(b)Takbir Hari Raya Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya (10hb. Zulhijjah ) sehinggalah selepas solat Asar ( 13hb. Zulhijjah ).

(c) Bacaan surah al.Akla dan al.Ghasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut. ( tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua )

(d) Orang yang terpaksa bertugas pada hari raya , disyorkan melaksanakan ibadat ini secara bersendirian, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja kerana ibadat ini hanya dapat dilakukan setahun dua kali sahaja. ( Aidil Fitri dan Aidil Adha )

(e) Tidak disunatkan makan sebelum pergi solat hari raya Aidil Adha (berbeza dengan solat sunat Aidil Fitri - sunat makan terlebih dahulu)

Sekian. Wallahu aklam . Wassalam.


TAKBIR RAYA

Isnin, Ogos 23, 2010

Kit ilmu perjalanan pulang ke kampung


Tiada siapa yang mahu sambutan Syawal diratapi dengan pemergian insan tersayang. Namun graf kemalangan yang melibatkan nyawa menunjukkan peningkatan. Itu perihal realistik yang berlaku saban tahun walaupun pelbagai kempen keselamatan dijalankan.

Perasaan teruja tatkala melangkah keluar dari rumah untuk pulang ke kampung halaman sebenarnya perlu diiringi doa.

Menyedari hakikat itu, Asyik Ngaji Production bersama pengedarnya SN Resources tampil memperkenalkan sebuah set kit ilmu bagi mempermudahkan perjalanan ketika pulang ke kampung.

Pengurus SN Resources, Selly Navista Nasrun menjelaskan kit tersebut mengandungi bahan-bahan berunsurkan kata-kata nasihat, peringatan, bacaan doa, zikir tasbih, ayat-ayat al-Quran dan takbir raya.

"Kami memperkenalkan tiga kaedah mudah sebagai peringatan iaitu melalui buku, cakera padat (CD) dan magnet peti sejuk yang mempunyai cara penyampaian yang berbeza tetapi tujuan yang sama.

"Ia dirangkumkan bersama dalam setiap pembelian dan dijual pada harga RM15.90," katanya kepada Kosmo! di pejabatnya di Puchong, Selangor baru-baru ini.

Menyokong usaha Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan pengurusan lebuh raya dalam mengurangkan kadar kemalangan ketika musim perayaan, pihaknya juga tampil memperkenalkan kaedah baru secara Islamik sejajar dengan usaha melalui kaedah rohani.

"Langkah yang diambil oleh JPJ dan PLUS banyak membantu mengurangkan masalah itu, namun pihak kami juga mempunyai tanggungjawab untuk turut serta," kata Selly Navista.

Dengan sasaran jualan sebanyak 10,000 unit menjelang Syawal, produk yang menampilkan penyanyi daripada kumpulan Raihan, Amran Ibrahim akan mengalunkan takbir Aidilfitri itu telah pun terjual sebanyak 2,500 unit selepas sebulan berada di pasaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk yang ditampilkan bersama sebuah buku bersaiz mini bertajuk, Tips Keselamatan Jalan Raya Secara Islamik, CD dan magnet peti sejuk itu, layari laman web www.jalanjalancaraislam.com. atau hubungi 019-293 6408.

Ahad, Ogos 15, 2010

Memandu Dengan Tabiat Negatif

Ramai orang kerap meletakkan kesalahan tragedi kemalangan jalan raya kerana pelbagai faktor persekitaran, sedangkan sebahagian besarnya adalah berpunca daripada diri sendiri.

Tahukah anda bahawa kebanyakan pemandu hari ini hanya menggunakan separuh daripada kemahiran mereka semasa memandu di jalan raya?

Usah terkejut, kerana itu adalah realiti. Dorongan itu terjadi berikutan naluri semula jadi manusia yang memberi input salah tentang apa yang sepatutnya dilakukan semasa memandu.

Menggunakan telefon bimbit, menaip teks khidmat pesanan ringkas (SMS), membetulkan siaran radio dan juga mencari arah menerusi sistem navigasi ketika kereta sedang bergerak. Malah ada yang boleh makan, minum serta bersolek ketika memandu.

Memandu memang tidak sukar lebih lagi kenderaan moden yang dilengkapi dengan pelbagai ciri contohnya kenderaan automatik.Kini, jurutera GM di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa universiti di Jepun sedang merancang mengurangkan keterlibatan manusia dalam mengendalikan kenderaan.

Mereka cuba menjadikan sistem automasi berfungsi sepenuhnya. Daripada lebuh raya yang membolehkan kereta dipandu tanpa memegang stereng, hinggalah ujian pergerakan mekanikal yang diintegrasikan bersama sistem GPS. Desakan itu timbul berikutan sebahagian besar faktor kemalangan yang berlaku berpunca daripada kesilapan manusia.

Secara relatifnya, semua orang dewasa boleh memandu. Namun, apa yang membezakan pemandu yang cekap dan sebaliknya adalah corak pemanduan. Cekap, bukan semestinya anda seorang pelumba litar atau pemandu ujian seperti Tiff Needell atau Quentin Willson. Kecekapan pemanduan berdasarkan naluri dan keupayaan mengesan sesuatu kecelakaan beberapa saat sebelum ia berlaku. Perbezaan jumlah saat itu kadangkala menentukan sama ada anda mampu atau tidak menyerap kemalangan, mengelak kemalangan atau terus sahaja menghentam dengan momentum penuh.

Kurang konsentrasi

Kesilapan yang sering berpunca daripada manusia adalah kurangnya konsentrasi semasa memandu. Jika anda menggunakan telefon bimbit dengan kit bebas tangan sekalipun, sebenarnya tumpuan memandu kini terbahagi kepada dua situasi yang berbeza.Malah, beberapa kajian mendapati konsentrasi memandu boleh hilang sehingga 70 peratus ketika berbual menerusi talian, tidak kira sama ada menggunakan kit bebas tangan atau sebaliknya.

Pernahkah anda terlepas memasuki simpang jalan kerana sibuk berbual dengan rakan sebelah? Ini adalah contoh jelas mengenai konsentrasi yang terganggu. Konsentrasi bukan sahaja melibatkan mata. Ia berkaitan dengan naluri dan keupayaan deria lain untuk berinteraksi bersama sewaktu memandu.

Tali pinggang keledar

Ingat, secanggih manapun kenderaan ia tidak akan berfungsi menyelamatkan pemandu jika anda mengabaikan fakta keselamatan yang telah disediakan secara asas. Setiap komponen perlu berhubung untuk memastikan setiap satunya berfungsi menyelamatkan pemandu ketika kemalangan.

Beg udara, jika pengeluar kenderaan memasang 30 unit sekalipun tidak akan berguna sekiranya tali pinggang keledar tidak dipakai.Tragedi kemalangan Mercedes Puteri Diana pada tahun 1998 adalah antara contoh komponen semudah tali pinggang keledar mampu menyelamatkan nyawa.

Daripada empat orang yang berada di dalam kereta, Puteri Diana, Dodi Al Fayed dan pemandu-Henri Paul hanya Trevor rees-Jones (pengawal peribadi Dody Fayed) yang terselamat dalam kejadian tersebut.

Sebabnya, hanya Jones yang memakai tali pinggang keledar. Ringkasnya, untuk menjadi seorang pemandu yang cekap, semuanya harus bermula daripada asas. Pakai tali pinggang keselamatan, tidak kira anda duduk di barisan mana sekalipun.Kerusi, cermin belakang dan titik buta

Sebaik melabuhkan punggung ke kerusi kenderaan, perkara utama yang perlu dilakukan adalah melaras tempat duduk mengikut kedudukan yang sesuai dan selesa. Selesa bukan bermaksud dalam kedudukan seperti di kerusi malas.

Selesa maksudnya anda mempunyai genggaman stereng yang kemas, jarak kaki menekan kesemua pedal yang betul, selain ketinggian sesuai dengan tahap penglihatan depan serta kedudukan stereng yang sepatutnya.

Kemudian, laraskan ketiga-tiga cermin pandang belakang agar mendapat sudut pandangan yang sesuai. Cermin kiri dan kanan perlu berada dalam posisi yang memberi perspektif pandangan secukupnya dan meminimumkan titik buta.

Hidupkan suis penghawa dingin, audio dan laras sistem navigasi, sebelum memakai tali pinggang keledar dengan kemas. Sekarang anda sudah bersedia untuk memandu.

Pemandu yang cekap juga bermaksud pemandu mengawal kereta dan bukannya kereta yang mengawal pemandu. Kawalan terletak 100 peratus pada tubuh badan anda dan gunakan sebaiknya segala fungsi yang ada pada kereta.

Jangan lupa memberikan isyarat membelok untuk keluar masuk simpang dan menukar lorong. Jangan lupa menggunakan cermin pandang belakang yang anda laras tadi sebelum menukar sebarang haluan kenderaan.

Kelajuan mengikut situasi

Latih diri untuk menduga apa yang berlaku dan akan berlaku di hadapan anda. Bayangkan perspektif pemanduan melebihi sempadan. Di hadapan anda mungkin sebuah kereta Perodua Kancil dan ingat, bukan hanya Kancil sahaja yang perlu anda perhatikan. Jangkakan juga dua atau tiga kenderaan di hadapan anda.

Ketika melalui selekoh yang panjang atau jalan berbukit, pandu dalam kelajuan yang sesuai agar anda mempunyai masa secukupnya untuk membrek sekiranya terdapat halangan di hadapan.

Kelajuan yang sesuai bukan bermaksud 20km/sejam di jalan yang berkelebaran 15 kaki. Anda mungkin dilanggar dari belakang jika memandu terlalu perlahan. Kelajuan yang sesuai juga adalah berdasarkan situasi dan cuaca.

Jalan berbukit juga antara faktor yang sering menyebabkan kemalangan. Ia berikutan titik buta yang terjadi akibat halangan geografi. Sekarang, anda sudah mendapat perspektif betul bagaimana seharusnya memandu dengan cara yang selamat.

Ingat, jika semua orang di jalan raya mengamalkan corak pemanduan serupa, akhirnya jalan raya akan menjadi tempat yang lebih selamat.

Bertoleransi sesama pemandu. Anda tidak perlu membayar cukai jalan berganda kerana mengangkat tangan meminta maaf sekiranya membuat silap.

Tiada siapa yang sempurna semasa memandu, namun akhirnya anda akan menjadi semakin cekap jika mengamalkan corak pemanduan yang betul. Bukankah itu bagus untuk kita semua?

Kredit - Hazril

Sabtu, Ogos 07, 2010

TIPU elak jadi mangsa pelaburan haram

Oleh Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC)

Orang ramai yang berminat dengan pelbagai tawaran skim pelaburan diingatkan lebih bijak membuat pilihan mengenal pasti ciri-ciri syarikat pelaburan haram menggunakan formula khas T.I.P.U bagi membolehkan mereka membuat penilaian awal sebelum melaburkan wang.

Formula TIPU itu adalah berasaskan konsep Tidak akan rugi?; Indah khabar daripada rupa; Peluang hanya sekali dan Untung besar.

Kebanyakan syarikat pelaburan akan memberi jaminan pelabur tidak akan rugi bahkan menawar pulangan serta-merta 20 peratus daripada nilai pelaburan setiap bulan, sedangkan ia hanya janji kosong.

Janji yang ditabur syarikat pelaburan haram sebenarnya indah khabar daripada rupa kerana jaminan pulangan tinggi tanpa sebarang risiko kewangan sebenarnya tidak logik seolah-olah pelaburan mereka dijamin sepenuhnya akan untung.

Istilah peluang hanya sekali diakui sering diutarakan syarikat pelaburan bagi memastikan mangsa mereka membuat keputusan cepat tanpa berfikir panjang. Mereka biasanya akan menghebahkan istilah ‘melaburlah sekarang atau anda akan ketinggalan dan kerugian’.

Jaminan bakal mendapat untung besar dalam masa singkat sebenarnya tidak wujud kerana syarikat itu, pada hakikatnya hanya menjalankan satu urus niaga tunai secara tergesa-gesa bagi mengelakkan tembelang mereka terbongkar.
Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) yang memperkenalkan formula itu menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan panduan pelaburan secara bijak dengan menyemak maklumat di laman web pelabur Malaysia, www.min.com.my

“Ramai yang terpedaya dengan skim pelaburan menipu tetapi jumlah yang berani membuat aduan terlalu kecil. Mereka beranggapan hanya kurang bernasib baik dan menyerahkan kepada takdir tanpa membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Sikap acuh tidak acuh inilah sebenarnya menggalakkan skim pelaburan semakin bercambah. Jika ada kerjasama daripada mangsa, ia sebenarnya boleh membantu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) membanteras kegiatan mereka sebelum orang lain terkena,” kata jurucakap SIDC.

Beliau mengingatkan bakal pelabur yang mengesan tanda-tanda wujudnya satu daripada unsur TIPU dalam mana-mana tawaran dan mengesyaki ia suatu skim yang mencurigakan, perlu segera membuat laporan.

Bagi mengelakkan ditipu, pelabur dinasihatkan supaya menggunakan pendekatan C.E.L.I.K. bagi memudahkan mereka mengenal pasti pelaburan tidak sah. Konsep CELIK itu adalah berasaskan pendekatan Curiga; Elak emosi; Lesen; Informasi dan Kuat semangat sebelum membuat sebarang keputusan untuk melabur.

Perasaan curiga perlu ada dalam diri kerana ia sebagai langkah berwaspada dengan terus mempercayai apa didengar. Jika sesuatu itu nampak seperti sukar dipercayai, biasanya ia tidak boleh dipercayai.

Bagi membantu orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan, SIDC turut menganjurkan Seminar Bijak Mengurus Wang yang diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan hari ini secara percuma.

Pelabur juga dinasihatkan supaya sentiasa bersabar dan tidak beremosi apabila melabur kerana ia akan menentukan sebarang keputusan yang diambil. Paling penting, periksa lesen atau mendapatkan pengesahan kuasa pihak yang menawarkan pelaburan atau menyemak dengan SC.

“Informasi adalah senjata yang sesuai menghadapi penipuan. Jangan sesekali melabur melainkan selepas mendapat maklumat tepat, bebas dan dipercayai. Jika masih ragu, dapatkan pengesahan SC.

“Semua keputusan itu memerlukan semangat yang kuat. Jangan mudah terpedaya dengan taktik jualan yang nampak menarik, jangan tamak atau terikut dengan pilihan ramai. Buat keputusan berasaskan objektif kewangan dan profil risiko,” katanya.

Perlu diketahui, jika terlepas satu peluang, masih banyak peluang lain kerana sememangnya wujud banyak pelaburan tulen yang sah.

- BERITA HARIAN

Khamis, Ogos 05, 2010

6 Cara Penjagaan Tayar Kenderaan

Tayar komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.

Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.

Pertama
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

Kedua
Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).

Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.

Ketiga
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

Keempat
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

Kelima
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

Keenam
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.

Kredit - Ridam

Sabtu, Januari 10, 2009

Apa Yang Penunggang Motosikal Perlu Tahu?

Topi keledar Menyelamatkan Nyawa

Topi keledar adalah perlindungan terbaik anda. Pakailah sepanjang masa tidak kira berapa dekat perjalanan anda - ia mungkin menyelamatkan nyawa anda. Ikatlah topi keledar anda betul-betul. Anda tidak dilindungi sepenuhnya jika tidak mengikatnya dengan ketat. Pasikan topi keledar anda memenuhi piawaian keselamatan SIRIM. Gantikannye jika rosak atau telah mengalami kemalangan kerana ianya tidak lagi selamat digunakan. Belilah Topi keledar yang benar-benar muat untuk memastikan keselesaandan perlindungan maksimum anak-anak anda. Kanak-kanak perlu memakai topi keledar kanak-kanak - bukannya topi orang dewasa.

Merah Tanda Berhenti

Melanggar lampu merah membahayakan semua pengguna jalan raya termasuk diri anda. Sama ada terlambat, tergesa-gesa atau merasakan "selamat" bukanlah sebab untuk melakukannya. Penantian selama beberapa saat boleh menyelamatkan nyawa anda. Berhentilah di lampu isyarat merah. Hargailah nyawa anda.

Ikut Satu Laluan

Menunggang sambil mencelah-celah kenderaan meningkatkan risiko maut setiap kali anda memotong kenderaan. Anda mungkin merasakab mencelah kenderaan cara yang paling cepat untuk sampai ke destinasi anda. Sedarlah bahawa sebenarnya cara ini amat bahaya. Pengguna jalan raya yang lain mungkin terkejut jika anda muncul secara tiba-tiba dihadapan mereka. Mereka mungkin tidak dapat menjangkakan pergerakan anda dan mungkin mempercepatkan kenderaan atau bertukar laluan tanpa dijangka. Ini bukan sahaja membahayakan anda malah para penunggang lain yang tergesa-gesa perlu bertukar arah untuk mengelakkan anda. Gunakan laluan motosikal jika ada. Jika anda perlu menukar laluan, berilah isyarat yang jelas kepada pengguna jalan raya yang lain. Pasang lampu isyarat dan lambaikan tangan anda ke arah laluan yang anda ingin tukar. Isyarat yang awal memberi masa kepada pengguna lain melihat dan bertindak balas terhadap tujuan anda.

Berpakaian Cerah Boleh Menyelamatkan Anda

Pakaian memainkan peranan penting bagi penunggang motosikal. Pakaian yang mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain meningkatkan tahap keselamatan anda. Anda perlu memakai warna yang terang seperti jaket dengan pemantul cahaya pada waktu siang dan malam. Jangan memakai pakaian yang gelap. Anda juga disyorkan memakai jaket, seluar panjang, dan sarung tangan dapat membantu melindungi anda jika terjatuh. Elakkan daripada memakai seluar pendek, skirt dan selipar ketika menunggang.

Kelajuan Boleh Membunuh

Memandu laju adalah pembunuh terbesar di jalan raya. Memecut menjemput bahaya. Sentiasa patuhi had laju. Tungganglah pada kelajuan yang membolehkan anda memperlahankan atau menghentikan motosikal anda sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Berhati-hatilah dalam cuaca atau keadaan jalan raya yang buruk seperti hujan atau kabus.