Memaparkan catatan dengan label Kemasukan Pelajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemasukan Pelajar. Papar semua catatan

Isnin, Mei 07, 2012

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE IPTA/ POLITEKNIK PRIMIER (LEPASAN SPM) SESI 2012


SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA/POLITEKNIK PREMIER LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013
Semakan Status Keputusan Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier Sesi 2012 bagi Program Pengajian Lepasan SPM/ Setaraf boleh disemak mulai 7 Mei 2012 (Isnin) jam 12.00 tengah hari melalui laman web berikut:

ATAU melalui SMS. Sila taip: UPU RESULT [No. KP] dan SMS ke 15888

Unit Pusat Universiti (UPU)
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
http://upu.mohe.gov.my/

KEPUTUSAN KEMASUKAN KE  UM, UKM dan UPM.

Status keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya boleh diketahui mulai 7 Mei 2012. Begitu keputusan permohonan ke Universiti Putra Malaysia (UPM).

Semakan boleh dilakukan melalui laman web http://www.um.edu.my/kemasukan, http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran dan http://www.smp.upm.edu.my/tawaran bagi program Asasi Sains, Asasi Pengajian Islam di UM, program Asasi Pintar di UKM dan program Asasi Sains Pertanian dan diploma di UPM.

Calon yang berjaya boleh menyemak maklumat tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) masing-masing untuk membuat pengesahan dalam tempoh tujuh hari bekerja bermula esok hingga 15 Mei ini.

Tarikh pendaftaran penuntut baru ke program Asasi Pintar UKM adalah pada 23 Mei bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi, program Asasi Sains dan Asasi Pengajian Islam UM pada 27 Mei, manakala program Asasi Sains Pertanian pada 17 Mei di UPM, Serdang dan diploma pada 7 Jun di UPM, Kampus Bintulu.

- BERNAMA

Isnin, April 30, 2012

Panggilan Temuduga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) KPLSPM Ambilan Jun 2012

Semakan Keputusan Panggilan Temuduga  bagi  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012 untuk Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh dibuat di : http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmjun2012/temuduga/login.cfm

Bahagian Pendidikan Guru
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
http://www.moe.gov.my

Khamis, April 26, 2012

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Bagi Lulusan Unified Examination Certificate (Uec) Ambilan Jun 2012



PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP)
BAGI LULUSAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC)
 AMBILAN KHAS JUN 2012
   
      Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon UEC yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program seperti berikut    
      1     KETERANGAN PROGRAM    
           
Nama Program     :     Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah     :     Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
(Bahasa Cina Pendidikan Rendah)
Mod Kursus     :     Sepenuh Masa
   
     
     
      2     STRUKTUR PROGRAM    
            2.1     Program Persediaan (Lapan Belas(18) Bulan/Tiga(3) Semester)    
            2.2     Program Ijazah (Empat (4) Tahun/Lapan(8) Semester)    
                       
      3     SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS    
            3.1     Warganegara Malaysia.    
            3.2    

Umur   tidak   melebihi   20   tahun  pada   30 Jun 2012  iaitu  lahir  pada
atau selepas  30 Jun 1992.
   
            3.3     Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.    
            3.4     Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.    
            3.5     Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memiliki sekurangt-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.    
                 


   
      4     SYARAT TAMBAHAN    
            4.1     Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)    
                  4.1.1     Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) perlu memiliki    
                          sekurang-kurangnya  tiga (3) kepujian  di  peringkat  Sijil  Senior  Middle     
                          Level (UEC-SML).    
                     
                     
      5.     PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN    
            5.1     Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Bahasa Cina Pendidikan Rendah)

   
                  5.1.1        Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.    

                  5.1.2        Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas(18) bulan/tiga(3) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.    

                  5.1.3        Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat(4) tahun/lapan(8) semester di IPG  yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.    

                  5.1.4     Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti LULUS dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:

i - Bahasa Melayu Komunikasi;
ii - Sejarah; dan
iii - Pendidikan Moral.
   

                       
           
      6.     CARA MEMOHON    
            6.1     Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 23 April 2012.    
            6.2     Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan
Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) mulai 23 April 2012. Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.    
            6.3     Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.    
            6.4     Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.    
            6.5     Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.    
            6.6     Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.    
                       
      7.     TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 02 MEI 2012 (RABU/11:59 MALAM)


APLIKASI PERMOHONAN : http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmjun2012/iklan-permohonan-uec.cfm


Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Bagi Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU) Ambilan Jun 2012



PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP)
BAGI LULUSAN SIJIL MENENGAH AGAMA(SMA) ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA(SMU)
 AMBILAN KHAS JUN 2012
   
      Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon SMA atau SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program seperti berikut    
      1     KETERANGAN PROGRAM    
           
Nama Program     :     Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah     :     Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
(Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
Mod Kursus     :     Sepenuh Masa
   
     
     
      2     STRUKTUR PROGRAM    
            2.1     Program Persediaan (Lapan Belas(18) Bulan/Tiga(3) Semester)    
            2.2     Program Ijazah (Empat (4) Tahun/Lapan(8) Semester)    
                       
      3     SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS    
            3.1     Warganegara Malaysia.    
            3.2    

Umur   tidak   melebihi   20   tahun  pada   30 Jun 2012  iaitu  lahir  pada
atau selepas  30 Jun 1992.
   
            3.3     Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.    
            3.4     Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.    
            3.5     Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memiliki sekurangt-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.    
                 


   
      4     SYARAT TAMBAHAN    
            4.1     Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)    
                  4.1.1     Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama    
                          (SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian (JAYYID)    
                          dI peringkat SMA atau SMU.    
                     
                     
      5.     PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN    
            5.1     Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)    
                  5.1.1        Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.    

                  5.1.2        Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas(18) bulan/tiga(3) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.    

                  5.1.3        Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat(4) tahun/lapan(8) semester di IPG  yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.    

                  5.1.4     Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti LULUS
dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:

i - Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah;
ii - Sejarah; dan
iii - Pendidikan Syariah Islamiah.
   

                       
           
      6.     CARA MEMOHON    
            6.1     Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 23 April 2012.    
            6.2     Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan
Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) mulai 23 April 2012. Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.    
            6.3     Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.    
            6.4     Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.    
            6.5     Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.    
            6.6     Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.    
                       
      7.     TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 02 MEI 2012 (RABU/11:59 MALAM)


Rabu, April 25, 2012

Semakan Tawaran Matrikulasi KPM 2012/2013

Semakan dan tawaran serta penempatan PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013 bagi calon-calon yang telah memohon pada tahun lepas (1 Julai hingga 10 Oktober 2011) boleh dibuat di: http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/

Pemohon yang BERJAYA diminta untuk menghubungi Kolej penempatan atau layari laman sesawang kolej penempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan sebagainya. Pemohon yang ditawarkan perlu mencetak semua dokumen sebelum mendaftar.

Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat terus melalui laman sesawang yang sama mulai 25 April hingga 13 Mei 2012. Sebarang rayauan selepas 13 Mei 2012 tidak akan dipertimbangkan. Talian bantuan yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang masalah 03-88844040/4036/4083.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
http://www.moe.gov.my/



Jumaat, April 20, 2012

Keputusan Kemasukan Matrikulasi Diumum 25 April 2012

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya untuk mengikuti program matrikulasi bagi sesi 2011/2012 pada 25 April 2012 (Rabu).

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang membuat permohonan sebelum tarikh tutup 10 Okt, 2011 boleh menyemak keputusan mereka di laman web KPM di www.moe.gov.my.

Pendaftaran pelajar untuk program matrikulasi akan diadakan pada 28 Mei ini dan pelajar yang berjaya dikehendaki mencetak sendiri surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen peribadi pelajar dan borang perjanjian pelajar (dua salinan).

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat di laman web KPM yang sama mulai 25 April hingga 13 Mei.

- BERNAMA

Selasa, Mac 20, 2012

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012 sasar 30,000 pengunjung


Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia menyasarkan 30,000 pengunjung akan hadir ke Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) kampus Shah Alam selama dua hari bermula 24 Mac ini.

Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Pengambilan UiTM, Mohd. Nizam Nordin berkata, ekspo edisi kelima membabitkan 24 buah fakulti itu diadakan bagi memberi penerangan dan maklumat terperinci mengenai program-program pengajian sedia ada dan baharu yang ditawarkan oleh UiTM.

“Kami berharap pihak yang berminat terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi, dan diploma serta mereka yang berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dapat hadir ke ekspo tersebut.

“Pada ekspo tersebut calon-calon akan diminta menjalani Ujian Minat Kerjaya bagi menentukan kecenderungan dan kemampuan mereka memasuki kursus tertentu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nizam, melalui ekspo tersebut, UiTM juga akan memperkenalkan satu lagi kursus baharu iaitu Teknologi Agro bagi calon-calon yang berminat meneroka bidang pertanian moden.

“Pengenalan kursus baharu itu selaras dengan misi UiTM untuk menambah bilangan pelajar menduduki kursus yang mempunyai permintaan dalam pasaran kerja,” katanya.

Ekspo tersebut turut diadakan oleh kampus-kampus cawangan UiTM di seluruh negara bagi memudahkan ibu bapa dan para pelajar yang berada di luar kawasan Lembah Klang menghadirinya.

Lokasi yang telah dipilih ialah Seremban Parade, Negeri Sembilan; Kompleks Star, Perlis dan Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, juga pada 24 dan 25 Mac.

Pada tarikh sama, program tersebut turut diadakan Padang A, UiTM Perak; Star Parade dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Sungai Petani, Kedah; Perpustakaan Awam Kuala Terengganu, Terengganu; Dataran Segamat, Johor; Ruang Legar Bazar Kuala Semantan di Temerloh, Pahang; Kampus UiTM Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang dan UiTM Bandaraya Melaka.

Sementara itu, di Sabah, ekspo tersebut akan diadakan di Kompleks Makmal Sains dan Agroteknologi UiTM Sabah dan Sabinda Plaza, Tawau (24 hingga 25 Mac) manakala di Sarawak ia akan berlangsung di kompleks beli-belah The Spring, Kuching (23, 24 dan 25 Mac)