Jumaat, April 20, 2012

Keputusan Kemasukan Matrikulasi Diumum 25 April 2012

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya untuk mengikuti program matrikulasi bagi sesi 2011/2012 pada 25 April 2012 (Rabu).

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang membuat permohonan sebelum tarikh tutup 10 Okt, 2011 boleh menyemak keputusan mereka di laman web KPM di www.moe.gov.my.

Pendaftaran pelajar untuk program matrikulasi akan diadakan pada 28 Mei ini dan pelajar yang berjaya dikehendaki mencetak sendiri surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen peribadi pelajar dan borang perjanjian pelajar (dua salinan).

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat di laman web KPM yang sama mulai 25 April hingga 13 Mei.

- BERNAMA

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts