Memaparkan catatan dengan label Jawatan Kosong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jawatan Kosong. Papar semua catatan

Selasa, November 14, 2023

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 2023




Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagaimana berikut.

1. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19
Klasifikasi Perkhidmatan: Pengangkutan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/Jabatan: Jabatan Pengangkutan Jalan
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,362.00 - RM4,034.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Kekosongan : 145 Kekosongan

Tarikh tutup permohonan 14 November 2023 (Selasa).
Lokasi penempatan : JPJ Seluruh Malaysia (Semenanjung)
Sektor : Kerajaan

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan.
(Gaji permulaan pada Gred AB19: RM1,362.00) atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred AB19: RM1,362.00) atau
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred AB19: RM1,420.12) atau
(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred AB19: RM1,478.24)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Senarai Bidang Berkaitan Di Peringkat SVM Dan SKM

Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SVM dan SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).

Maklumat Tambahan

Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.

Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawahCalon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 14 November 2023 (Selasa), jam 11.59 malam.

Permohonan dan kemaskini jawatan secara online disini

Selasa, Oktober 17, 2023

Jawatan Kosong Konstabel Polis Gred YA1 Tahun 2023

 


Jawatan Kosong Konstabel Polis Gred YA1 Tahun 2023


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 28 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagaimana berikut.

1. Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki / Wanita) Awam Tahun 2023
Taraf Jawatan : Tetap
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Permohonan akan dibuka pada tarikh : 16 Oktober 2023 hingga 31 Oktober 2023

Pastikan maklumat peribadi, alamat semasa dan akademik dikemaskini sebelum menghantar permohon.

Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:

1. Masukan 'ID Pengguna' dan ‘Kata Laluan’;
2. Klik butang 'Log Masuk';
3. Klik butang 'Permohonan Baru';
4. Klik butang 'Pengesahan' untuk sahkan maklumat calon; dan
5. Klik butang 'Serah'.
6. Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668348/ 8347/ 8350/ 8351

Permohonan jawatan secara online di epengambilan PDRM disini

Selasa, September 19, 2023

Jawatan Kosong FAMA 2023

 



Jawatan Kosong FAMA 2023


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagaimana berikut.

1. Pembantu Awam H11

Tarikh tutup permohonan 26 September 2023 (Selasa).
Lokasi penempatan : FAMA Negeri Johor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan : Pembantu Awam Gred H11

Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji : RM1218.00 – RM2,939.00
Penempatan Bertugas : Pejabat FAMA Negeri Johor

Syarat Lantikan

(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1218.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/ Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kelayakan Tambahan

Calon yang memiliki kelayakan PT3/PMR seperti berikut adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan PT3/PMR seperti berikut:

Mendapat sekurang-kurangnya lulus (Gred E bagi PT3/Gred D bagi PMR) dalam empat (4) mata pelajaran lain termasuk Matematik.

Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbangkan untuk dilantik ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat-Syarat Umum

Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia.
Umur : Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Tempoh Percubaan : 1-3 Tahun.
Peperiksaan / Program Transformasi Minda : Pegawai dalam tempoh percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda (PTM).

Cara Memohon

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang FAMA 1-08p. Sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Sijil PT3/ PMR/ SRP dan Sijil-sijil persekolahan yang telah disahkan mengikut kelayakan yang disyaratkan.

(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing yang disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terakhir.

(d) Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.

Alamatkan permohonan kepada :

PENGARAH FAMA NEGERI
PEJABAT FAMA NEGERI JOHOR
LOT 6313, JALAN TARUKA
OFF JALAN DATIN HALIMAH
PETI SURAT 25
80700 JOHOR BAHRU
JOHOR

Sebelum atau pada 26 September 2023 (Selasa).

Catatan Am

1. Calon-calon diingatkan bahawa hanya mereka yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.

2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3. Sila gunakan satu (1) borang untuk jawatan yang dipohon.

Semasa Menghadiri Temuduga

Calon dikehendaki membawa bersama dokumen ASAL seperti berikut :

• Kad Pengenalan;
• Lesen Memandu dan GDL (Untuk Jawatan Pemandu Kenderaan Sahaja)
• Sijil Kelahiran;
• Sijil Kelulusan Persekolahan PMR/PT3/SPM/SPM (V);
• Ijazah / Diploma dan Transkrip / Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat pengajian;
• Siji-sijil Persekolahan
• Lain-lain kelayakan yang disyaratkan

Muat turun borang permohonan jawatan disini


Selasa, Julai 11, 2023

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2023

 


Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagaimana berikut.

Bil.Jawatan dan GredTaraf JawatanTarikh Tutup
1.Eksekutif Teknologi Maklumat F41Kontrak15 Julai 2023
2.Eksekutif Teknologi Maklumat FA29Kontrak15 Julai 2023
3.Penolong Pegawai Tadbir N29Tetap / Kontrak15 Julai 2023
4.Jururawat U29Tetap / Kontrak15 Julai 2023
5.Pembantu Laut A19Tetap / Kontrak15 Julai 2023
6.Pembantu Makmal C19Tetap / Kontrak15 Julai 2023
7.Pembantu Setiausaha Pejabat N19Tetap / Kontrak15 Julai 2023
8.Pembantu Tadbir (P/O) N19Tetap / Kontrak15 Julai 2023
9.Pembantu Awam (Penyelam Kolam) H11Kontrak15 Julai 2023
10.Pengawal Keselamatan KP11Tetap / Kontrak15 Julai 2023


Tarikh tutup permohonan 15 Julai 2023 (Sabtu).
Lokasi penempatan : UMT Terengganu.
Sektor : Berkanun/ Kerajaan

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online di laman Sistem Permohonan Jawatan myJob@UMT, sila ke pautan yang diberikan di bawah untuk membuat permohonan.

2. Permohonan jawatan boleh dibuat mulai 27 Jun 2023 (Selasa) dan ditutup pada 15 Julai 2023 (Sabtu).

3. Pemohon adalah disarankan membaca syarat-syarat kelayakan/lantikan dengan teliti sebelum membuat permohonan. Pemohon boleh memohon DUA (2) JAWATAN sahaja dalam satu iklan.

Iklan, syarat kelayakan dan permohonan jawatan secara online di sini

Sabtu, Julai 08, 2023

Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (UPM) 2023

 


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagaimana berikut.

Bil.Jawatan dan GredTaraf JawatanTarikh Tutup
1.Jurupulih Perubatan U29Tetap11 Julai 2023
2.Jururawat U29Tetap11 Julai 2023
3.Juruteknik Komputer FT19Tetap11 Julai 2023
4.Pegawai Dietetik U41Tetap11 Julai 2023
5.Pegawai Penyelidik Q47Tetap11 Julai 2023
6.Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41Tetap11 Julai 2023
7.Pegawai Perubatan UD43Tetap11 Julai 2023
8.Pegawai Sains C41Tetap11 Julai 2023
9.Pegawai Tadbir N41Tetap11 Julai 2023
10.Pembantu Kemahiran H19Tetap11 Julai 2023
11.Pembantu Keselamatan KP19Tetap11 Julai 2023
12.Pembantu Operasi N11Tetap11 Julai 2023
13.Pembantu Pembedahan Pergigian U19Tetap11 Julai 2023
14.Pembantu Pustakawan S19Tetap11 Julai 2023
15.Pembantu Setiausaha Pejabat N19Tetap11 Julai 2023
16.Pembantu Tadbir (Kewangan) W19Tetap11 Julai 2023
17.Pembantu Tadbir (P/O) N19Tetap11 Julai 2023
18.Pengawal Keselamatan KP29Tetap11 Julai 2023
19.Penolong Pegawai Keselamatan KP29Tetap11 Julai 2023
20.Penolong Pegawai Pertanian G29Tetap11 Julai 2023
21.Penolong Pegawai Sains C29Tetap11 Julai 2023
22.Penolong Pegawai Tadbir N29Tetap11 Julai 2023
23.Penolong Pegawai Veterinar G29Tetap11 Julai 2023
24.Penolong Pustakawan S29Tetap11 Julai 2023
25.Pereka B41Tetap11 Julai 2023

Tarikh tutup permohonan 11 Julai 2023 (Selasa).
Lokasi penempatan : UPM Pelbagai Negeri.
Sektor : Kerajaan

1. Calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohnoan jawatan secara online di laman eJobs UPM (sila kepautan yang diberikan di bawah).

2. Semua pemohon perlu membuat pembelian nombor pin bagi setiap permohonan baru

3. Hanya maklumat permohonan yang LENGKAP dan BETUL sahaja akan dipilih dalam penyaringan.

4. Hanya calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

5. Status permohonan akan dimaklumkan melalui portal eJobs UPM.

6. Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, sila emelkan ke pendaftar_job@upm.edu.my.

Iklan dan permohonan jawatan secara online di sini

Rabu, Julai 05, 2023

Jawatan Kosong Inspektor Polis Gred YA13 Tahun 2023


 

Jawatan Kosong Inspektor Polis Gred YA13 Tahun 2023


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PhD) pada tarikh permohonan secara online adalah dipelawa memohon kekosongan jawatan di Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagaimana berikut.

1. Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/Wanita)

Tarikh tutup permohonan 10 Julai 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia.
Sektor : Kerajaan

Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/Wanita)

1. Skim Perkhidmatan bagi jawatan Inspektor Polis YA13 yang dikeluarkan melalui:

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

2. Syarat-syarat permohonan :-

a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;

b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PhD) pada tarikh permohonan secara online;

c). Kelayakan Akademik:

i). Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,502.00]; atau

ii). Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,646.88]; atau

iii). Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,792.63]; atau

iv). Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]: RM2,938.39; atau

v). Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau

vi). Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau

vii). Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,229.91]; atau

viii). Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau

ix). Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,375.67];

xii). Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

d). Kelayakan Fizikal :

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv). Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
v). Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
vi). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Diskripsi Tugas

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara;

Kelayakan Gaji

Gaji Minimum - Maksimum : RM2,502.00 - RM9,803.00
Kadar kenaikan gaji tahunan : RM230.00

Elaun dan Kemudahan

Elaun Tetap Perumahan : RM 450
Elaun Cola : RM100 - RM 350
Elaun Khidmat Awam : RM 300
Elaun Khas PDRM : RM 200
Elaun Seragam : RM 500
Elaun Istiadat ( 3 tahun sekali) : RM 3050
Elaun Kasut : RM 300

Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima

Cara Memohon

1. Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan pada tarikh seperti berikut : 26 Jun 2023 hingga 10 Julai 2023

2. Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan :

1) Masukan 'ID Pengguna' dan 'Kata Laluan';
2) Klik butang 'Log Masuk';
3) Klik butang 'Permohonan Baru';
4) Klik butang 'Pengesahan' untuk sahkan maklumat calon; dan
5) Klik butang 'Serah'.

3. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668348/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di laman media sosial IG dan FB Unit Pengambilan PDRM

Permohonan jawatan secara online di ePengambilan PDRM di sini (https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/)

Selasa, Julai 04, 2023

Sabtu, Jun 10, 2023

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Pahang (UMP)

 


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai :

GURU BAHASA 
PENSYARAH UNIVERSITI
PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19
PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP29
PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29


Tarikh Tutup : 12 JUN 2023