Jawatan Kosong Konstabel Polis Gred YA1 Tahun 2023
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 28 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagaimana berikut.
1. Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki / Wanita) Awam Tahun 2023
Taraf Jawatan : Tetap
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Permohonan akan dibuka pada tarikh : 16 Oktober 2023 hingga 31 Oktober 2023
Pastikan maklumat peribadi, alamat semasa dan akademik dikemaskini sebelum menghantar permohon.
Setelah mendaftar di dalam portal e-Pengambilan Polis Diraja Malaysia, sila ikuti langkah berikut untuk membuat permohonan:
1. Masukan 'ID Pengguna' dan ‘Kata Laluan’;
2. Klik butang 'Log Masuk';
3. Klik butang 'Permohonan Baru';
4. Klik butang 'Pengesahan' untuk sahkan maklumat calon; dan
5. Klik butang 'Serah'.
6. Pemohon akan menerima notifikasi permohonan telah berjaya dihantar.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan pengaktifan e-mail dan lupa kata laluan, sila berhubung di talian 03-22668348/ 8347/ 8350/ 8351
Permohonan jawatan secara online di epengambilan PDRM
disini
MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)
Blogger Informasi, Kewangan, Motivasi, Agama, Kerjaya dan Pendidikan.
Facebook : Adha Zain
Jawatan Kosong,konstabel,PDRM,Polis