Selasa, September 19, 2023

Jawatan Kosong FAMA 2023

 



Jawatan Kosong FAMA 2023


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagaimana berikut.

1. Pembantu Awam H11

Tarikh tutup permohonan 26 September 2023 (Selasa).
Lokasi penempatan : FAMA Negeri Johor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan : Pembantu Awam Gred H11

Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji : RM1218.00 – RM2,939.00
Penempatan Bertugas : Pejabat FAMA Negeri Johor

Syarat Lantikan

(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1218.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/ Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kelayakan Tambahan

Calon yang memiliki kelayakan PT3/PMR seperti berikut adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan PT3/PMR seperti berikut:

Mendapat sekurang-kurangnya lulus (Gred E bagi PT3/Gred D bagi PMR) dalam empat (4) mata pelajaran lain termasuk Matematik.

Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbangkan untuk dilantik ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat-Syarat Umum

Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia.
Umur : Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Tempoh Percubaan : 1-3 Tahun.
Peperiksaan / Program Transformasi Minda : Pegawai dalam tempoh percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda (PTM).

Cara Memohon

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang FAMA 1-08p. Sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Sijil PT3/ PMR/ SRP dan Sijil-sijil persekolahan yang telah disahkan mengikut kelayakan yang disyaratkan.

(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing yang disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terakhir.

(d) Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.

Alamatkan permohonan kepada :

PENGARAH FAMA NEGERI
PEJABAT FAMA NEGERI JOHOR
LOT 6313, JALAN TARUKA
OFF JALAN DATIN HALIMAH
PETI SURAT 25
80700 JOHOR BAHRU
JOHOR

Sebelum atau pada 26 September 2023 (Selasa).

Catatan Am

1. Calon-calon diingatkan bahawa hanya mereka yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.

2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3. Sila gunakan satu (1) borang untuk jawatan yang dipohon.

Semasa Menghadiri Temuduga

Calon dikehendaki membawa bersama dokumen ASAL seperti berikut :

• Kad Pengenalan;
• Lesen Memandu dan GDL (Untuk Jawatan Pemandu Kenderaan Sahaja)
• Sijil Kelahiran;
• Sijil Kelulusan Persekolahan PMR/PT3/SPM/SPM (V);
• Ijazah / Diploma dan Transkrip / Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat pengajian;
• Siji-sijil Persekolahan
• Lain-lain kelayakan yang disyaratkan

Muat turun borang permohonan jawatan disini


0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts