Memaparkan catatan dengan label Gred S41. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gred S41. Papar semua catatan

Selasa, Mac 25, 2014

Jawatan Pegawai Arkib Gred S41


Pegawai Arkib Gred S41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Jabatan Arkib Negara
Jadual Gaji

GAJI MINIMUM ; RM1909.00
GAJI MAKSIMUM : RM8644.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN ; RM225.00

Syarat Lantikan:
Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Arkib adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Arkib Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
Mengesan institusi-institusi/orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia serta menguruskan perolehan pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut.
Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib Gred S41 : http://jvsecurepay.com/access/41ch/28?camp_id=726



Rabu, Februari 26, 2014

Format Soalan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41


Soalan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41
http://jvsecurepay.com/access/28py/28?camp_id=281


Peperiksaan ini merangkumi empat (4) seksyen utama iaitu:

    Seksyen A – Pengetahuan Am
    Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
    Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
    Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Kelulusan peperiksaan ini merupakan salah satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) akan ditemu duga.

Setiap calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50

Seksyen ini menguji pengetahuan calon terhadap tanggungjawab Pegawai Penerangan Gred S41 dalam memasarkan maklumat dan program Kerajaan untuk tujuan meningkatkan kefahaman, sokongan, keyakinan dan penglibatan masyarakat terhadap dasar dan program Kerajaan.

Dalam seksyen ini juga calon dikehendaki untuk mengetahui secara umum perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu semasa, dasar-dasar awam, perlembagaan, undang-undang, pengurusan maklumat dan amalan komunikasi.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik - Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasikan maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data - Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisis data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

iii) Konsep Matematik - Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

Masa: 1 jam
Bilangan Soalan: 3 jawab 1
Panjang Esei: Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Cara-cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.”
Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu.

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Masa: 1 jam
Bilangan Soalan: 3 jawab 1
Panjang Esei: Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang memerlukan pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: “Electronic Government in Malaysia” Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris.


Untuk mendapatkan Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41, sila ke: http://jvsecurepay.com/access/28py/28?camp_id=281

 

Rabu, Oktober 09, 2013

Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41

 



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kepada calon yang akan menghadapi Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 pada 19 Oktober 2013 (Sabtu) boleh mendapatkan Pakej Panduan Soalan Peperiksaan tersebut di : http://www.pembangunanmasyarakat.com/hop.php?ref=my



INFO JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41
http://myadha.blogspot.com/2012/09/jawatan-pegawai-pembangunan-masyarakat.html



Selasa, Oktober 08, 2013

Semakan Panggilan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41


Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 akan diadakan pada 19 Oktober 2013 (Sabtu). Semakan nama calon boleh dibuat di : http://domino.spa.gov.my/online/jadual_am_ppm.php?jawatan=Pegawai%20Pembangunan%20Masyarakat%20Gred%20S41&pemerolehan=SM20130158



JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41
http://myadha.blogspot.com/2012/09/jawatan-pegawai-pembangunan-masyarakat.html




Isnin, Oktober 07, 2013

Keputusan Peperiksaan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41


Semakan Keputusan Peperiksaan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan) Gred S41 (Kementerian Kesihatan Malaysia) boleh dibuat di : http://domino.spa.gov.my/online/keputusan_pe_PegPenerangan.php?jawatan=Pegawai%20Penerangan%20(Pelajaran%20Kesihatan)%20Gred%20S41&pemerolehan=SM20130146

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA)

 

Recent Posts