Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan

Ahad, April 28, 2024

Pertarungan PH dan PN di Kuala Kubu Bharu

 


Empat calon yang bersaing pada PRK Kuala Kubu Bharu. (Dari kiri) Khairul Aizat (PN); Nyau Ke Xin (Bebas); Hafizah (PRM) dan Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan dari DAP.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu yang menyaksikan persaingan empat penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas.

PH memilih Pang Sock Toa, 31, yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ngar Kor Ming sebagai calon manakala Pemangku Ketua Bahagian BERSATU Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut menjadi ayam tambatan PN.

Kehadiran calon bebas Nyau Ke Xie atau dikenali Eris seperti sudah dijangka dan ia dikaitkan dengan tindakan protes daripada GERAKAN terhadap PN memandangkan GERAKAN bertanding di kerusi DUN itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos tahun lalu.

Kehadiran calon PRM, Hafizah Zainuddin juga dikatakan protes kepada PH kerana tidak meletakkan calon Melayu sebagai taruhan. PRM dikatakan parti mesra PH walaupun tidak menyokong Kerajaan Perpaduan.


prk dun kuala kubu baru


Persoalan mengenai calon Melayu menjadi topik hangat diperkatakan seminggu lalu kerana 50 peratus pengundi di Kuala Kubu Bharu adalah orang Melayu. Perkara inilah menjadi pertimbangan PN dalam menentukan calonnya kali ini.

GERAKAN daripada awal menegaskan keperluan mengekalkan calon mereka, walaupun salah seorang dipertimbangkan adalah bekas calon kalah pada PRN, yang juga Pengerusi GERAKAN Selangor, Henry Teoh Kien Hong dengan alasan itu kerusi tradisi mereka.

Sementara itu, PH dikatakan menimbangkan calon Melayu di kerusi itu pada peringkat awal, iaitu ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Saripah Bakar tetapi menukar keputusan pada saat akhir.

Difahamkan tindakan menukar calon itu dibuat selepas ada desakan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa DAP Hulu Selangor berdasarkan prestasi dan hubungan baik mendiang Lee Kee Hiong dengan penduduk tempatan disenangi pelbagai kaum.

Keputusan meletakkan calon Melayu di DUN itu juga seolah-olah tidak menghormati mendiang Kee Hiong atas sumbangannya ketika hayatnya.

Lebih penting pertimbangan DAP mahu pun PH dalam menentukan calon adalah mengenai memenangi pengundi dan penyokong yang sememangnya sudah bersama parti itu terutama pengundi Cina walaupun jumlahnya sedikit menurun berbanding sebelum ini.

DAP akhirnya menamakan Sock Toa, 31, walaupun beliau bukan calon anak tempatan, tetapi dikatakan sudah banyak pendedahan mengenai parti ketika beliau menjadi penerbit UbahTV kendalian DAP.

Pemilihan calon wanita itu juga dikatakan sebagai meneruskan legasi mendiang Kee Hiong yang juga calon wanita DAP dan namanya disenaraikan saat akhir selepas Pengarah PRK PH di DUN Kuala Kubu Bharu, Ng Sze Han menyatakan 10 nama berpotensi disenarai pendek sebagai calon.

Selain Saripah, turut disenaraikan adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Digital Gobind Singh, Mandeep Singh dan Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Alice Choo Foong Thye.

Pemilihan Sock Toa dibuat selepas dikatakan DAP belajar daripada sejarah susulan kekalahan parti itu pada PRK Parlimen Teluk Intan pada 2014 menyaksikan calon mereka, Dyana Sofya Mohd Daud tewas kepada Presiden GERAKAN, Datuk Dr Mah Siew Keong.

DAP elak insiden berulang

Kekalahan calon DAP pada PRK itu kerana penyokong tegar DAP tidak keluar mengundi sebagai protes kerana calon anak tempatan dalam kalangan orang Cina tidak dipilih selepas mengambil kira peratusan pengundi majoriti dalam kalangan bukan Melayu pada waktu itu.

Bimbang insiden sama berulang, maka percaturan DAP adalah mengekalkan calon kaum Cina di PRK DUN Kuala Kubu Bharu, walaupun wujud pertambahan pengundi orang Melayu.

Namun, penampilan calon Cina bukan hanya mahu mengekalkan status quo, tetapi sebarang keputusan pada PRK itu tidak beri kesan besar kepada kerajaan Selangor dan Persekutuan, walaupun seandainya kemenangan berpihak kepada PN.

Bagaimanapun, untuk menang bergaya, jentera kempen PH bukan sahaja perlu memenangi hati pengundi bukan Melayu tetapi pengundi Melayu dan pengundi muda 18 hingga 35 tahun yang sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menunjukkan sokongan meningkat kepada PN.

Namun, ada pendapat menyatakan PN mahu menampilkan calon Melayu kali ini dalam cubaan BERSATU untuk mengukuhkan kedudukan mereka selepas kehilangan satu kerusi di Selangor selepas ADUN mereka di Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari menyatakan sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Sumber PN menegaskan, pemilihan Khairul Azhari dibuat selepas mengambil kira peratusan jumlah pengundi Melayu di Kuala Kubu Bharu, selain faktor kegagalan GERAKAN mempertahankan kerusi itu pada PRN lalu.

Sebelum ini, BERSATU menegaskan parti itu cenderung mencadangkan calon Melayu pada PRK Kuala Kubu Bharu selepas mengambil kira sokongan pengundi Melayu pasca PRN Ogos lalu.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata PN yakin tidak akan berlaku sebarang protes sekiranya calon daripada parti gabungannya, GERAKAN tidak terpilih bertanding pada PRK ini.

Apa pun percaturannya, semuanya bergantung kepada bagaimana jentera kempen pilihan raya parti masing-masing memenangi pengundi di kawasan itu dengan isu nasional tetap akan menjadi pilihan berbanding isu tempatan pada PRK kali ini.

Sumber : Berita Harian

Ahad, Ogos 13, 2023

Keputusan PRN 2023 - Terengganu

 


Berikut adalah keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 bagi Terengganu:

P33 BESUT

N1 Kuala Besut

Jumlah Pengundi: 26, 992

1. Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (BN) 7,377

2. AZBI SALLEH (PN-PAS) 11,496 (MENANG)

Majoriti: 4,119

Undi Rosak: 172

Jumlah Undi: 19,058

Peratus Mengundi: 70.61%


N2 Kota Putera

Jumlah Pengundi: 32,792

1. MOHD NURKHUZAINI AB RAHMAN (PN-PAS) 13,360 (MENANG)

2. Muhammad Pehimi Yusof (BN) 9,551

Majoriti: 3,809

Undi Rosak: 130

Jumlah Undi: 23,076

Peratus Mengundi: 70.37%


N3 Jertih

Jumlah Pengundi: 29,088

1. RIDUAN MOHAMAD NOR (PN-PAS) 12,122 (MENANG)

2. Mohd Rozaini Mohd Rasli (BN) 7,399

Majoriti: 4,723

Undi Rosak: 169

Jumlah Undi: 19,717

Peratus Mengundi: 67.78%


N4 Hulu Besut

Jumlah Pengundi: 23,846

1. Nawi Mohamad (BN) 6,665

2. Che Harun Kamariah Abdullah (Bebas) 180

3. MOHD HUSAIMI HUSSIN (PN-BERSATU) 9,525 (MENANG)

Majoriti: 2,860

Undi Rosak: 167

Jumlah Undi: 16,553

Peratus Mengundi: 69.42%


P34 SETIU

N5 Jabi

Jumlah Pengundi: 25,192

1. Rosdi Zakaria (BN) 6,847

2. AZMAN IBRAHIM (PN-PAS) 11,523 (MENANG)

Majoriti: 4,676

Undi Rosak: 116

Jumlah Undi: 18,502

Peratus Mengundi: 73.44%


N6 Permaisuri

Jumlah Pengundi: 30,739

1. Hamdan Hamzah (BN) 7,299

2. MOHD YUSOP MAJID (PN-BERSATU) 14,837 (MENANG)

Majoriti: 7,538

Undi Rosak: 171

Jumlah Undi: 22,322

Peratus Mengundi: 72.62%


N7 Langkap

Jumlah Pengundi: 22,439

1. Sabri Mohd Noor (PH-BN) 6,819

2. AZMI MAAROF (PN-PAS) 9,553 (MENANG)

Majoriti: 2,734

Undi Rosak: 96

Jumlah Undi: 16,474

Peratus Mengundi: 73.42%


N8 Batu Rakit

Jumlah Pengundi: 29,919

1. MOHD SHAFIZI ISMAIL (PN-PAS) 14,465 (MENANG)

2. Bazlan Abd Rahman (BN) 8,446

Majoriti: 6,019

Undi Rosak: 153

Jumlah Undi: 23,081

Peratus Mengundi: 77.14%


P35 KUALA NERUS

N9 Tepuh

Jumlah Pengundi: 30,448

1. HISHAMUDDIN ABDUL KARIM (PN-PAS) 17,049 (MENANG)

2. Muhammad Hanafi Hassan (BN) 6,155

Majoriti: 10,894

Undi Rosak: 122

Jumlah Undi: 23,352

Peratus Mengundi: 76.69%


N10 Buluh Gading

Jumlah Pengundi: 27,845

1. RIDZUAN HASHIM (PN-PAS) 16,213 (MENANG)

2. Omar Adam (BN) 5,847

Majoriti: 10,366

Undi Rosak: 129

Jumlah Undi: 22,202

Peratus Mengundi: 79.73%


N11 Seberang Takir

Jumlah Pengundi: 27,733

1. Ahmad Razif Abd Rahman (BN) 9,359

2. KHAZAN CHE MAT (PN-BERSATU) 12,156 (MENANG)

Majoriti: 2,797

Undi Rosak: 121

Jumlah Undi: 21,655

Peratus Mengundi: 78.08%


N12 Bukit Tunggal

Jumlah Pengundi: 21,055

1. Wan Noorislam Wan Hashim (BN) 4,345

2. ZAHARUDIN ZAHID (PN-PAS) 12,066 (MENANG)

Majoriti: 7,721

Undi Rosak: 108

Jumlah Undi: 16,535

Peratus Mengundi: 78.53%


P36 KUALA TERENGGANU

1. AHMAD AMZAD HASHIM (PN) 68,369 (MENANG)

2. Azan Ismail (PKR-PH) 21,103

Majoriti: 47,266

Undi Rosak: 1,049

Jumlah Undi: 90,632

Peratus Mengundi: 73.34%


N13 Wakaf Mempelam

Jumlah Pengundi: 34, 509

1. WAN SUKAIRI WAN ABDULLAH (PN-PAS) 22,345 (MENANG)

2. Wan Mohd Haikal Wan Ghazali (PH-PKR) 3,718

Majoriti: 18,627

Undi Rosak: 196

Jumlah Undi: 26,286

Peratus Mengundi: 76.17%


N14 Bandar

Jumlah Pengundi: 22,057

1. AHMAD SHAH MUHAMED (PN-PAS) 8,438 (MENANG)

2. Armi Irzan Mohd (BN) 6,074

3. Luqman Long (MUDA) 372

Majoriti: 2,364

Undi Rosak: 123

Jumlah Undi: 15,019

Peratus Mengundi: 68.09%


N15 Ladang

Jumlah Pengundi: 26,250

1. Mohd Sabri Alwi (BN) 7,290

2. ZURAIDA MD NOOR (PN-PAS) 11,663 (MENANG)

Majoriti: 4,373

Undi Rosak: 161

Jumlah Undi: 19,136

Peratus Mengundi: 72.9%


N16 Batu Buruk

Jumlah Pengundi: 40,759

1. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI (PN-PAS) 23,767 (MENANG)

2. Mohamad Zamir Ghazali (PH-AMANAH) 6,099

Majoriti: 17,668

Undi Rosak: 297

Jumlah Undi: 30,193

Peratus Mengundi: 74.8%


P37 MARANG

N17 Alur Limbat

Jumlah Pengundi: 36,087

1. Mohd Yuseri Isa (BN) 7,477

2. ARIFFIN DERAMAN (PN-PAS) 20,133 (MENANG)

Majoriti: 12,656

Undi Rosak: 212

Jumlah Undi: 27,856

Peratus Mengundi: 77.19%


N18 Bukit Payung

Jumlah Pengundi: 28,823

1. Mohd Khim @ Mohd Khan Abd Rahman (BN) 5,882

2. MOHD NOR HAMZAH (PN-PAS) 16,838 (MENANG)

Majoriti: 10,956

Undi Rosak: 129

Jumlah Undi: 22,868

Peratus Mengundi: 79.34%


N19 Ru Redang

Jumlah Pengundi: 32,867

1. Suhaimi Sulaiman (PH-AMANAH) 3,641

2. AHMAD SAMSURI MOKHTAR (PN-PAS) 20,927 (MENANG)

Majoriti: 17,286

Undi Rosak: 179

Jumlah Undi: 24,773

Peratus Mengundi: 75.37%


N20 Pengkalan Berangan

Jumlah Pengundi: 35,248

1. SULAIMAN SULONG (PN-PAS) 17,946 (MENANG)

2. Nik Dir Nik Wan Ku (BN) 9,670

Majoriti: 8,276

Undi Rosak: 167

Jumlah Undi: 27,814

Peratus Mengundi: 78.91%


P38 HULU TERENGGANU

N21 Telemung

Jumlah Pengundi: 21,495

1. MOHD ZAWAWI ISMAIL (PN-BERSATU) 8,380 (MENANG)

2. Rozi Mamat (BN) 8,085

Majoriti: 295

Undi Rosak: 133

Jumlah Undi: 16,612

Peratus Mengundi: 77.28%


N22 Manir

Jumlah Pengundi: 20,639

1. Eka Lisut (PH-PKR) 2,211

2. HILMI HARUN (PN-PAS) 13,471 (MENANG)

Majoriti: 11,260

Undi Rosak: 172

Jumlah Undi: 15,873

Peratus Mengundi: 76.91%


N23 Kuala Berang

Jumlah Pengundi: 21,428

1. Jalaludin Ismail (BN) 5,353

2. MAMAD PUTEH (PN-PAS) 11,270 (MENANG)

Majoriti: 5,917

Undi Rosak: 88

Jumlah Undi: 16,725

Peratus Mengundi: 78.05%


N24 Ajil

Jumlah Pengundi: 24,922

1. Jailani Johari (BN) 6,104

2. MALIAMAN KASSIM (PN-PAS) 12,362 (MENANG)

Majoriti: 6,258

Undi Rosak: 132

Jumlah Undi: 18,610

Peratus Mengundi: 74.67%


P39 DUNGUN

N25 Bukit Besi

Jumlah Pengundi: 18,195

1. GHAZALI SULAIMAN (PN-PAS) 8,552 (MENANG)

2. Din Adam (BN) 4,840

Majoriti: 3,712

Undi Rosak: 93

Jumlah Undi: 13,495

Peratus Mengundi: 74.17%


N26 Rantau Abang

Jumlah Pengundi: 33,394

1. Mohd Asri Mohamad (BN) 6,037

2. MOHD FADHLI RAHMI ZULKIFLI (PN-PAS) 18,959 (MENANG)

Majoriti: 12,522

Undi Rosak: 156

Jumlah Undi: 25,171

Peratus Mengundi: 75.38%


N27 Sura

Jumlah Pengundi: 30,206

1. TENGKU MUHAMMAD FAKHRUDDIN TENGKU MD FAUZI (PN-PAS) 17,395 (MENANG)

2. Osman Umar (PH-PKR) 3,547

Majoriti: 13,848

Undi Rosak: 146

Jumlah Undi: 21,111

Peratus Mengundi: 69.89%


N28 Paka

Jumlah Pengundi: 34,839

1. SATIFUL BAHARI MAMAT (PN-PAS) 18,681 (MENANG)

2. Ahmad Abdullah Abd Wahab (BN) 6,805

Majoriti: 11,876

Undi Rosak: 168

Jumlah Undi: 25,676

Peratus Mengundi: 73.7%


P40 KEMAMAN

N29 Kemasik

Jumlah Pengundi: 28,618

1. SAIFUL AZMI SUHAILI (PN-PAS) 13,778 (MENANG)

2. Muhammad Khairi Afiq Mohd Yusof (BN) 7,273

Majoriti: 6,505

Undi Rosak: 164

Jumlah Undi: 21,236

Peratus Mengundi: 74.21%


N30 Kijal

Jumlah Pengundi: 29,491

1. RAZALI IDRIS (PN-BERSATU) 13,403 (MENANG)

2. Ahmad Said (BN) 9,645

Majoriti: 3,758

Undi Rosak: 137

Jumlah Undi: 23,194

Peratus Mengundi: 78.65%


N31 Cukai

Jumlah Pengundi: 39,153

1. Mohamed Rahim Hussin (BN) 10,288

2. HANAFIAH MAT (PN-PAS) 18,394 (MENANG)

Majoriti: 8,106

Undi Rosak: 120

Jumlah Undi: 28,823

Peratus Mengundi: 73.62%


N32 Air Putih

Jumlah Pengundi: 43,826

1. MOHD HAFIZ ADAM (PN-PAS) 21,664 (MENANG)

2. Mohd Zaki Salleh (BN) 11,336

Majoriti: 10,328

Undi Rosak: 159

Jumlah Undi 33,176

Peratus Mengundi: 75.7%



Recent Posts