Khamis, Mac 21, 2024

Asing kelas demi masa depan pelajar supaya kuasai 3M


Murid Tahun Satu yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) selepas mengikuti persekolahan selama tiga bulan pada tahun ini akan diasingkan dari kelas semasa dan diletakkan di bawah Program Intervensi Literasi dan Numerasi.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, murid terbabit akan berada dalam program itu selama tiga bulan bermula Julai ini dan akan dikembalikan semula ke kelas asal jika telah mencapai tahap penguasaan.

Langkah terbaharu KPM itu dipercayai susulan pendedahan oleh KPM sendiri tahun lalu bahawa terdapat 269,332 murid sekolah rendah di seluruh negara dikesan belum menguasai kemahiran 3M.

Situasi itu seharusnya memberi tamparan kepada masyarakat memandangkan tiga perkara berkenaan adalah kemahiran asas kepada perkembangan pembelajaran murid.


Sumber : Sinar Harian

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts