Jumaat, November 03, 2023

Genius Adi Putra kini berkahwin

 


     Genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani mengakhiri zaman bujangnya bersama wanita         pilihan, Siti Sarah Zulkarnain dengan sekali lafaz.

Berita gembira itu dikongsikan bapa Adi Putra, Abdul Ghani Abdul Wahid menerusi hantaran di Facebook (Fb) miliknya, hari ini.

"Sahlah Adi Putra sebagai Raja Sehari di Lundang, Kota Bharu, Kelantan.

"Berkat doa dari tuan, puan, sahabat serta muridnya.. dengan lafaz nikah sekali saja dan kenduri pun berjalan lan

"Alhamdulillah cuaca pun baik di Kota Bharu hari ini, amin," tulisnya.

Difahamkan, majlis pernikahan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Lundang, Kota Bharu.

Adi Putra, 24, memberikan wang hantaran berjumlah RM9,999.99 kepada Siti Sarah, 27.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Adi Putra dan Siti Sarah yang bergelar raja sehari serta mendoakan pasangan itu.

"Alhamdulillah... Selamat pengantin baru untuk Adi dan pasangan.

"Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Tahniah untuk bapa, Abdul Ghani kerana dapat ahli keluarga baru," tulis pengguna Fb, Yusri Seman.

Menurut rekod, Adi Putra dan Siti Sarah mengikat tali pertunangan pada 19 Julai lalu.

Adi Putra pernah menggemparkan negara selepas digelar sebagai genius matematik, khususnya dalam pengetahuan algebra, trigonometri dan darab (antara lima hingga enam digit).

Ketika berusia enam tahun, anak kelahiran Bagan Serai, Peak itu mendapat tawaran melanjutkan pengajian di dua universiti terkemuka dunia iaitu Universiti Oxford di United Kingdom (UK) dan Universiti Harvard di Amerika Syarikat (AS).

Dalam usaha berkongsi ilmu dan kepakarannya, Adi Putra menubuhkan syarikatnya sendiri yang diberi nama Adimatik Genius Solutions bagi membantu masyarakat untuk menguasai ilmu Matematik.

Sumber : Harian Metro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.