Isnin, Julai 03, 2023

Resepi Sup Daging Thai

 


Sup Daging Thai / Siam
Bahan-bahan rebus:
  • Daging 300g
  • 3 inci halia (tumbuk)
  • 3 lengkuas (hiris)
  • 2 akar pokok daun ketumbar
  • 1 biji bawang Holland
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Gula
  • Garam / Perasa
  • 3-4 ulas bawang putih (ketuk)
  • 2 batang serai
  • Cili padi
  • Daun limau purut
  • 1 biji bawang holland (hiris)
  • Daun ketumbar (hiris)
  • 1/2 biji tomato
  • 2 biji jus limau nipis
  • 3-4 sudu sos ikan
Cara memasak :

Rebus daging bersama halia yang ditumbuk, lengkuas, akar pokok daun ketumbar, bawang holland, kulit kayu manis dan bunga lawang.

Tumis bawang putih sampai kekuningan. Masukkan serai, bawang Holland, cili padi dan daun limau purut. Tumis sampai layu dan berbau wangi.

Masukkan bahan yang ditumis ke dalam sup daging.

Masukkan sos ikan dan jus limau nipis.

Biarkan dalam 2 hingga 3 minit. Tutup api dan taburkan daun ketumbar.

Siap!


0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.