Top Ad 728x90

,

Pinjaman bank guna Akaun 2 KWSP

 


Antara yang perlu pencarum KWSP faham sebelum membuat sebarang permohonan bagi meminjam pembiayaan bank dengan bersandarkan kepada tabungan Akuan 2 menerusi program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).

Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP

Program bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pinjaman peribadi daripada bank dengan menjadikan tabungan dalam Akaun 2 sebagai sandaran pembiayaan menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun. Pembayaran hanya akan dibuat kepada bank apabila ahli mencapai usia 50 hingga 55 tahun.

Manfaat FSA2

Membolehkan pencarum KWSP yang berdepan masalah kewangan sementara mendapatkan aliran tunai menerusi pembiayaan peribadi, dengan simpanan ahli kekal dalam Akaun 2 dan terus menerima dividen tahunan KWSP. Ia juga membolehkan ahli mengambil manfaat daripada kuasa pengkompaunan dividen ke atas simpanan persaraan mereka

Fasa pelaksanaan FSA2

Dibuat dalam dua fasa.

Fasa 1 - Permohonan bagi ahli usia 40 hingga 50 tahun dibuka bermula 7 April 2023.

- Semakan kelayakan amaun boleh dipohon boleh buat mulai 5 April 2023 - layari https://fsa2.kwsp.gov.my

Fasa 2 - Permohonan bagi ahli bawah usia 40 tahun akan dimaklumkan kelak.

Cara permohonan:

- Dibuat secara dalam talian dengan institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Bank yang sediakan kemudahan FSA2:

- Bank Simpanan Nasional (BSN)

- MBSB Bank

- KWSP akan menambah bilangan bank yang ambil bahagian

Antara syarat dikenakan:

- Mempunyai minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP.

- Pembiayaan maksimum RM50,000

- Tempoh bayaran balik 10 tahun.

Kadar faedah dikenakan?

- 4% hingga 5% faedah konvensional atau kadar keuntungan Islamik

Bagaimana bayaran balik pinjaman dibuat?

KWSP akan membayar prinsipal dan dividen terkumpul daripada Akaun 2 ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank, sebelum lebihan akan dipulangkan kepada ahli.



0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90