Khamis, April 20, 2023

Aidilfitri 2023 disambut pada Sabtu


 

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada hari Sabtu ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu 22 April 2023," katanya.

Pengumuman tarikh Hari Raya Puasa itu disiarkan menerusi siaran televisyen dan radio tempatan.

Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan, baru-baru ini, memaklumkan Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Sebanyak 29 lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal, yang terletak di seluruh negeri di Semenanjung, serta Sabah dan Sarawak.

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.