Selasa, Ogos 30, 2022

Guru dapat tambahan Cuti Rehat Khas lima hari

 


Kerajaan memberikan tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak lima hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tambahan Cuti Rehat Khas itu akan memberi manfaat kepada lebih kurang 500,000 guru.

"Cuti ini bagi urusan yang mustahak dan kecemasan yang dibenarkan serta memberi peluang guru mengumpul jumlah Gantian Cuti Rehat (GCR) yang lebih tinggi," katanya dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awan ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Perdana Menteri turut mengumumkan perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod urusan kematian ahli keluarga terdekat.

"Jika sebelum ini cuti tanpa rekod bagi urusan kematian hanya tertakluk kepada kematian suami atau isteri, ibu kandung dan ibu mertua, bapa kandung dan bapa mertua serta anak saja, penambahbaikan tafsiran ahli keluarga diperluas kepada kematian membabitkan adik-beradik, nenek dan datuk bagi anggota perkhidmatan awam," katanya.

Sumber : Berita Harian

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.