Khamis, Januari 13, 2022

OPPO tawar diskaun baiki peranti rosak akibat banjir

 

OPPO Malaysia menawarkan perkhidmatan sokongan kepada pengguna yang terbabit dalam bencana banjir baru-baru ini. Pengedar telefon pintar itu dalam satu kenyataan berkata, Program Bantuan Banjir #OPPOCare4u membolehkan pengguna peranti jenama itu yang rosak akibat bencana banjir membaiki peranti mereka di pusat khidmat rasmi OPPO. 

"Di bawah program bantuan banjir itu, OPPO menawarkan diskaun sehingga 30 peratus untuk semua baik pulih yang disenaraikan.

"Ia hanya layak dalam satu resit dan bermula pada 26 Disember sehingga 31 Januari 2022," katanya dalam satu kenyataan.

Tawaran itu merangkumi diskaun harga 30 peratus untuk alat ganti terpilih bagi model telefon pintar OPPO tertentu; dan/atau diskaun harga 20 peratus untuk perkhidmatan kurier tetapi ia hanya tersedia untuk pelanggan yang memohon perkhidmatan pembaikan penghantaran dalam talian.

Pengguna OPPO boleh mengunjungi pusat servis OPPO terdekat atau My OPPO Space untuk menghantar telefon pintar.

"Sebagai alternatif, pengguna juga boleh memohon permintaan perkhidmatan penghantaran pembaikan dalam talian di https://support.oppo.com/my/send-in-repair/.

"Mereka juga boleh melayari perkhidmatan pelanggan dalam talian OPPO di https://support.oppo.com/my/service-center/ bagi mendapat maklumat kelayakan model telefon pintar dan ketersediaan alat ganti," katanya.

 

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.