Selasa, September 14, 2021

Jom Apply Kerja oleh JobStreet

 

Platform pencarian pekerjaan terkemuka Malaysia, JobStreet mengumumkan inisiatif 'Jom Apply Kerja' untuk membantu rakyat yang menganggur mendapatkan 'pekerjaan yang bermanfaat', sebagai sebahagian daripada Program Pemangkin Perniagaan dan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Inisiatif 'Jom Apply Kerja' bertujuan memperkasakan pencari kerja kolar biru supaya dapat kembali bekerja di samping menyokong majikan daripada sektor makanan dan minuman (F&B) serta peruncitan memenuhi keperluan pengambilan pekerja. 

Beliau berkata, sememangnya kesan sekatan PKP membebankan dan program JobStreet bakal meringankan kos pengambilan pekerja sambil membantu pihaknya mencari calon yang sesuai bagi jawatan yang perlu diisi segera.

Demi menyemarakkan semangat penganggur Malaysia untuk memohon jawatan, pencari kerja berpeluang memenangi pelbagai hadiah bernilai RM15,000 seperti Honda Vario 150cc, serta telefon Oppo A74 5G dan baucar Grab.

Pada masa sama, JobStreet juga menjalankan program untuk membantu perniagaan yang terkesan oleh pandemik dan sekatan PKP.

Bagi industri peruncitan dan F&B, syarikat menawarkan akses percuma ke platform bagi perniagaan yang ingin mengambil pekerja untuk jawatan barisan hadapan.

Selain itu, JobStreet juga menyediakan sokongan tambahan untuk pengambilan pekerja, calon hanya perlu mengimbas kod QR untuk mengakses senarai penuh jawatan kosong di syarikat berkenaan.

Bagi syarikat yang mencari wawasan perniagaan dan industri, untuk pertama kalinya JobStreet telah mengambil langkah bekerjasama dengan mereka untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Inisiatif terbaru JobStreet itu adalah lanjutan daripada usaha sama terkini dengan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) untuk menawarkan insentif latihan khusus demi menggalakkan syarikat mengambil bakat baharu. 

Layari https://www.jobstreet.com.my/ 



 

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.