Jumaat, Julai 02, 2021

Program Jaringan Prihatin dilanjut hingga 31 Ogos 2021

 

Pendaftaran dan penebusan bagi Program Jaringan Prihatin dilanjutkan selama sebulan hingga 31 Ogos ini, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pelanjutan itu selaras dengan pengumuman Fasa 1 Kawalan Pergerakan, Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

"Tempoh perlaksanaan program juga akan dipanjangkan hingga 31 Ogos 2022. Pelanjutan ini akan membolehkan pemohon BPR yang baharu diluluskan untuk berdaftar dengan Program Jaringan Prihatin.

"Permohonan untuk Jaringan Prihatin boleh dibuat secara dalam talian atau melalui aplikasi syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian," katanya dalam kenyataa.

Zafrul berkata, setakat 22 Jun lalu, pendaftaran program berkenaan mencecah 2.8 juta dan lebih 500,000 penerima sudah menerima peranti mudah alih baharu.

Secara keseluruhan, hampir RM180 juta sudah disalurkan kepada golongan B40 melalui program berkenaan untuk mengurangkan kos mendapatkan akses internet dan membantu melancarkan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi isi rumah yang mempunyak anak masih bersekolah.

Program Jaringan Prihatin adalah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 dan ditambahbaik menerusi pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), yang mana semua penerima BPR layak mendapatkan bantuan perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih.

Program bernilai RM3.5 bilion itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Mei lalu.

Sumber : Berita Harian

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.