Cari Blog Ini

NUTP pandang serius penyebaran video


Penyebaran video membabitkan kanak-kanak sekolah yang mengaku bapanya pandai memasak air ketum seperti mana yang tular di media sosial hari ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi ia dikatakan dilakukan oleh seorang guru.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Amiruddin Awang, berkata beliau sudah melihat hantaran yang tular di media sosial itu pagi ini dan masih belum mengetahui punca sebenar bagaimana video berkenaan boleh tular.

Menurutnya, perkara itu di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan dan NUTP memandang serius kerana membabitkan kanak-kanak bawah umur.

"Perkara itu sepatutnya tidak berlaku kerana boleh mencemarkan maruah keluarga dan kanak-kanak terbabit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebuah video membabitkan kanak-kanak sekolah tular hari ini memaparkan soalan seorang guru wanita bertanya bapa siapa pandai memasak, sebelum seorang kanak-kanak mengangkat tangan dan menjawab bapanya pandai memasak air ketum.

Amiruddin berkata, pihaknya akan menunggu maklumat lengkap berkenaan video yang tular itu sama ada ia dilakukan oleh guru itu atau pihak lain.

Tambahnya, sekiranya perkara itu dilakukan oleh guru terbabit, ia adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana membabitkan hal ehwal murid dan pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Pendidikan bagi membuat siasatan.

Katanya, guru seharusnya berhati-hati dengan kecanggihan teknologi masa kini supaya tidak melakukan perkara di luar batasan yang boleh menjejaskan institusi perguruan.

"Buat masa ini kita menyerahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk membuat siasatan dan motif sebenar ia ditularkan," katanya

Sumber : Berita Harian


0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Halaman

PAKEJ SOALAN PSIKOMETRIK


Untuk mendapatkan Pakej Panduan dan Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Pakej Ujian Psikometrik

Popular

RAHSIA PENYEDIAAN RESUME


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

INFO JAWATAN KOSONG MELALUI E-MAIL


Untuk menerima Iklan Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta Terkini  terus ke e-mail anda, sila daftar e-mail anda di GROUP GOOGLE

Blog Archive

PANDUAN TEMUDUGA KERJA


Untuk mendapatkan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Klik di sini