Isnin, April 02, 2012

Bilangan tempat di IPTA bagi Sesi 2012 ditambah

KUALA LUMPUR 31 Mac - Akses kemasukan penuntut ke peringkat pengajian tinggi akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa melalui penambahan tempat yang disediakan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, untuk itu bilangan tempat yang akan ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2012/2013 ini dijangka meningkat sebanyak 8.8 peratus berbanding sesi lalu.

Peningkatan itu jelasnya, turut merangkumi politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dengan 202,339 tempat.

''Secara terperinci, peningkatan tersebut termasuk pertambahan 11 peratus untuk tempat pengajian peringkat ijazah iaitu dari 51,805 tempat kepada 57,492 tempat.

''Lebih penting, pertambahan sebanyak 25 peratus tempat untuk kemasukan peringkat diploma atau sijil ke Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT), politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA iaitu dari 78,780 tempat kepada 99,034 tempat,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluannya sempena majlis perasmian penutup Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Majlis penutup itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengenai soal pembiayaan pendidikan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Mohamed Khaled berkata, sehingga 29 Februari lalu, seramai 1.9 juta peminjam telah menerima pembiayaan perbadanan itu yang berjumlah RM43.6 bilion.

- UTUSAN

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.