Khamis, November 10, 2011

Bolasepak Sukan SEA 2011 : Skuad Harimau Muda Tewaskan Thailand 2 - 1


SKUAD Harimau Muda berjaya mengutip mata penuh apabila menewaskan Thailand 2-1 dalam saingan Kumpulan A Sukan Sea yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Rabu.

Gol pertama perlawanan dijaringkan oleh kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-25 permainan.

Pada babak kedua perlawanan, skuad Malaysia peluang untuk menambah jaringan, namun gagal dilaksanakan penyerang pasukan, Syahrul Azwari Ibrahim.

Thailand cuba mengasak dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-75 apabila T. Natand melakukan rembatan cantik di kawasan penalti gara-gara kelekaan barisan pertahanan negara.

Terikat dengan kedudukan seri, skuad Malaysia terus bangkit melakukan serangan dan jaringan Izzaq Farris Ramlan pada minit ke-85 berjaya memberi kemenangan kepada skuad Malaysia sekali gus menjadi bekalan penting untuk perlawanan seterusnya.

Malaysia kini menduduki tangga teratas kumpulan selepas mengumpul empat mata dalam dua perlawanan.

- MSTAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.