Isnin, November 07, 2011

Angka yang mencabar lelaki

KECEWA? Sudah pasti. Memalukan? Tentulah. 75 peratus lelaki mengalami ejakulasi pra-matang Namun ejakulasi pra-matang hakikatnya menyamai masalah lain seperti sembelit dan juga cirit-birit, malah ada yang menyifatkannya sebagai semula jadi.

Buktinya pakar biologi Alfred Kinsey pada tahun 1948 mendedahkan bahawa 75 peratus lelaki mengalami ejakulasi dalam tempoh dua minit memulakan hubungan seks, dan seminit malah mungkin beberapa saat selepas penetrasi.

Mengapa: Jawapan kepada ejakulasi pra-matang berkisar kepada pelbagai faktor daripada biologi (kulit yang teramat sensitif pada zakar) kepada psikologi (cemas, bersalah atau tidak berpengalaman). Kajian terbaru mendapati masalah tersebut berpunca daripada kedua-duanya.

Apa yang perlu dilakukan:

- Mulakan pemeriksaan prostat. Penemuan saintis dari Itali dan Mesir menunjukkan sehingga 64 peratus lelaki yang mengalami ejakulasi pra-matang matang turut menderita radang prostat.

- Amalkan kaedah start-stop. ‘‘Ia mengajar anda gerak rasa yang lebih baik dan bagaimana untuk menangguhkan orgasme,’’ kata Profesor Barry W. McCarthy, penulis buku Coping with Premature Ejaculation. Semasa melakukan hubungan seks, berhenti sebelum mencapai puncak, relaks dan mulakan semula. Walaupun kaedah ini dikatakan terlalu bersandarkan kepada gerak rasa namun ia terbukti berkesan. Kajian menunjukkan kadar kejayaannya sehingga 95 peratus.

l Lakukan senaman terutama yang membantu menguatkan otot-otot pelvik. Otot-otot yang kuat meningkatkan kawalan tatkala menghampiri orgasme. Pernafasan yang betul membantu menurunkan rasa cemas.

Purata lelaki buang angin 10 hingga 14 kali sehari

Mengapa: Bakteria di dalam kolon memecahkan fiber-fiber yang mengalami proses penapaian dan kanji yang tidak cerna — terutamanya daripada makanan berasaskan tumbuhan seperti kekacang, tauge, bawang, seleri, lobak, kismis, gandum dan pisang. Gas yang dikeluarkan makanan tersebut dilepaskan menerusi ‘jalan belakang’.

Bau busuk pula terhasil daripada tiga sulfur yang mengandungi gas iaitu hidrogen sulfida, methanethiol dan dimethil sulfida yang baunya dirumuskan saintis University of Minnesota umpama telur busuk, sayur-sayuran reput dan juga sesuatu yang manis. Bau yang terhasil adalah gabungan tiga gas tersebut.

Apa yang perlu dilakukan:

* Cuba diet bebas gas selama seminggu iaitu tempoh yang cukup untuk mencari kelegaan, menurut penyelidik Sepanyol. Fokus pemakanan kepada daging, ikan, telur dan karbohidrat mudah hadam seperti yang terkandung di dalam nasi, roti bebas gluten, tomato, anggur dan ceri. Selepas seminggu, mulakan pemakanan biasa satu persatu sehingga anda dapat mengenal pasti makanan yang menyebabkan kekerapan buang angin. Hadkan pengambilan makanan tersebut.

* Periksa label pada alkohol bergula. Gula gantian mempunyai bahan kimia yang sukar diserap oleh usus kecil. Tiga perkara lagi yang perlu diberi perhatian adalah sorbitol, mannitol dan maltitol yang kebiasaannya ditemui di dalam minum berprotein dan gula-gula getah bebas manisan. Sedikit sorbitol iaitu kurang 10 gram di dalam gula-gula getah tanpa gula untuk menambah kekerapan buang angin malah kecenderungan untuk mengalami cirit-birit.

27 peratus lelaki di Amerika mengalami masalah sembelit

Mengapa? Perubahan tabiat pemakanan, tekanan emosi dan fizikal, corak tidur yang tidak menentu boleh mengakibatkan perubahan rentak dalaman dan mengurangkan pengecutan otot yang memberitahu kolon anda ‘‘masa untuk melepas’’. Akibatnya berhari-hari tiada usus walaupun anda merasakan keperluan untuk membuang air besar.

Apa yang perlu dilakukan:

* Cuba suplemen mengandungi psyllium. University of Illinois mengesahkan serat jenis itu berkesan dalam membantu melegakan masalah sembelit. Cuba juga julap yang membantu melembutkan najis dengan air serta merangsang pergerakan otot-otot kolon.

* Ambil sarapan. Selepas bangkit tidur, aktiviti kolon meningkat tiga kali ganda, ambil sarapan sekali ganda daripada kadar tersebut, mengikut kajian American Journal of Physiology. Malah, makan sebaik selepas bangkit tidur dan anda mencipta ruang sebanyak dua jam untuk mengoptimumkan pergerakan usus.

* Banyak minum air. Minum air tidak semestinya melegakan sembelit, tetapi mengelak dehidrasi boleh membantu daripada masalah tersebut.

* Bersenam. Laporan Sains dan Perubatan berkaitan sukan serta senaman menunjukkan aktiviti itu meningkatkan pergerakan makanan yang melalui usus besar sehingga 56 peratus. Kajian lain mendapati orang yang banyak duduk 50 peratus cenderung mengalami sembelit berbanding mereka yang kerap bersenam.

- MINGGUAN MALAYSIA

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts