Jumaat, Oktober 14, 2011

Masalah khidmat teks Blackberry berlarutan


Berjuta-juta pengguna telefon bimbit BlackBerry di seluruh dunia tidak dapat menggunakan perkhidmatan komunikasi teks untuk hari ketiga berturut-turut, semalam.

Syarikat Research in Motion (RIM) berkata masalah itu berlaku kerana kegagalan pensuisan dalam rangkaian persendiriannya.


Pengguna di Eropah, Asia Barat, Afrika dan India mengalami gangguan perkhidmatan e-mel dan tidak mempunyai akses untuk membuka dan menghantar mesej.

Kejadian itu meningkatkan sentimen negatif terhadap syarikat berkenaan yang sudahpun berdepan dengan kehilangan pasaran kepada Apple dan Samsung.


RIM kelmarin berkata perkhidmatan itu sudah kembali normal tetapi kemudian mengumumkan, masalah itu sudah merebak ke Argentina, Brazil dan Chile.

- Reuters

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts