Isnin, Oktober 17, 2011

Kementerian Pengajian Tinggi Perkenal Biasiswa MyBrainSc Tahun 2012

Kementerian Pengajian Tinggi akan memperkenalkan program biasiswa MyBrainSc bermula tahun depan untuk pelajarcemerlang yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang sains tulen.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebanyak RM9.5 juta diperuntukkan untuk program itu yang akan menggantikan Program Biasiswa Khas Tenaga Akademik, dengan 200 biasiswa termasuk 50 untuk pengajian di luar negara.

"Ia terbuka kepada pelajar cemerlang lepasan asasi, matrikulasi, program-program persediaan, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, lepasan diploma serta calon ijazah pertama yang cemerlang dalam bidang sains tulen dengan Purata Gred Nilai Kumulatif 3.75 ke atas.

"Program juga terbuka bagi yang sedang mengikuti ijazah kedoktoran atau telah mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen di universiti dalam dan luarnegara," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian itu.

Khaled berkata penawaran biasiswa itu amat signifikan kerana biasiswa sedia ada seperti Jabatan Perkhidmatan Awam hanya memfokuskan kepada bidang profesional seperti perubatan, pergigian dan farmasi.

"Melalui biasiswa MyBrainSc ini, ia akan dapat meningkatkan bukan sahaja bilangan tenaga pengajar institusi pengajian tinggi dalam bidang sains tulen seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik, tetapi juga memenuhi hasrat kita untuk meningkatkan bilangan RSE (Penyelidik, Saintis dan Jurutera) dalam negara kepada 100 RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja dan melahirkan Nobel Laureate suatu masa nanti," katanya.

- BERNAMA

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum...name saye MOHD HAFIZ BIN JEMELI....saye ade sooalan....adik saya telah pun dan sedang melanjutkan pelajaran di mesir dalam BIDANG PERUBATAN...dia memerlukan biasiswa tuk menampung sara hidup dan yuran disana....adakah biasiswa yang disediakan tuk pelajar yg belajar di luar negara dan bagaimana tuk memohon?? 013 7726178....TERIMA KASIH...

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts