Khamis, September 15, 2011

Kadar kemiskinan di Amerika Syarikat cecah paras tertinggi

WASHINGTON 14 Sept. - Seramai 46 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) hidup dalam kemiskinan pada 2010, menjadikan kadar kemiskinan di negara itu berada pada paras tertinggi sejak 1993, demikian menurut sebuah laporan kerajaan.

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar dihadapi oleh Presiden Barack Obama dan Kongres, Biro Bancian AS berkata, kadar kemiskinan meningkat dalam tempoh tiga tahun berturut-turut dan mencecah 15.1 peratus pada 2010.

Jumlah kadar kemiskinan itu adalah terbesar sejak kerajaan pertama kali menerbitkan data berkenaan sejak tahun 1959.

AS mencatatkan kadar kemiskinan tertinggi di kalangan negara-negara maju, demikian menurut Organisasi Bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan yang berpusat di Perancis.

Garis kemiskinan bagi empat ahli keluarga di Amerika dengan pendapatan sebanyak AS$22,113 (RM66,339) setahun.

Data itu menunjukkan, kanak-kanak di bawah 18 tahun berada dalam kadar kemiskinan tertinggi, sebanyak 22 peratus berbanding golongan dewasa dan warga tua.

Dengan bilangan rakyat AS yang berpendapatan sederhana merosot, ditambah pula jumlah majikan yang menanggung insurans kesihatan yang merosot, jumlah kakitangan berpangkat tetapi tanpa ditanggung insurans adalah berjumlah 50 juta orang.

Data bancian itu mendapati kadar pertumbuhan ekonomi tidak mencukupi untuk menampung rakyat yang kehilangan pekerjaan pada 2009 dan 2010 sekiranya kemelesetan berakhir.

Tetapi, jumlah pengangguran melonjak daripada 9.3 peratus kepada 9.6 peratus.

- Reuters

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts