UFO di Sabak Bernam?


Seorang kakitangan awam mendakwa berjaya merakam satu cahaya objek terbang yang tidak dikenali (UFO) melintas di kawasan sebuah kem askar di Sabak Bernam ketika bertugas pada Jumaat lalu.

Asri Harun Abd. Rahman, 42, yang membuat rondaan ketika itu terkejut setelah melihat sebuah objek bercahaya yang terang seperti lampu limpah menerangi langit kira-kira pukul 5.30 pagi.

Dakwanya, selama bertugas di situ sejak 11 tahun lalu, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dan menyifatkan ia merupakan perkara pelik pernah dialami.

“Cahaya objek itu bulat, sangat terang dan tidak bergerak ke mana-mana.

“Kebetulan, pada waktu itu tiada satu bintang kelihatan dan cahaya itu tidak berkelip-kelip seperti bintang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

- KOSMO!

2 comments.. read them below or add one

! Sam Posmen                                                                                                        ! ! Sam Posmen ! Isnin, 7 Februari 2011 pada 10:54:00 PG SGT
apa kebenda la semua ni. baru tengok cahaya pelik sikit dah kata ufo.

come on la, duduk dunia teknologi cuba la fikir dalam sudut berbeza sikit. ingat cerita x-files ke.
anak malaysia anak malaysia Rabu, 9 Februari 2011 pada 3:59:00 PTG SGT
tu bkn UFO la...
tu pesawat pengintip AS nak intip negara kita kot..AS dh cipta banyak pesawat cm tu

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.