China larang mumia 3,800 tahun dipamerkan


BEIJING - Sebuah muzium di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) membatalkan pameran mumia wanita berusia 3,800 tahun dari China.

Pembatalan itu dibuat kerana pemerintah China meminta ia tidak lagi dipamerkan.

Sebelum ini mumia yang ditemui di Tarim Basin, barat China yang berada dalam wilayah autonomi Xinjiang Uyghur itu telah dipamerkan di beberapa buah muzium di Texas dan California.

Mumia itu menarik minat pengkaji Barat kerana ia memiliki ciri-ciri fizikal manusia Kaukasia yang mungkin berasal dari timur Eropah dan berhijrah ke China.

Punca sebenar kenapa pemerintah China meminta mumia itu tidak dipamerkan masih menjadi misteri.

- Agensi

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.