Selasa, Januari 11, 2011

Guru Tabika Kemas boleh lanjut pelajaran ke institusi pengajian tinggi

PUTRAJAYA 9 Jan. - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan menjalinkan kerjasama dengan institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam usaha mempertingkatkan kemahiran guru-guru Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas tidak lama lagi.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kerjasama itu bagi membolehkan tenaga pengajar Tabika Kemas yang sedia ada melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau yang lebih tinggi di IPT terbabit.

"Kita sedang meneliti beberapa IPT awam dan swasta yang program diplomanya telah mendapat pengiktirafan pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Buat masa ini, kita ada hantar guru-guru Tabika ke institut perguruan di bawah Kementerian Pelajaran dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat diploma," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Sehingga hujung tahun lalu, tenaga pengajar di Tabika Kemas adalah 9,541 orang dan daripada jumlah itu, seramai 726 yang memiliki diploma.

Dalam tempoh yang sama, Kemas mempunyai sejumlah 8,816 kelas Tabika di seluruh negara dan seramai 200,417 kanak-kanak mengikuti pendidikan prasekolah itu.

Mohd. Shafie memberitahu, walaupun sebahagian besar guru Tabika itu masih belum memiliki diploma tetapi mereka mempunyai sijil asas pendidikan awal kanak-kanak.

"Tetapi menjelang tahun 2015, kita mahu semua guru Tabika berkelulusan diploma kerana sasaran kita adalah setiap kelas Tabika yang mempunyai 15 hingga 25 kanak-kanak dikendalikan oleh seorang guru bertaraf diploma," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, selain meningkatkan jumlah pengambilan guru-guru baru yang berkelulusan diploma, pihaknya akan menghantar lebih ramai tenaga pengajar sedia ada yang belum mempunyai diploma menjalani kursus diploma di institut perguruan bawah Kementerian Pelajaran.

"Tahun ini sahaja kita menyasarkan untuk memperoleh lebih kurang 2,000 guru Tabika Kemas yang memiliki diploma," katanya.

- UTUSAN

2 ulasan:

  1. DIPLOMA PENDIDIKAN PRASEKOLAH KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI ISLAM UNITI DI BUKA SEKARANG SMS 0196437996/rieymau09@yahoo.com
    -semua banga
    -spm 3kredit
    -usia 18-34 th-cover by ptptn
    -diktiraf kerajaan/jpa/mqa
    sms 0196437996 nama,alamat

    BalasPadam
  2. DIPLOMA PENDIDIKAN PRASEKOLAH UNITI,KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI ISLAM SMS 24JAM-0196437996
    INTAKE ;2012 JANUARI/ LELAKI/PEREMPUAN
    JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA TEMPAT MASIH TERBUKA PD SEMUA UTK DAPATKAN SURAT TAWARAN ANDA

    SYARAT :SPM 3KREDIT



    Tarikh : 07/01/2012
    Masa : 1:15:59 AM
    Penerangan Perakuan Akreditasi
    Daftar Kelayakan Malaysia (MQR)
    Carian Kelayakan
    Senarai Kelayakan IPTS
    Senarai Kelayakan Kemahiran Malaysia JPK
    Diploma Pendidikan Prasekolah
    Nombor Rujukan :A6871
    Nombor Siri Sijil: 03725
    Nama Kelayakan : Diploma Pendidikan Prasekolah
    Tarikh Akreditasi:12/05/2009
    Nama Institusi :Kolej UNITI
    Alamat :Kompleks UNITI, Pasir Panjang

    SMS 24JAM-0196437996

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.