Sabtu, Ogos 07, 2010

Gunung berapi Karangetang meletus

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia semalam mengesahkan Gunung Berapi Karangetang di Pulau Siau di Sulawesi Utara mula aktif mengeluarkan lahar dan debu panas sehingga ratusan meter ke ruang udara.

Seorang pegawai agensi bencana, Surono berkata, sekurang-kurangnya empat orang yang berada di lereng gunung tersebut dikhuatiri hilang manakala ramai lagi cedera di pulau yang mempunyai lebih 50,000 penduduk.

Kali terakhir gunung setinggi 1,827 meter itu meletus ialah pada Julai 2006 yang menyebabkan hampir 4,000 penduduk di lima buah perkampungan terpaksa dipindahkan.

Letusan terbaru itu merupakan kali ke-41 sejak letusan pertama direkodkan pada tahun 1675.

Indonesia memiliki 17,508 buah pulau terkenal dengan 150 buah gunung berapi kerana ia terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik yang sering mengalami kejadian bencana alam.

- Agensi
           

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts