Selasa, Julai 06, 2010

Mat Repek akhirnya tumpas


PASIR MAS - Selepas merosakkan tanaman penduduk serta sebuah rumah di kawasan Rantau Panjang pada Sabtu lalu, 'Mat Repek' akhirnya ditangkap semalam.

Gajah liar tersebut rebah selepas ditembak ubat pelali oleh sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Batu Tiga, Repek dekat sini pada pukul 11 pagi.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Pazil Abdul Fatah berkata, gajah jantan yang berusia hampir 20 tahun dan dianggarkan seberat empat tan itu dipercayai telah terkeluar daripada kumpulannya sebelum tersesat ke kawasan berkenaan.

Menurutnya, gajah tersebut yang mempunyai diameter kaki 0.4 meter dipercayai berasal daripada kumpulan gajah Jedok, Tanah Merah yang terletak kira-kira 30 kilometer daripada tempat ia ditangkap.

"Kita percaya gajah ini merupakan seekor daripada tiga ekor kumpulan gajah tersebut dan telah tersesat kerana ketika ini musim buah-buahan dan ia tertarik dengan bau wangi buah-buahan.

"Kita menerima laporan sebelum ini mengatakan gajah tersebut telah merosakkan tanaman dan sebuah rumah di Kampung Banggol Petai, Rantau Panjang kemudian ke kawasan Lubok Tapah sebelum dikesan berada di kawasan ini," katanya ketika ditemui semalam.

- KOSMO!

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts