Jumaat, Mei 07, 2010

Parlimen Thai bubar September 2010

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva semalam menyatakan beliau akan membubarkan Parlimen pada September depan seperti yang diminta oleh penunjuk perasaan antikerajaan bagi memberi laluan kepada pilihan raya baru jika mereka menamatkan demonstrasi di kawasan peniagaan di Bangkok.

“Saya hanya akan membubarkan Parlimen jika mereka (penunjuk perasaan) beredar,” kata Abhisit dalam satu wawancara dengan stesen televisyen ASTV yang disiarkan secara langsung.

Beliau memberitahu, pembubaran Parlimen mungkin berlaku pada bila-bila masa dari 15 September hingga 30 September depan.

Kumpulan Baju Merah itu merupakan penyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang disingkirkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 2006.

Bagaimanapun, penunjuk perasaan Baju Merah yang masih sangsi dengan tawaran Abhisit berkata, mereka tidak akan berundur selagi tiada perjanjian rasmi mengenainya selain meminta kerajaan mengumumkan tarikh sebenar Parlimen akan dibubarkan.

“Mustahil penunjuk perasaan akan bersurai sebelum kerajaan mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen. Persetujuan kedua-dua belah pihak berhubung perkara ini perlu dicapai terlebih dahulu,” kata seorang ketua penunjuk perasaan, Nattawut Saikua.

Kumpulan Baju Merah yang disokong kuat oleh penduduk miskin di pedalaman dan kawasan bandar di Thailand, menganggap kerajaan pimpinan Abhisit tidak sah dan mahu pilihan raya semula yang adil dan telus diadakan.

– Agensi
           

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts