Selasa, April 20, 2010

Hulu Selangor: BN lwn PKR, 2 calon Bebas tarik diri


HULU SELANGOR 19 APRIL 2010 - Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor Ahad ini akan menyaksikan perebutan satu lawan satu antara calon BN dan PKR selepas dua calon Bebas menarik diri hari ini.

Siang tadi, V S Chandran mengumumkan diri, diikuti oleh seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengesahkan Johan Mohd Diah telah menarik diri.

Berikutan itu, calon BN, P Kamalanathan akan berdepan dengan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim Ahad ini.

Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad bulan lalu.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Johan menandatangani borang menarik diri di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, kira-kira pukul jam 9.05 malam ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Lewat petang tadi Johan, yang juga AJK Pemuda Umno Bahagian Shah Alam, mengadakan sidang media di Felda Sungai Tengi, Hulu Bernam, antara lain mengenai persediaannya menghadapi pilihan raya.

Wan Ahmad Wan Omar berkata calon yang berhasrat menarik diri daripada bertanding perlu berbuat demikian selewat-lewatnya 12 tengah malam ini.

- MALAYSIAKINI

1 ulasan:

  1. Salam

    Inilah yang dinamakan bisnes politik, modal RM 5000 untungnya RM 50000. maka diserulah mana individu untuk memasuki bisnes ini di PRK Serawak pula pada 16 mei nanti.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts