Sabtu, Februari 27, 2010

Pendaftaran SPM, SPMU, STAM 1 Mac 2010

Pendaftaran calon sekolah dan persendirian bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) boleh dilakukan mulai 1 hingga 31 Mac ini.

Kenyataan Kementerian Pelajaran di sini hari ini menyebut, bagi calon sekolah, borang boleh didapati di sekolah masing-masing manakala calon persendirian boleh mendapatkannya di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) terdekat.

Maklumat terperinci mengenai pendaftaran peperiksaan itu boleh diperoleh di laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lpm

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts