Isnin, Januari 11, 2010

Kaji semula syarat pengambilan calon KPLI

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca, “RINA, Kuala Lumpur”, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang (Harian Metro bertarikh 21 Disember 2009 – KAJI SEMULA SYARAT PENGAMBILAN CALON KPLI).

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menghargai keprihatinan dan mengucapkan terima kasih berhubung pandangan pihak Siswazah Mengganggur.

Untuk makluman, bagi pengambilan KPLI ambilan Jun 2009 dan Januari 2010, dasar kementerian adalah melatih guru bagi mengisi keperluan sekolah di kawasan pedalaman Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia.

Kriteria pemilihan calon-calon berkenaan diputuskan di dalam Mesyuarat Tertinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:

Lulus dengan cemerlang Ujian saringan
Ijazah yang tepat
Diperakukan oleh panel temu duga
Calon lelaki yang mencapai umur maksima 35 tahun
Calon berasal dari kawasan pedalaman
Calon berpengalaman sebagai GSTT
Calon OKU, Orang Asli, dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
Calon yang mempunyai bakat dan keistimewaan seperti berkebolehan bermain alat muzik.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa melaksanakan usaha penambahbaikan terhadap sistem dan prosedur pengambilan calon guru.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1 ulasan:

  1. Nismawaty binti nurdin

    assalamualaikum.saya ingin bertanya berkenaan kerjaya untuk menjadi guru.Kini sya di tahun akhir diploma pentadbiran awam.Dan selepas ini saya bercadang untuk mengambil kursus pendidikan.Tapi permasalahan disini ialah saya tidak pasti dimana saya harus memohon dan bagaimana?. saya takut jikalau saya akan memilih kursus mahupun institut yang tidak menjamin saya untuk apply menjadi guru selepas degree nanti...Dan sekiranya boleh,saya ingin tahu juga adakah saya patut dan layak untuk mengambil PISMP,KPLI, atau DPLI bagi pengajian untuk degree saya nanti dan seterusnya selepas itu dapat memohon menjadi guru?.. sekian,terima kasih untuk maklum balas kelak:)

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.