Amalan betul penjagaan wajah

Oleh Noriah Idris

Guna pelembap jika kulit kering tapi tidak perlu jika jenis berminyak

Mengurus kecantikan diri perlu bermula sejak remaja sebagai cara mengekalkan kecantikan hingga menginjak usia dewasa. Ini kerana apabila bertambah usia seseorang, secara automatiknya tingkat ketegangan kulit mulai berkurangan, menurut Pengasas Zie-Zie Beauty & Accessories, Fadzliah Ahmad.

Peringkat usia masih muda memberi kelebihan kerana kulit masih mampu dijaga daripada unsur yang menyebabkan kulit muka menjadi kusam, tidak sekata, berbelak bahkan langsung lebih tua daripada usia sebenar.

Katanya, kebanyakan remaja sering berdepan masalah kulit berjerawat atau berminyak, justeru perawatan kulit yang berkala perlu dilakukan sebaik-baiknya mengikut saranan perunding kecantikan sama ada dua kali sebulan atau lebih.

Penggunaan pencuci muka ialah untuk mengeluarkan kotoran pada liang roma di muka. Katanya, penggunaan pencuci mahupun pelembap atau agen pengelupasan kulit dan bahan yang boleh mengecutkan jerawat perlu diamalkan untuk menjadikan wajah sentiasa muda.

Mencuci muka untuk membersihkan wajah perlu diamalkan sentiasa demi mengembalikan kelembapan selain membantu mengurangkan bintik hitam. Untuk yang berjeragat, disaran menggunakan sabun normal. Bagi yang menyimpan impian menjadikan kulit lebih putih, mereka disaran menggunakan sabun khusus mengandungi vitamin A, C dan D untuk menyingkirkan minyak pada kulit muka.

Bagi yang ada ruam dan berfungsi lebih mencerahkan lagi wajah seseorang, Fadzliah mencadangkan seseorang itu memanfaatkan 'sabun sensitif' bagi pembersihan muka secara mendalam serta mendapat kesan langsung. Mereka yang memiliki kulit kering pula perlu menggunakan pelembap bagi menjaga keanjalannya selain mengamalkan krim siang mahupun krim malam.

"Pemilik kulit normal memiliki kandungan minyak semula jadi, tetapi ada kalanya ia menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Oleh itu, disarankan memilih pelembap jenis ringan dalam bentuk losen.

"Berbeza dengan kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelembap mengandungi bahan menyerap minyak. Pelembap itu pula bertekstur ringan yang selalunya didapati dalam bentuk losen atau gel tetapi yang penting, ia berasaskan air," katanya yang mengendalikan Pusat Rawatan Kecantikan FA di Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor.

Menurutnya, kulit wajah yang cantik, licin dan berseri memang menjadi idaman ramai manakala tekstur kulit yang sempurna boleh memberi hasil solekan yang sempurna.

"Untuk mendapatkan kulit yang cantik, seseorang itu perlulah menjaga kulit sebaik-baiknya dengan melakukan amalan yang betul dengan mencuci muka, memakai pelembap sebelum memakai bedak asas atau mengenakan mekap sebelum melangkah ke kolej mahupun ke pejabat," katanya.

Menurutnya, kebanyakan produk Zie-Zie Beauty berasaskan bahan kecantikan semula jadi justeru, seseorang itu tidak perlu menata rias wajah dengan mekap yang terlalu tebal. Perapian yang nipis atau sederhana sudah memadai.

Dia menyarankan sapuan bedak asas, pemerah pipi dan gincu yang terdapat dalam pelbagai pilihan bagi menyempurnakan penampilan diri sebenar.

# Produk: Zie-Zie Beauty & Accessories di Pusat Rawatan Kecantikan FA, Lot 136 Tingkat 1, Kompleks PKNS, Shah Alam.
# Tel: 03-55127958 / 019-3274924

Tiada ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.