Isnin, Disember 21, 2009

Qat jaringan sosial di Yaman


Bagi masyarakat Yaman, daun qat adalah sebahagian daripada kehidupan sosial mereka terutamanya selepas makan malam di negara-negara Barat. Qat merupakan sejenis dadah ringan yang berasal daripada sejenis tumbuhan. Masalahnya kini ialah tumbuhan itu hanya tumbuh di zon peperangan.

Mohammed Ahmed Ghanem membuka gerai yang menjual qat pasar Kuwait di bandar Yaman.

Dia memberitahu pada waktu tengah hari harga daun itu boleh mencecah antara RM6.8 hingga RM343 bergantung pada kualiti.

Namun daun yang dikenali sebagai Shami tidak lagi dijual di gerai Ghanem.

Ia bermula pada bulan Ogos lalu ekoran kerajaan Yaman berhadapan konflik dengan pemberontakan Shiite di pergunungan tha far utara. Ia berkaitan dengan sekatan dan pengedaran tanaman tersebut di pasar Sanaa.

Sekatan

Shami merupakan salah satu tumbuhan organik yang kini ditanam dengan banyak kerana mampu memberikan kepuasan kepada masyarakat negara itu.

"Sekiranya saya tidak mengambil qat saya akan terputus hubungan dengan kawan-kawan dan saudara-mara," ujar seorang pengguna sebaik saja duduk di kusyen di dalam salon di Saana. Pipinya kelihatan menonjol ketika mengunyah daun-daun qat.

Qat tidak diharamkan di Yaman tetapi kebanyakan pengguna tidak mahu nama mereka disiarkan di dalam akhbar.

Qat bagaimanapun diharamkan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah. Malah, di Yaman sendiri pihak berkuasa berusaha menyekat pengambilannya terutamanya di pejabat-pejabat kerajaan.

"Saya tahu tentang ekonomi dan kos sosial tetapi saya tidak boleh hidup tanpanya," jelas salah seorang pengguna.

Pada setiap waktu tengah hari dia akan keluar pejabat pada waktu kerja dan menuju ke pasar Kuwait untuk membeli stok tersebut. Jus istimewa itu dikeluarkan daripada daun apabila mengunyah dalam jangka masa yang lama. Jadi amat penting mendapatkan daun-daun qat yang segar.

Sebaik sahaja memasuki salon, dia membuka baju moden stail Barat dan meninggalkan busana tradisional masyarakat Yaman tanpa lengan dan bertali pinggang yang menyelitkan pisau belati. Kemudian, dia terus duduk di dalam salon. "Wah, inilah momen terbaik untuk hari ini."

Bagi golongan lelaki Yaman, sesi menikmati qat merupakan peluang untuk mereka bersosial dan berkumpul bersama teman-teman. Pada waktu itulah mereka akan berdebat dan membincangkan pelbagai isu serta hal-hal negara. Dalam pada itu pengambilan qat dalam kalangan wanita dan kumpulan remaja turut menunjukkan peningkatan.

Semaian

Jualan qat di Yaman dianggarkan mencecah RM2,739.60 setahun. Ia suatu jumlah yang tinggi dalam negara yang menduduki tempat ke-138 (iktiraf dalam rangking AS) di dunia dari segi pembangunan kemanusiaan bersama produk domestik kurang daripada RM3,424 seorang.

Di bandar Yaman qat yang diambil bersama tembakau merupakan hasil pendapatan isi rumah yang terbesar.

Keistimewaan qat berjaya menarik minat peladang. Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari kementerian pertanian, qat mampu menghasilkan empat kali musim semaian dalam setahun. Kira-kira penanam qat mampu memperoleh RM42,806 sehektar iaitu tiga kali ganda daripada hasil tanaman yang lain.

"Jika tanaman lain mengambi masa selama lima tahun untuk mendapat hasil tuaian dari pokok buah-buahan tetapi qat hanya dalam beberapa bulan saja," ujar pengeluar dadah qat di pasar Kuwait, Hani Saleh.

Penanaman pokok-pokok qat yang rendah itu telah memenuhi kira-kira tiga suku tanah di Yaman.

Terbaru, kajian yang dijalankan oleh Akademi Yaman Fethi Sakkaf mendapati sebanyak 85 peratus masyarakat Yaman menanam qat.

Dalam kajian yang sama dianggarkan di Yaman sebanyak 20 juta jam waktu bekerja telah hilang setiap hari. Ia berpunca daripada sikap para pekerja yang pulang awal bagi menyertai aktiviti ritual menghidu qat pada waktu tengah hari.

-AFP

           

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts