Jumaat, Ogos 28, 2009

Sampai satu tahap Akhil akan saman blogger ‘zalim’


'Drama' sebabak demi sebabak tentang perjalanan hidup penyanyi dan penceramah Akhil Hayy yang baru melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi dan pelakon Waheeda belum terhenti.

Sejak tersetusnya kes penceraian Akhil hinggalah berita pernikahannya dengan Waheeda menggemparkan industri seni tempatan, semuanya bagaikan sudah hilang sabar dengan pasangan ini.

Ada yang bertindak untuk memboikot mereka, tidak kurang juga yang melabelkan Akhil tidak layak digelar ‘ustaz’ mahupun ‘pendakwah’.

Atas sebab itu, tidak mustahillah lelaki ini berang sehingga bertindak untuk menyaman mana-mana blogger yang disyaki telah ‘menzaliminya’ dan Waheeda pada bila-bila masa.

"Sampai satu tahap nanti, saya akan saman blogger-blogger yang menulis cerita yang tidak baik tentang saya dan Waheeda.

"Sekarang, saya dan Waheeda dah menikah...samada mereka aibkan saya pada masa selepas atau sebelum berkahwin, kedua-duanya diambil kira.

"Kami tak pernah cari musuh, kenapa mereka reka cerita seperti itu? Jika orang lain dah rancang nak bercerai atau berkahwin lain, kenapa kita nak ganggu rumah tangga orang?

"Bak kata Rasulullah, kalau tak reti baik diam dan muhasabah diri masing-masing," kata Akhil yang bijak berkata-kata ini.

Jelasnya, dalam isu ini dia percaya Allah akan membalas setiap perbuatan manusia yang menzalimi dirinya dengan hanya berdoa kepada-Nya.

"Allah Maha Adil..jika hari ini kita kena, esok lusa kita tak tahu bagaimana.

"Ini perjalanan hidup dan kami bukannya membuat jenayah

"Terlalu banyak orang terlepas pandang dalam hal ini dan kami dizalimi.

"Mereka buat sehingga program ‘Cafe Akhil Hayy’ terpaksa direhatkan.

"Allah Taala akan memberi balasan kepada mereka dengan hanya melalui doa-doa kami kerana antara doa yang akan dikabulkan oleh Allah adalah doa orang yang dizalimi," katanya yang hadir seorang diri tanpa ditemani Waheeda yang berada di rumah kerana sakit gastrik.

Berkaitan program ‘Cafe Akhil Hayy’ yang khabarnya akan dihentikan, Akhil berkata dia menerima semua keputusan pihak Astro Oasis dengan hati yang terbuka.

"Itu Astro Oasis punya kerja. Saya tak kisah dan terpulang pada mereka. Bagi saya rezeki ini Allah yang tentukan. Jadi, saya terima setiap keputusan secara positif," ulasnya ringkas.

Menceritakan tentang kehidupannya selepas berkahwin kini, dia berkata semuanya berjalan dengan baik dan suasana ‘bulan madu’ mereka turut disertai oleh kaum keluarga.

"Alhamdulillah, perkahwinan ini telah merapatkan hubungan silaturahim antara dua buah keluarga kerana perkahwinan tak semestinya untuk diraikan oleh mempelai tetapi seluruh keluarga.

"Pada bulan puasa ini, kami lebih banyak berbuka di rumah kedua-dua belah mertua sehingga kami tiada ruang untuk berbuka berdua.

"Tiga hari pertama kami berbuka puasa di rumah mak saya di Gopeng, Perak dan tiga hari berikutnya di rumah mak dan bapa Waheeda," kata Akhil yang bercadang untuk mengerjakan umrah di Mekah dengan Waheeda sebagai lokasi bulan madu.

Bagi Akhil, mengerjakan umrah di Mekah merupakan tempat terbaik cuma mereka belum fikirkan tarikhnya kerana ‘belum sampai seru’.

Dia juga bersyukur apabila mendapat keluarga yang memahami dan sentiasa menyokong mereka dari belakang.

Bukan sahaja keluarga, malah begitu juga anak-anak Akhil yang memanggil Waheeda sebagai ‘mama’.

Mengenai pengumuman Waheeda hendak bersara dari dunia artis semasa hari pernikahan mereka, Akhil berkata keputusan Waheeda itu lahir daripada dirinya sendiri dan bukannya atas paksaan sesiapa.

"Bukan saya yang paksa dia untuk berhenti tetapi apabila dia membuat keputusan itu, saya hanya menyambutnya dengan sempurna,” katanya yang akan berhari raya di Gopeng dan Johor Bahru.

Ditanya mengenai kesihatan Waheeda selepas didakwa terkena buatan orang atau sihir, Akhil menjawab:

"Dia masih berubat dan keadaan dia kadangkala ‘ok’ dan kadangkala tidak. Saya harap orang yang membuat itu mendapat kesedaran."

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang nanti, Akhil Hayy akan tampil dalam dua buah program raya yang disiarkan oleh Astro iaitu ‘Mega Raya Astro’ di Astro Ria, 19 September, Sabtu, 11 malam dan ‘1001 Inspirasi’ di Astro Oasis, 20 September, Ahad, 1.30 tengahari.

- MSTAR

14 ulasan:

  1. hurmmm...ape agaknya perkembangan ex wife akhill 2 ye....smga ketibaan lebaran ini mazawati akn lebih tabah n berjaya harungi dgn baik n sempurna...

    BalasPadam
  2. dah nasib ko AH, kawin salah, tak kawin pun salah...
    hurm..dunia, dunia...

    BalasPadam
  3. Blogger2 pun satu hal, buat apa nak ganggu rumah tangga orang?

    BalasPadam
  4. uihk.. takut nye... sabo.. kamu "ustaz"... huhuhu "ustaz" mana blh marah2.... rak rok la ustaz... huhu biasa le ..itu ustaz rok la katakan..huhuhuh

    dan ini la masa nye nak penuh kan tabung yang "BOCOR"... saman malu 10 juta la wey....

    BalasPadam
  5. bg sy..tindkn akhil ni wajar,sbb die empuny badan..n scare pribadi,sy suke sgt2 akhil n waheeda ( suke gler kat waheeda dulu smpai skrg (; ) kdg2,kite ni msia lupe yg stiap yg tjd pasti lbh d ketahui oleh tuan empunya dunia...tp kite slalu je nak tunding2 jari,ckp salah org.....so,kpd akhil n waheeda...lantakle ape org nak kate...mge bhgia n mdpt kredhaan allah sentiase..ameennn ....

    BalasPadam
  6. yang betul ustaz ialah gemulah ustaz asri tu,yang ni ustaz JADIAN saja.

    BalasPadam
  7. betul2, kalo x kahwen nnti mula la kutuk...
    rupanye berita pasl diorg yg dh kawen tu slh...tu dh leh jd fitnah. xpsl2 akhil n mazawati tu bcerai. so stop la berita2 cmni, nnti x psl2 terus jd fitnah.

    BalasPadam
  8. wahai akhil,
    ko hentam kerajaan mcm nax APA!!!!

    sibuk nasihat org,yg ko tipu semua org kt DUNIA nie psl skandal ko ngan wahida pe cite???

    ustaz jenis pe ko nie???

    klu jd ustaz, nax cite psl agama ISLAM bia ADIl N SAKSAMA...AJARAN ISLAM MENUNTUT kita sebagai umatnya ADIL N SAKSAMA dlm semua perkara, bkn utu PAS jek...

    BalasPadam
  9. woi akil dulu kt pentas politik bukan main ko kutuk kerajaan tapi bila orang kutuk kau,kau riuh satu dunia sebenarnya allah nak balas perbuatan keji ko tu nasib baik allah tunjuk sikit je

    BalasPadam
  10. aku tak kisah die kahwin ke tak kahwin lantak die le kan .. tp isunya nie die mjadi teladan pd sume rakyat yg jd tgk die .. adakah sikap die dan ketrampilan die menunjukkan satu teladan yg baik sbagai seorang umat islam dan juga sebagai ustaz. Lu fikir la sendiri ....

    BalasPadam
  11. akhil marah??? grrrrr... takutnya.... nyuruk....!!

    BalasPadam
  12. pd saya seorg bergelar ustaz melambangkan contoh yang terpuji. dan mewakili org yg bijak agama dari segi pratikal .. bukan main lanyak cakap aja.
    kalau dizalimi tak yah gi ct, berdoa shaja pada Allah swt.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts