Ahad, Ogos 23, 2009

Kartika - Resah menunggu disebat


Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, kini resah menunggu detik menjadi wanita pertama di Malaysia disebat atas kesalahan meminum arak.

Ibu kepada dua orang anak itu bagaimanapun sudah bertekad untuk menghadapi hukuman itu tanpa ada niat melarikan diri.

Dia sudah banyak kali menunaikan solat hajat dan berdoa kepada Allah agar diberikan keberanian dan ketenangan.

"Saya tidak akan lari. Saya tahu ramai bersimpati dan menyokong saya.

"Saya cuma berharap saya mampu menghadapi hukuman itu meskipun ia dibuat pada bulan Ramadan,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jawang, Sungai Siput, kira-kira 70 kilometer dari sini semalam.

Kartika akan dibawa ke Penjara Kajang, Selangor untuk ditahan selama seminggu sebelum dikenakan hukuman sebat enam kali di situ.


- KOSMO!

5 ulasan:

  1. kasihan.harap2 jadi pengajaran kepada wanita atau lelaki yang lain.

    BalasPadam
  2. ha'a,.. kesian la,..
    harap2 hukumannya diringankan,..

    BalasPadam
  3. bersepah2 lelaki dan perempuan Islam yg duk minum arak di kelab2 malam sekitar ibu kota dan juga negeri2 lain. kenapa mereka tak dikenakan hukuman yg sama spt kartika..?

    ada juga anak2 menteri yg minum arak di kelab2. siap bergambar bagai. kenapa mereka2 ini tak dikenakan tindakan..? aku hairan dgn undang2 yg ada skrg ini.

    BalasPadam
  4. ya.....kenapa dia jer yg kena...kalau dikumpulkan memang bersepah wanita islam yg meminum arak di kelab2 malam, artis, vip,org kaya dan pelbagai lagi..siap diuploadkan gambar kat blog tu...tetapi kenapa Kartika seorg yg kena????? undang-undang baru ker.....sila jawablah pihak berkuasa....

    BalasPadam
  5. Is it the duty of enforcement to turn all the sins into crime...?

    Ini telah menyebabkan isu constitutional and legal issue...
    tak wajar langsung...Look, Kajang prison (established under federal law) tapi syariah court in pahang (is state jurisdiction). Thus, a state jurisdiction, i.e., pahang syariah court can't simply give order to kajang prison..? why...? what happen now...?

    -Lampam Jawa-

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.