Rabu, Julai 15, 2009

RazakSAT berjaya dilancar

RazakSAT, satelit remote sensing kedua Malaysia, berjaya dilancar ke angkasa pada jam 11.35 pagi waktu Malaysia dari Kwajalein Atoll di Kepulanan Marshall di Lautan Pasifik.

Selepas 20 minit dilancarkan, satelit seberat 180 kilogram itu memasuki Orbit Hampir Khatulistiwa (NEqO) untuk menjadi satelit pencerapan bumi pertama dilancarkan ke NEqO, demikian menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pelancaran di Pulau Omelek itu menggunakan pelancar Falcon 1 Space Exploration Technologies (SpaceX) berjalan lancar selepas empat jam tertangguh bagi memenuhi keperluan teknikal.

Menurut kementerian, sejam setengah selepas pelancaran, hubungan awal dapat dilaksanakan oleh Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di Sungei Lang di Banting dengan RazakSAT.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili dan pegawai kementerian serta agensi Astronautic Technology (M) Sdn Bhd berada di Guam untuk menyaksikan pelancaran melalui siaran web.

- BERNAMA

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.