Rabu, Julai 08, 2009

Melambatkan penuaan rambut

Seiring dengan peningkatan usia, rambut semakin menipis, mudah putus serta muncul helaian-helaian yang berwarna putih di celah-celah kehitaman mahkota seseorang itu, tidak kiralah lelaki atau wanita.

Ini menandakan seseorang itu sedang mengalami proses penuaan yang bukan sahaja melibatkan kulit muka dan badan tetapi merangkumi rambut.

Rambut manusia akan berusia seperti bahagian tubuh yang lain. Sel rambut dan rembesan sebum yang penting untuk kesegaran dan kekuatan rambut akan menjadi perlahan. Apabila nutrien ini berkurangan, tidak hairanlah rambut menjadi semakin kurang bermaya dan hilang sinar semula jadinya.

Akar rambut juga tidak dapat memegang rambut dengan kuat dan disebabkan itulah berlaku kes keguguran rambut. Insiden ini boleh meninggalkan kesan psikologi yang mendalam di samping memberi tekanan ke atas diri.

Begitu juga dengan helaian rambut yang bertukar dari hitam ke putih. Munculnya rambut putih merupakan gejala adanya gangguan sintesis protein. Sel melanosit tidak mampu menghasilkan pigmen (melanin) sehingga rambut kehilangan warna.

Proses ini seringkali berkaitan dengan pertambahan usia. Namun ada juga penyebab lain yang mendorong tumbuhnya uban walau dalam usia masih muda.

Faktor genetik merupakan pencetus yang kuat. Begitu juga dengan stres, kurang khasiat dan kemurungan turut melambatkan pengeluaran melanin sehingga menyebabkan munculnya rambut putih atau uban.

Naib Presiden Pembangunan dan Penyelidikan Zotos International Inc., Rushi Tasker berkata, terdapat dua penyebab kepada penuaan rambut iaitu penuaan fiber yang disebabkan oleh kerosakan oleh cahaya ultra ungu (UV), kerosakan oleh persekitaran dan kerosakan oleh rawatan bahan kimia.

Di samping itu, perubahan mengikut usia seseorang, kehilangan kilatan seperti kering atau kusam, fiber rambut semakin sedikit, keguguran rambut dan kehilangan warna rambut turut mempengaruhi penuaan.

Bagaimanapun menurut beliau, tidak banyak jenama yang mengutamakan pengeluaran produk yang melambatkan proses penuaan.

Baru-baru ini, Joico, jenama penjagaan rambut profesional antarabangsa telah memperkenalkan satu formula, Re:nual Serum, sebahagian daripada sistem penjagaan rambut Joico Re:nu Age Defy yang berfungsi bagi melambat pertumbuhan keputihan dan penuaan rambut.

''Selain boleh melambatkan penuaan rambut, mahkota seseorang itu akan menjadi lembut, berkilat, mempunyai tekstur yang senang diurus, dilindungi daripada kehilangan kelembapan, dilindungi daripada tekanan persekitaran, kerosakan struktur berkurangan dan meningkatkan kekuatan rambut serta menguatkan khasiat kulit kepala.

''Dengan penggunaan yang kerap, pelanggan akan mempunyai rambut yang kuat, sihat dalam dua hingga enam minggu dan kelihatan kurang uban dalam dua hingga empat bulan. Pengurangan uban dan pertumbuhan rambut asli boleh berlaku selepas enam bulan,'' katanya ketika melancarkan Sistem Penjagaan Rambut Re:Nu Age Defy baru-baru ini.

Menurut Tasker, produk ini selamat kerana mengandungi ekstrak ginseng panax bagi menggalakkan pertumbuhan dan kekuatan rambut. Japanese Sansho Pepper pula bagi menghalang perkembangan pertumbuhan uban dan ekstrak hop bagi mengekalkan warna dan kelembutan tekstur.

Sementara itu, kata Tasker, Joico memilih Malaysia sebagai destinasi untuk memperkenalkan produk terbaru kerana dilihat terdapatnya permintaan terhadap produk seperti ini.

''Didapati di Malaysia banyak golongan muda yang telah mula ditumbuhi uban tanpa tidak disangka dan boleh dikatakan tua tanpa tiba masanya.

''Justeru, bagi membantu golongan ini, sesuatu produk harus diketengahkan dan inilah menyebabkan Joico bekerjasama dengan pakar-pakar kesihatan rambut dari Shiseido bagi memperkenalkan Re:nual Serum bagi meningkatkan pengeluaran melanin dan menyekat pertumbuhan rambut putih.

''Apabila rambut putih tidak tumbuh, satu transformasi ke atas tekstur, kulit dan pengurusan rambut akan berlaku,'' ujarnya.

- UTUSAN

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.