Isnin, Julai 20, 2009

Guru tabika ada diploma menjelang 2012

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) menyasarkan kesemua guru Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma menjelang 2012.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, langkah menambahbaik kualiti tenaga pendidik tabika Kemas itu merupakan komitmen serius kementerian untuk meningkatkan kualiti institusi prasekolah.

"Usaha ini akan dijayakan menerusi kerjasama antara Kemas dan Pusat Program Kecemerlangan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (Permata).

"Buat masa ini hampir 99 peratus daripada 8,300 guru tabika Kemas berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kita berharap masing-masing mempunyai diploma dalam bidang berkaitan bagi tempoh tiga tahun akan datang," katanya.

- KOSMO!

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts