Isnin, Julai 20, 2009

Ekoran kelab gay dikepung sebelum diserbu polis awal pagi - 500 tetamu kelab gay terkedu


Seramai kira-kira 500 pengunjung kelab gay di Jalan Yap Kwan Seng di sini semalam terkedu apabila mendapati premis itu tiba-tiba dikepong polis.

Semasa serbuan pada pukul 1.30 pagi, kebanyakan pengunjung majoritinya lelaki asyik menari malah ada yang bercumbu dan membuat aksi ghairah bersama pasangan sejenis.

Kelab gay yang dipercayai telah setahun beroperasi itu menjadi tumpuan lelaki yang mempunyai keinginan pada kaum sejenis.

Pada hujung minggu premis itu dikatakan sentiasa penuh dan meriah dengan gelagat pasangan gay yang bermacam-macam ragam.

Pegawai Penyiasat Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Supritendan Mohd. Ashril Md. Johar yang mengetuai operasi itu berkata, 28 lelaki dan empat wanita berumur antara 20 dan 50 tahun ditahan kerana positif dadah jenis methamphetamin.

"Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000.

"Polis turut menemui dadah eramin 5 di lantai kelab itu yang dipercayai dibuang oleh pengunjung kelab," kata beliau selepas operasi itu.

Menurut beliau, ini kali pertama serbuan dilakukan ke atas kelab itu yang beroperasi sejak tahun lalu.

- KOSMO!

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts