Sabtu, Jun 06, 2009

PEMBIAYAAN UNTUK PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA

Permohonan adalah dipelawa kepada graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan di IPTA, Universiti Multimedia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ,Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan The International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF).

OBJEKTIF PROGRAM:

Menyediakan peluang pembiayaan bagi graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan

PENAJAAN PENGAJIAN*

* Penajaan ini hanya terbuka kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian dalam tahun 2009 serta yang akan memulakan pengajian bagi sesi akademik 2009/2010.
* Calon-calon yang ditaja hanya akan dibiayai dari segi yuran pengajian sepanjang tempoh pengajiannya.
* Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat sarjana ialah empat semester (dua tahun) iaitu tidak melebihi RM10,000.00.
* Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat Ph.D ialah lapan semester (empat tahun) iaitu tidak melebihi RM20,000.00.
* Bagi calon Ph.D, RM1,500.00 disediakan sebagai bantuan khas penyelidikan dan penyediaan tesis dengan syarat cadangan penyelidikan diluluskan oleh pusat pengajian siswazah / fakulti dan bantuan ini adalah termasuk serta tertakluk kepada had maksimum peruntukan bagi seorang calon Ph.D iaitu tidak melebihi RM20,000.00.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-Syarat Umum

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang atau memulakan pengajian dalam tahun 2009 dan 2010 sahaja.
2. Berumur tidak melebihi 45 tahun bagi calon peringkat sarjana dan bagi calon peringkat Ph.D pada tarikh memulakan pengajian.
3. Pengajian adalah secara sepenuh masa.
4. Pembiayaan diberikan setelah menerima surat tawaran dari mana-mana IPTA dan IPTS terbabit.
5. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran atau elaun pembantu penyelidik siswazah).
6. Tiada ikatan perjanjian dengan pihak lain.
7. Tiada ikatan kontrak yang akan dikenakan dan pembiayaan ini tidak bermaksud untuk berkhidmat dengan pihak Kerajaan selepas tamat pengajian.

Syarat-Syarat Khusus

1. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya CGPA 2.50 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat sarjana dan peringkat Ph.D.
2. Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA di bawah 2.50 atau setaraf, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan akan dipertimbangkan.

CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK

1. Calon-calon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan umum dan khusus yang ditetapkan.
2. Mempunyai pekerjaan tetap atau berpendapatan tetap (termasuk pekerja kontrak yang menerima gaji bulanan secara tetap).TEMPOH TAJAAN

Ph.D - maksimum enam (6) semester (penyelidikan)
- maksimum lapan (8) semester (kerja kursus + penyelidikan)
Sarjana - maksimum empat (4) semester
Yuran akan dibayar terus kepada pihak universiti.

KAEDAH PERMOHONAN

Pemohon boleh muat turun borang permohonan mulai 12 Mac 2009. Permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan boleh dihantar ke alamat seperti di bawah.

Borang
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_bajetmini.pdf

Soalan Lazim
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/FAQ_minibajet.pdf

Muat turun borang tuntutan bantuan khas penyelidikan dan penyediaan tesis
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/BORANG_TUNTUTAN_TESIS_PPPI.pdf

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 4, Blok 1, Menara PjH
Presint 2, 62100 Putrajaya.
(u.p: Tajaan Khas Bajet Mini 2009)

Tel. : 03-8884 4600 ext 4800 / 4619 / 4612
Faks : 03-8884 4701
E-mel: bajetmini@mohe.gov.my

NOTA : Pembiayaan ini tidak termasuk kos elaun sara hidup. Jika perlu, PTPTN ada menyediakan kemudahan pinjaman ini, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi berkenaan.

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.