Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 22 Ogos 2009 dan akan menyambut Aidilfitri pada Ahad 20 September 2009.
Penolong Pegawai Tadbir Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia, Ahmad Taufan Abd. Rashid berkata, jika tarikh itu digunakan, ibadat puasa tahun ini hanya dikerjakan selama 29 hari.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tarikh sebenar puasa dan Aidilfitri tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelak.
''Berdasarkan kepada kiraan falak, anak bulan Ramadan tidak akan wujud pada hari rukyah (20 Ogos) kerana tempohnya tidak sampai pada tahap kematangan berikutan jarak antara waktu berlakunya ijtimak (detik pemisahan) antara bulan Syaaban dan Ramadan adalah satu jam sebelum Maghrib," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Berhubung penentuan tarikh Aidilfitri, Ahmad Taufan berkata, ijtimak Ramadan dan Syawal berlaku pada pukul 2.44 pagi pada hari rukyah 29 Ramadan (19 September) dengan usia anak bulan Syawal mencapai lebih 16 jam.
''Oleh itu, menurut kaedah yang diamalkan di Malaysia, anak bulan Syawal dijangka wujud dan boleh kelihatan pada petang hari rukyah 19 September.
''Jika kaedah itu diguna pakai, kita jangkakan umat Islam akan menyambut Aidilfitri pada Ahad 20 September 2009," katanya.
- UTUSAN
Puasa Ramadan dijangka 22 Ogos, Aidilfitri 20 Sept 2009
MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)2 comments.. read them below or add one
dkama
Jumaat, 5 Jun 2009 pada 11:26:00 PTG SGT
tahun lepas tak tinggal... so tak perlu ganti paper r... hehehe tahun nih tak tau lagi... harap2 same cam thn lepas ar
Pena Crystal
Sabtu, 6 Jun 2009 pada 5:42:00 PTG SGT
skali lagi besday ku di bulan puasew..rahmatnye...ahaks
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →