Sabtu, Mei 09, 2009

Mas Selamat ditahan di Skudai, Johor


Pemimpin kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI), Mas Selamat Kastari yang diburu selepas meloloskan diri daripada kawalan polis di sebuah pusat tahanan Singapura tahun lepas, akhirnya berjaya ditangkap berhampiran Skudai dekat Johor Bahru.

Kejayaan itu hasil intipan pasukan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 April lalu.

Penangkapan itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang akhbar semalam.

"Ya, saya mengesahkan dia (Mas Selamat) di bawah tahanan kita dan sedang disiasat sekarang tetapi saya tidak boleh menghuraikan lebih lanjut kerana ia isu sensitif kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia.

"Ia juga membabitkan agensi perisikan di bawah tiga kerajaan dan ia merupakan sesuatu yang saya tidak mahu ia menjadi ancaman dan ia juga membabitkan pihak lain,'' katanya.

Beliau memberi jaminan Malaysia akan memastikan Mas Selamat tidak akan melarikan diri untuk kali kedua dan akan bekerjasama rapat dengan kerajaan Singapura.

Bernama pula yang memetik satu sumber berkata, operasi pemantauan dan penangkapan Mas Selamat itu dilakukan sepenuhnya oleh polis Malaysia.

"Kita mengetahui dia (Mas Selamat) mempunyai saudara-mara yang tinggal di sekitar kawasan Skudai itu,'' kata sumber yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang operasi penangkapan ketua JI itu.

Difahamkan bahawa Mas Selamat telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk tujuan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa negara ini tetapi ketua pengganas itu belum dihantar ke Pusat Tahanan di Kamunting, Taiping yang khusus untuk tahanan ISA.

- KOSMO!

1 ulasan:

  1. aku dah muak dan jijik dengan politik malaysia ni...kotor sekotor kotornye..tak de maknanye si selamat tu kena tangkap kat skudai..dia dah lama tak de kat dunia ni lagi...100% dah tak de..jgn kita percaya bulat-bulat dengan politik 2 negara ni...malaysia n s'pore.. kalau dia hidup lagi kenapa tak berani siarkan gambar terbaru dia masa kat berita tv hari tu..tapi siarkan visual lama...aku berani bersumpah..ini cuma sandiwara politik dia org...tak pe..kita tengok...

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.